Wa in na ka la Alaakhulukin A'zim. Sesungguhnya Engkau mempunyai pekerti yang paling agung. Surah Al Kalam (4) . Kelahiran Nabi SAW ke muka bumi pada 12 Rabiul Awal tahun Gajah disambut dengan gembira oleh masyarakat Mekkah terutama Bapa saudara baginda Abu Lahab dan Abu Jahal serta pemuka Quraish yang lain. Sejak kecil Nabi terkenal dengan AL AMIN bererti orang yang benar , satu gelaran yang belum pernah diberi oleh masyarakat Arab pada masa itu. Kelahiran Nabi SAW membawa rahmat keseluruh alam dengan bersinarnya cahaya keimanan . Melalui lidah Nabi SAW yang mulia Islam tersebar di jazirah Arab dan seantero dunia.
Tidak Pernah Menatap Wajah Bapa
Sudah menjadi ketentuan Illahi, Muhammad SAW tidak pernah menatap wajah ayahnya Abdullah bin Abdul Mutalib . Ayahanda tercinta dipanggil pulang mengadap Allah SWT sejak Nabi berusia 3 bulan dalam kandungan ibunya Aminah binti Wahab. Perjalanan hidup Nabi penuh duka sengsara . Sejak berusia 6 tahun, ibunya pula kembali menemui Allah di ABWA selepas menziarahi makam ayahnya . Nabi menjadi yatim piatu dan dipelihara datuknya Abdul Mutalib. Selama dua tahun bersama datuk tercinta, Nabi SAW kehilangan pula tempat bernaung. Baginda bertukar tangan kepada Bapa saudara pula Abu Talib. Sejarah perjalanan hidup Muhammad SAW yang begitu getir menjadikan baginda seorang yang tabah, cekal, berjiwa besar dan mempunyai ciri kepimpinan yang tinggi . Nabi SAW sejak kecil lagi sudah dinaungi awan dimana saja baginda berada .
bersambung insyaAllah..

No comments:
Post a Comment