Wednesday, January 31, 2018

Khutbah Gerhana Bulan


Al Falah AU4 Keramat 

Alhamdulillah dengan izin Allah jua kami kariah Surau Al Falah AU 4 telah melaksanakan solat sunat gerhana pada malam tadi Rabu 31 Jan 2018 setelah selesai fardhu Isya'. Solat gerhana di mulakan dengan niat "Sahaja aku solat sunat gerhana@khusuf dua rakaat makmum atau imam kerana Allah Taala".  Solat ini di lakukan dengan dua kali rukuk pada setiap rakaat. Sebaik imam selesai solat, khutbah di bacakan untuk mengingatkan manusia tentang peristiwa yang berlaku.Gerhana terjadi kerana matahari dan bulan berada pada posisi garis yang sama dengan bumi.  Gerhana total yang di sebut supermoon kerana jarak bulan dengan bumi terlalu dekat di perkirakan 360,000km.

Sesungguhnya planet bumi ciptaan Tuhan ini mempunyai terlalu banyak keistimewaan.  Perbedaan waktu antara negara dan pergantian musim di belahan bumi menjadi indikator kekuasaan Tuhan bagi mereka yang beriman. Bumi kelihatan seperti sebuah pulau kecil di tengah samudra luas tanpa sempadan.  Ketika pesawat melintasi lautan alangkah kerdilnya diri melihat kebesaran Tuhan.  Kepulan awan berarak perlahan memenuhi ruang angkasa menambah rasa kagum terhadap Pencipta.  Allah lah yang meniupkan angin menggerakkan awan sehingga terlihat oleh mata seolah olah terapung apung di antara langit dan bumi.  Subhanallah.

Melihat fenomena gerhana baik bulan atau matahari yang berlaku saban tahun menjadi petanda kepada kita betapa alam sarwajagat ini telah semakin senja. Tanda tanda berlakunya Hari Pengakhiran semakin hampir. Setiap yang berlaku di jagatraya ini tidak terlepas daripada ilmu Allah. Memerhati dan menghayati setiap perlakuan alam melalui mata hati menimbulkan keinsafan diri terhadap kekuasaan Ilahi yang mencipta alam ini.  Antara logika dan iman menjadi neraca pertimbangan mengenal hakikat kehidupan. Jika Allah mampu mencipta manusia dari tiada hingga berkembangbiak di muka bumi tidak mustahil Allah juga berkuasa membangkitkan orang yang telah mati ribuan tahun.  Logika akal sukar menerima kenyataan bagaimana mungkin tulang belulang yang telah hancur boleh menyatu kembali seperti sedia kala. Antara KUN FAYAKUN Allah dengan pemikiran selapis manusia memang kontradik kecuali bagi mereka yang benar benar beriman dan bertaqwa akan menjadi hamba yang patuh dan tunduk kepada TUANnya iaitu Allah SWT dengan Sami'na Waatu'na tanpa bahas.

Setiap yang awal pasti akan berakhir. Demikian juga dengan alam ini. Kiamat pasti berlaku. Apabila bumi di goncangkan dengan goncangan yang kuat manusia berada dalam keadaan mabuk tetapi sebenarnya mereka bukan mabuk, azab Allah terlalu dahsyat sehingga ibu ibu yang menyusu gugur kandungan mereka.  Manusia bertanya mengapa bumi terjadi sedemikian? Pada hari ini bumi menceritakan kisahnya. Demikian hebatnya peristiwa zalzalah yang berlaku sehingga menghancurkan kehidupan di bumi. Cukuplah bukti yang kita saksikan seperti tsunami, gempa yang memusnah dan mengorbankan ratusan ribu jiwa. Tidak akan berlaku sesuatu musibah @ bala melainkan dengan izin Allah yang kadang kala terlalu "miracle" berlaku  di luar logika minda.  Contoh sewaktu tsunami besar Acheh Darussallam,  Masjid Agung tidak terusik oleh gelombang badai yang menyapu apa saja di depannya.  Akal minda sukar menerima peristiwa tersebut tetapi iman yang terhunjam kukuh dalam dada akan mengagungkan Allah yang memiliki segala kekuasaan.  Subhanallah. Semoga kita yang lagi di beri peluang oleh Allah dapat mengambil ibrah terhadap peristiwa alam yang berlaku dengan penuh keinsafan.

Wallahua'llam
csyahya victory
Jumaat 2 Feb 2018.

Monday, January 22, 2018

The beautiful way of life

Bismillah Alhamdulillah.  In the name of Allah The Most Merciful The Most Beneficent.  All praises be to Allah The Creator of universe. Blessing and salutations to our beloved  Prophet Muhammad Saw the messenger of Allah who bring the light to the mankind. There is no God to be worship except Allah and Muhammad PBUH is the messenger of Allah. This is the first pillars in Islam. When people took shahadah automatically they became a Muslim. Shahadah means we accepting that Allah is the only one we worship and totally  obedient to him. What Allah says in the holy Qur'an we have to follow and never ever question it. The holy Scripture was send by Allah to the earth as a true guidance to the mankind. Al Qur'an Al Kareem is a mother of knowledge. Through reciting, studying,  analysing, learning and understanding completely the whole ayah people will get the true answer about life.












Wednesday, January 10, 2018

Antara Qanaah dan Haloba

Setiap manusia inginkan Kebahagian dalam hidup. Kehidupan yang bertunjangkan sakinah dan mawaddah menjadi tonggak keluarga, masyarakat dan negara . Dalam konteks yang lebih luas ialah kesejahteraan, kedamaian dan kemakmuran bersumberkan Al Qur'an sebagai BALDATUN TOYYIBATUN WARABBUN GHAFFUR. Negara yang sejahtera makmur mendapat  limpahan rahmat daripada Allah SWT menjadi idaman setiap rakyat. Lalu bagaimana  untuk mendapatkan kebahagian itu? Secara 'surface'  Kebahagian itu  milik tiap individu namun hakikatnya tidak sedemikian. Saling bergantung  antara individu dan masyarakat merupakan sebuah mata rantai kehidupan yang tidak boleh terpisah.  Umpama irama dan lagu jika terpisah pincanglah lagu rosaklah seni.  Demikian  kata Almarhum  P Ramlee.

Rakus

Salah satu sifat jelek yang terdapat dalam diri ialah rakus. Manusia tidak pernah berasa puas dengan segala nikmat yang di perolehi kendatipun kehidupan mereka lebih dari cukup. Kediaman mewah dengan jajaran kenderaan berlapis lapis di halaman rumah, harta yang banyak,isteri dan anak anak yang cantik masih belum mampu menenangkan jiwa malah sentiasa di selimuti kegelisahan kerana hilangnya ketenangan. Hati yang tidak pernah berasa puas dengan apa yang di miliki menyebabkan sirnanya cahaya iman sehingga jauh dari rahmat Tuhan. Dengan kata lain bila manusia tidak bersyukur bertambah dekatnya dengan kufur. Bersyukur dengan setiap pemberian Tuhan merupakan ciri orang bertaqwa sebagai manifestasi amal soleh. Apabila sifat qanaah telah mati, nafsu menguasai diri tanpa memikirkan batas sempadan kehidupan. Qanaah ialah berasa cukup dengan apa yang di miliki merupakan sifat terpuji yang sangat di cintai Allah.Orang qanaah hidupnya tenang dan lapang dada dari segala masalah. 


Neraca kebenaran.

Neraca kebenaran di tentukan oleh keimanan dan ketaqwaan kepada Tuhan. Antara iman dan taqwa merupakan kayu ukur kebenaran. Dalam solat kita meminta jalan lurus dan mohon di jauhkan daripada kesesatan namun di luar sembahayang tidak sedemikian. Imam memimpin solat bertanggungjawab membawa makmum bersama memfokuskan ubudiah terhadap Pencipta dengan memisahkan kehidupan duniawi buat seketika. Allah tidak menerima solat orang yang lalai. Bukan sahaja solat malah segala amal perbuatan yang tidak di sertai dengan niat ikhlas kerana Allah semuanya sia sia umpama debu berterbangan di tiup angin. Jika kita mahukan sebuah Al Balad Al Amin yang berpaksikan negara madani kita memerlukan pemimpin yang beriman dan bertaqwa untuk kesejahteraan sejagat. Umat akan selamat negara sejahtera di bawah pemimpin yang ikhlas yang di tunjangi sifat qanaah.

Wallahua'lam
Csyahya victory
Ahad 21 Jan 2018

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...