Tuesday, September 19, 2017

Logika dan Iman

Logika ialah sesuatu perkara atau peristiwa yang terjadi boleh di terima dan di cerna oleh akal secara nyata. Maksudnya melalui pembuktian. Dalam pendidikan Sains pelajar di ajar cara- cara untuk menghasilkan sesuatu keputusan melalui ujikaji. Contohnya apabila Batu Kapur atau istilah Sainsnya Kalsium Karbonat (CaCO3) di panaskan pada suhu tertentu ia akan menghasilkan Kalsium oksida CaCO3 dan membebaskan  (CO2) karbon dioksida. Apabila logika di gunakan untuk membenarkan sesuatu proses berlaku bermakna sesetengah manusia hanya percaya apabila ada bukti yang wujud di depan mata sebaliknya sukar mempercayai sesuatu peristiwa yang berlaku di luar jangkauan minda. Akal ialah sebuah mutiara anugerah Tuhan yang sangat berharga.

Akal dapat membezakan antara yang hak dan bathil sebagai indikator cerminan kepribadian manusia.    

 Akal ialah alat untuk

berfikir mencari kebenaran.
Dalam Bahasa Inggeris  akal di sebut intellect, common sense dan retarded iaitu merujuk kepada tahap kecerdasan pemikiran seseorang. Akal yang sihat menjadi indikator kewarasan  diri dalam menilai sesuatu perkara samada baik atau sebaliknya.


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...