Monday, April 11, 2016

Paradigma Tauhid Dalam Israk Mikraj

Perjalanan masa begitu cepat berlalu. Sekarang kita sudah berada dalam bulan Rejab, kira-kira dua bulan sahaja lagi umat Islam akan menyambut Ramadhan Al Mubarrak. Bulan Rajab mempunyai banyak keistimewaan dalam sejarah Islam. Perjalanan Nabi Muhammad Saw pada malam hari dari Masjidil Haram Mekah Al Mukarramah ke Masjidil Aqsa di Palestin berlaku pada 27 Rajab kira-kira dua tahun sebelum Baginda berhijrah ke Madinah. Al Aqsa merupakan masjid yang paling jauh, mempunyai pertalian sejarah yang cukup sinonim dengan perjalanan tauhid Nabi Saw sepanjang riwayat hidup Baginda Saw di bumi. Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada malam hari dari Masjidil Haram Mekkah Al Mukarramah yang di berkati ke Palestin untuk memperlihatkan tanda-tanda kebesaran Allah yang pasti berlaku kepada umat manusia terdahulu dan akan datang. Jarak antara dua tempat suci ini  kira-kira 2,111.4 km perjalanan tetapi telah ditempuh oleh Baginda Saw dengan berkenderaan BURAQ di temani Jibril dalam tempoh yang begitu singkat kira-kira 3/4 malam, kemudian mikraj bertemu Allah Azzawajalla di Sidratulmuntaha untuk menerima solat, kemudian kembali ke Mekah. Subhananallah. Hanya tiga tempat sahaja di muka bumi ini yang cukup istimewa kepada umat Islam iaitu Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa yang dijanjikan pahala berganda oleh Allah kepada hamba hambaNYa. Allah menjadikan dalam setahun selama dua belas bulan sepertimana terungkap dalam Surah Taubah

 "Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram..." (At Taubah (9): 38)

Indahnya nama-nama bulan dalam Islam yang di berikan Allah kepada manusia  untuk mengetahui perjalanan masa, hari,bulan dan tahun. Bulan bulan tersebut ialah:

Muharram
Safar
Rabiul Awwal
Rabiul Akhir
Jamadil Awwal
Jamadil Akhir
Rajab
Sya'ban
Ramadhan
Syawal
Dzulkaedah
Dzulhijjah

Tanda tanda  kebesaran Allah
    Pergantian malam dan siang, peredaran musim yang berlaku merupakan tanda tanda kekuasaan Allah Pencipta alam.Penetapan bulan dan tahun bukan ditentukan oleh manusia tetapi telah termaktub di dalam Al Qur'an Al Kareem sebagai petunjuk pengetahuan kepada manusia. Allah SWT telah menetapkan empat bulan yang di sebut shahrul hurum iaitu bulan-bulan haram untuk berperang dan melakukan kefasadan di muka bumi. Bulan bulan tersebut ialah   Dzulqa'idah, Dzulhijjah, Muharram, dan Rajab. Al Qur'an menjelaskan: 
    “Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan haram. Katakanlah: “Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar.” [QS. Al-Baqarah: 217]
















    Peristiwa Rajab

    Perjalanan sirah Nabi Muhammad Saw sebagai utusan Allah yang terakhir di muka alam ini penuh dengan kegetiran dan kepahitan.Berbagai tribulasi di hadapi dari kalangan penduduk Mekah yang sebahagian besarnya adalah kaum kerabat terdekat Baginda Saw sendiri. Memilih antara keluarga atau iman benar-benar meletakkan Rasulullah Saw dalam situasi yang sangat genting. Bapa saudara tercinta Abi Lahab bersama Abu Jahal dan pemuka Quraish lainnya menjadi penghalang besar kepada gerakan dakwah Baginda. Abu Lahab yang namanya tercatat dalam Surah Al Masad khusus diturunkan Allah menceritakan nasib yang di terima olehnya kerana menyengutu Tuhan dan menghalang dakwah Nabi Saw. Binasalah kedua -dua tangan Abu Lahab dan binasalah bersama hartanya dan segala yang di usahakannya tidak dapat menolongnya, ia akan menderita dalam bakaran api neraka yang menjulang tinggi bersama isterinya seorang pemungut kayu api, di lehernya sejenis tali, dari tali yang di pintal.

    csyahya victory

    No comments:

    Post a Comment

    Menjana kekuatan organisasi

    Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...