Pesawat patah balik selepas pintu tak tutup rapat
SEOUL - KOREA SELATAN. Sebuah pesawat yang membawa 163 penumpang
terpaksa berpatah balik selepas salah satu pintu pesawat itu tidak
tertutup rapat.
Pesawat kendalian Jin Air dalam perjalanan dari Cebu Filipina ke Busan, Korea Selatan.
Pegawai Perhubungan Awam Jin Air mengesahkan kejadian itu kepada CNN
dan berkata, kejadian itu disedari oleh krew penerbangan yang mendengar
bunyi bising dan memaklumkan kepada juruterbang.
Ketika kejadian, pesawat Boeing 737-800 berada pada ketinggian 10,000 kaki.
Penumpang turut diberitahu mengenai kejadian itu.
Menurut pegawai, tiada kecederaan dilaporkan namun lapor media tempatan
Korea Selatan ada penumpang mengadu berasa loya ketika pesawat berpatah
balik.
Jin Air turut berkata, semua penumpang kemudian diberikan bilik hotel
sebelum memulakan penerbangan semula ke Busan 15 jam selepas itu.
"Setiap penumpang turut diberikan pampasan 100,000 Won (RM 365)," kata jurucakap Jin Air.
Sementara itu, jurucakap rasmi Kementerian Pengangkutan Korea Selatan
berkata, pihaknya sedang menyiasat punca kejadian dan turut merancang
untuk menjalankan pemeriksaan keselamatan ke atas enam syarikat
penerbangan tambang murah lain bulan ini seperti Jin Air, Air Busan,
Jeju Air, Paskah Jet, T'way Air dan Air Incheon.
Sinar Harian online
Rabu 6 Januari,2016
No comments:
Post a Comment