Tsunami melanda Jepun membuktikan kekuasaan Tuhan.
Kisah kisah kehidupan para ambia dalam Al Qur'an menjadi ibrah kepada manusia untuk di hayati dan diamalkan. Berbagai peristiwa dahsyat, sedih dan mengerikan telah diceritakan Allah secara khusus tentang kebejatan dan kezaliman umat terdahulu yang mengingkari perintah para nabi mereka. Para Nabi Allah berdepan dengan ujian yang sangat berat untuk mengajak manusia beriman kepada Allah SWT Pencipta sekelian alam.Mereka bukan sahaja berdepan dengan kaumnya malah dengan keluarga sendiri sepertimana yang berlaku kepada Nabi Nuh AS,Nabi Ibrahim As, Nabi Musa As malah Rasulullah SAW turut menghadapi mehnah yang sama. Ujian mereka teramat berat yang pastinya tidak mampu ditanggung oleh manusia biasa. Peristiwa tsunami besar yang menenggelamkan bumi terakam kukuh dalam Al Qur'an apabila kaum Nabi Nuh AS menderhaka malah mengejeknya mengatakan Baginda kurang siuman (nauzubillah) kerana membuat kapal sebagai persediaan menghadapi bencana banjir besar. Dengan bimbingan wahyu Allah, Nabi Nuh As terus melaksanakan tugas tanpa memperdulikan ejekan kaumnya. Apabila datang perintah Tuhan,perut bumi telah memancutkan air disertai dengan taufan yang sangat dahsyat, lalu Allah memerintahkan Nuh As membawa dalam bahtera tersebut secara berpasangan dari kalangan haiwan bersama orang-orang beriman membelah gelombang yang menggunung. Nabi Nuh As memanggil anaknya menaiki bahtera namun anaknya menjawab akan mencari perlindungan di gunung untuk menyelamatkan diri. Baginda bersabda pada hari ini tiada lagi tempat yang paling selamat selain daripada pertolongan Allah.
Kebenaran Al Qur'an
Pemikiran manusia yang berasaskan logika semata memang sukar mempercayai perkara ghaibiah yang bersifat meta fizika kecuali bagi mereka yang beriman dengan Al Qur'an dan Hadith Nabi SAW sebagai sumber autentik kebenaran ilmu. Epistimologi ilmu yang benar mestilah berpaksikan kepada ketuhanan mengenai kehidupan flora dan fauna melalui ilmu yang di datangkan Allah ke muka bumi iaitu awaluddin maarifatullah. Alam ghaibiah tidak mampu di cerakin oleh minda manusia tetapi tidak sukar untuk kita percayai dengan melihat secara mata hati setiap kejadian termasuk Biologi manusia itu sendiri yang dicipta Tuhan dari setetes sperma dan ovum menjadi segumpal darah, berkembang membentuk daging seterusnya tulang-tulang dan di bungkus dengan daging sehingga menjadi manusia. Allah SWT mengutuskan Malaikat untuk meniupkan roh sehingga Janin bergerak setelah mencapai usia kandungan ibu empat bulan kemudian beransur -ansur membesar dalam uterus ibu hingga akhirnya lahir ke dunia. Perjalanan hidup seorang manusia bermula di sini hinggalah sampai waktu dan ketika kembali menemui Pencipta.Saintis meyakini proses reproduksi manusia bermula dengan sel dan ovum tetapi ironinya mereka sukar mempercayai kewujudan Tuhan. Sepertimana wujudnya angin kendatipun tidak dapat dilihat tetapi tetap merasai kehadirannya melalui tiupan lembut, sepoi-sepoi bahasa, bergoyangnya pokok -pokok malah perlakuan angin juga boleh menghancurkan harta benda dan kehidupan manusia jika kelajuannya mencapai 150km sejam. Setiap peristiwa yang berlaku telah di ceritakan oleh Al Qur'an dengan tepat dan terperinci.
Aslm.w.w sahabatku, apakah masih ingat dengan IKIP Padang? Saya sudah sangat lama mencari informasi tentang sdr.ku che yahya kita pernah bersama kuliah di jurusan biologi ditahun 1979. Saya tahu bahwa sdr.ku menjadi pengetua SMK Dakota. Saya coba trace ternyata sudah pindah Ke SMK Bintang di Segambut. Saya adalah Aprizal L saat ini menjadi dosen di jurusan biologi Universitas Jambi. Apa kabar keluarga (istri dan Ali Akbar)? Kalau mau kontak silahkan menggunakan Hand phone +628125246724 dan email aprizallukman@ymail.com.Salam rindu untuk semua keluarga di Malaysia.
ReplyDeleteWaalaikumussalam warahmatullahi wabarakaatuh. Terima kasih Zal kerana melayari victory sebagai penghubung jalinan persahabatan yang telah terputus sejak lebih tiga dasawarsa yang lalu. Tahniah kerana menjadi Dosen di IPT Jambi.Saya sudah mempunyai sepasang cucu dan InsyaAllah bersara tahun depan. Tahun lalu dan awal tahun ni kami ke Padang dan Bukit Tinggi sempat juga melewati Unipad. InsyaAllah saya simpan no tuan bersama email tertera. No telefon bimbit saya 012 981 5661 email cheyahya0907@gmail.com
ReplyDeleteBanyak perkembangan mengenai pendidikan dan lawatan dalam victory ni untuk di kongsi bersama. Kalau ada gambar Zal tolong hantar ya kangen mau lihat wajah mu sahabat ku.
Delete