Setelah setahun pembentukan re-union dalam kalangan Warga Alumni Republik Indonesia Sumatra (WARIS) di Kota Baru pada Ogos 2014, pada hari ini Sabtu 26 September 2015 menjadi titik permulaan perjalanan Waris secara rasmi sebagai sebuah persatuan yang sah. Pemilihan Jawatan kuasa baharu bagi tempoh 2015/2017 telah berlangsung di Hotel Habib dalam suasana muhibah dan kekeluargaan. Seramai 24 orang ahli berdaftar yang hadir dan layak mengundi telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan penuh jujur dan amanah. Kolonel Kehormat Dato Dr. Mohd Zain Yusoff telah sebulat suara di pilih sebagai Yang Di Pertua (YDP) Waris manakala Timbalan YDP ialah Dr.Suhaimi Kadir dan Setiausahanya Sdra. Abdul Fatah Ghazali bersama barisan Ahli Jawatan Kuasa baharu. Mesyuarat Agung (MA) ini dirasmikan Sdra Tan Sri Dr Alies Anor Abdul Pengerusi Eksekutif Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang juga ex-officio Waris.
Tan Sri Dr Alies Anor Abdul
Bukan hanya ilusi
Idea dan gagasan menubuhkan Waris bukan hanya sekadar ilusi tetapi benar-benar menjadi realiti untuk mengumpul dan merapatkan kembali ukhwah dalam kalangan ahli yang telah terpisah sejak beberapa dasawarsa yang lalu malah sebahagian sahabat yang sama-sama senasib sepenanggungan di rantau orang telah kembali kepangkuan Ilahi. Cetusan awalnya hanya melalui komunikasi maya oleh Sdra Suhaimi Kadir kepada rakan-rakan pada awal Ramadhan tahun lalu dengan harapan dapat membina kembali persahabatan yang terputus kerana kesibukan tugas masing-masing. Adalah menjadi hasrat kita semua untuk melihat kemajuan dan kemercuan Waris menjadi sebuah organisasi yang di segani di dalam dan luar negara melalui gerak kerja dan sinergi yang baik dengan berbagai pertubuhan, sektor awam dan korporat di negara ini. Antara idealisma dan realisma menjadi indikator kemajuan organisasi. Dalam mana-mana pertubuhan atau badan sukarela idealisma menjadi kekuatan kepimpinan yang diterjemahkan secara realisma untuk pembangunan citra organisasi unggul. Waris telah memainkan peranannya mengetuai misi kemanusiaan semasa banjir besar di Kelantan akhir tahun lalu. Melalui inisiatif Dr Zain bersama Tuan Khatimah , Fauzi dan beberapa ahli Waris telah bergerak ke seluruh negeri menyampaikan sumbangan dan membantu meringankan beban mereka yang dalam kesempitan.
Kol Dato Dr Zain Yusoff
Barisan kepimpinan Waris 2015/2017
Entiti masyarakat
Ahli Waris yang terdiri daripada berbagai latarbelakang pengurusan dan profesional seperti jurutera, korporat, penulis, sasterawan, perubatan, pergigian dan pendidikan pastinya mempunyai minda fikir yang konstruktif dan futuristik untuk menyumbang kepakaran sesuai dengan bidang masing-masing demi kelangsungan organisasi yang sama-sama kita dokong ini. Saya teringat kata-kata Tan Sri Dr. Alies dalam ucapan perasmiannya " Jika hanya 20 peratus daripada ahli yang aktif bekerja pun sudah cukup untuk menggerakan persatuan, jangan tunggu mendapat sokongan semua ahli baru mula bekerja". Demikian kurang lebih yang dapat saya kutip daripada ucapan beliau. Barisan kepimpinan baharu yang sebahagian besarnya masih orang sama mempunyai perancangan strategik berdasarkan 'SMART' iaitu specific, measurable, attainable, reliable and time bound menjadikan Waris sebuah entiti masyarakat yang di segani. Kerajaaan Kelantan telah menjemput Waris bersama delegasi mereka ke Indonesia bagi meninjau dan mengadakan kerjasama dengan IPT di dalam pengajian Islam membuktikan pertubuhan ini mendapat perhatian semua pihak. Waris juga sedang merancang menubuhkan kooperasi bertujuan membantu dan memudahkan ahli menjana pendapatan mereka.
Kunjungan hormat
Barisan kepimpinan akan mengadakan kunjungan hormat dan bersilaturahim bersama Duta Besar (DUBES) Indonesia dalam waktu dekat untuk memperkenalkan Waris sebagai sebuah organisasi yang dianggotai oleh bekas-bekas pelajar dari Sumatra beberapa dekad lalu. Kita berharap dengan pertemuan tersebut sedikit sebanyak menjadi pemangkin kerjasama erat antara dua negara serumpun khususnya dalam bidang pendidikan. Indahnya persahatan kita jika setiap ahli setia bersama membantu menjayakan cita-cita murni menjadikan Waris sebagai tonggak kesatria sepertimana Bhineka Tunggal Ika yang menjadi lambang penyatuan bangsa Indonesia. Kejujuran, keikhlasan dan ketulusan pimpinan dan ahli menjadi indikator kecemerlangan organisasi. Seandainya amalan murni seperti ini dapat kita manifestasikan dalam setiap aktiviti, pasti Waris disanjung tinggi menjadi ikon terpuji. Waris mendambakan adik-adik yang pernah belajar di Sumatra dapat bersama kita untuk menentukan kelangsungan generasi ini terus kukuh dan berkesinambungan setelah ketiadaan kami. Bersamalah kita menyumbang ilmu, tenaga dan materi sekadar termampu untuk kegemilangan Waris. Apa yang saya ada, tuan-puan tidak ada, apa yang tuan-puan ada saya tidak ada. " What you have, I don't have, what I have you don't have. Together we combine our strength to realize our dreams".
Justeru kita kombinasikan segala kekuatan yang ada untuk merealisasikan hasrat dan cita-cita menjadi sebuah organisasi berintegriti. Saya masih ingat pesanan Penaung Waris Datuk As Khamis jangan biarkan pertubuhan ini malap dan akhirnya mati tanpa nesan.
Imbas kembali semasa re-union 2014 bersama Datuk AS Khamis
Penaung Waris, Dr Zain dan Penulis.
Che Yahya Che Soh
PSU Waris 2015/2017
Pengetua SMKSB Segambut
Desa Park City Kuala Lumpur.
Rabu 30 September,2015.