Manusia dicipta Tuhan untuk saling kenal mengenal antara satu sama lain. Kepelbagaian warna kulit, keturunan, bahasa dan bangsa menjadi bukti kekuasaan Pencipta yang menguasai pemerintahan alam.Mustahil setiap organisma terjadi secara kebetulan atau dalam istilah popular semula jadi.Tidak ada makhluk yang terjadi secara sendiri melainkan dicipta oleh Ilahi.Ini adalah hakikat.Akal yang waras dapat berfikir secara rasional mengenai permulaan setiap kejadian di bumi yang bersumber dari Tuhan. Dia yang mencipta manusia dan menempatkan dalam rahim ibu sehingga cukup tempoh tertentu lahir sebagai bayi. Allah Yang Maha Berkuasa ,menghidup dan mematikan setiap yang bernyawa. Antara nyawa dan jasad di satukan Tuhan sehingga manusia dan seluruh organisma hidup mampu beradaptasi dengan alam persekitaran untuk melakukan aktiviti kehidupan. Mengenal manusia sebagai makhluk ahsani taqwim menjadi ukuran kejituan ilmu orang beriman iaitu meletakan Allah sebagai sumber segala kehidupan.Seiring dengan pertumbuhan dan pembesaran, manusia secara evolusi mempelajari ilmu pengetahuan sehingga mampu meraih pencapaian tertinggi hingga ke peringkat sarjana dalam pelbagai disiplin kehidupan. Manusia mempelajari pelbagai bidang disiplin ilmu yang boleh di kategorikan kepada dua sumber utama iaitu Fardhu Ain (kewajiban diri) dan fardhu Kifayah (umum) yang berkaitan dengan sosialisasi ummah.
Peranan ilmu
Ilmu menjadi penyuluh jiwa yang mampu menuntun manusia mencari kebenaran. Hakikat kebenaran hanya boleh di cari melalui iman.Ilmu yang bertunjangkan akidah akan membebaskan manusia dari Zulumat iaitu kegelapan berpanjangan.Kehidupan yang bertunjangkan paradigma tauhid menjadi indikator kemercuan umah kerana berilmu tanpa iman seumpama kehidupan tidak berpedoman. Sejarah mengajar kita sebaik menerima wahyu pertama di Gua Hira' Nabi Saw telah di ajarkan ilmu oleh Jibril melalui Iqra' iaitu baca dengan nama Tuhan mu yang menciptakan manusia dari segumpal darah.Manusia yang dijadikan Tuhan dari pertemuan sperma dan ovum kemudian menjadi segumpal darah, beransur-ansur menjadi daging membaluti tulang-tulang sehingga menjadi janin dan lahir sebagai makhluk teristimewa seharusnya memiliki sifat kehambaan kepada Allah SWT kerana menyedari kehidupan ini datangnya dari Tuhan.Allah yang mengatur struktur dan fungsi tubuh dengan sempurna sehingga setiap sel menjalankan tugasnya menjadi organ seperti jantung,paru-paru, buah pinggang dan seluruh sistem tubuh dengan lengkap. Berapa ramai orang yang bersyukur sistem urinarinya masih berfungsi dengan baik setiap kali ingin membuang air? Apa akan terjadi sekiranya saluran urinari tersekat-sekat semasa kita di bilik air? Itu antara analogi yang terjadi dalam kehidupan.Allah SWT mencipta berbagai sistem tubuh untuk memberikan keseimbangan kepada diri manusia. Sistem Pernafasan yang mengandungi paru-paru sebagai organ utama menjadi penapis udara yang masuk ke dalam badan. Sistem Perkumuhan berfungsi membuang lebihan dan sisa yang telah di cerna oleh badan sebagai kotoran.Demikian hebatnya Allah mengatur sistem kawalan tubuh manusia untuk menjana metabolisma seimbang.
Ciri orang beriman
Ilmu yang mendasari kehidupan seharusnya menjadi benteng kepribadian mulia. Manusia yang berilmu dan beriman kepada Tuhan akan beramal dengan kebaikan dan berusaha sedaya upaya menjauhi kemungkaran.Dunia yang penuh dengan segala bentuk hiburan mempengaruhi perangai dan tingkahlaku manusia dalam setiap aktiviti kehidupan sehingga terlalu sukar di bendung.Peratusan informasi bermaklumat dalam media baik elektronik mau pun cetak terlalu kecil berbanding dengan segmen-segmen yang tidak bermanfaat untuk pembentukan generasi berilmu. Pengisian segmen ilmiah terlalu sedikit sehingga sepanjang hari manusia di hidangkan dengan dendangan yang tidak menguntungkan minda. Pendidikan menuntun manusia menjadi baik, mengenal yang hak dan bathil. Berlaku adil sesama insan tanpa mengira warna kulit dalam perkara yang tidak membatalkan iman sangat dianjurkan oleh Agama. Seru lah manusia kejalan kebaikan dengan penuh hikmah. Demikian penegasan Tuhan dalam Al Qur'an.Tugas Murabbi sebagai Da'i menyampaikan Firman Tuhan dan Sabda Rasul SAW kepada manusia kerana perintah tazkirah itu perlu dilakukan secara berterusan untuk menghindari segala bentuk kemungkaran.Orang beriman hanya mencari redha Tuhan dalam setiap tindakan bukannya mengharap pujian manusia yang bersifat fatamorgana yang menipu pandangan orang.
Sosialisasi punah
Kepunahan sosialisasi manusia kerana rapuhnya iman sehingga berlaku kecelaruan diri yang boleh membutakan mata hati dalam menilai kebaikan.Apabila hati telah tertutup rapat dengan 'Khatamallahu 'Alaa Quluubihim" nur iman telah hilang dari dada insan.Tendensi kehidupan yang berpaksi materialistik menjadikan individu lupa diri mengejar kemewahan melalui berbagai cara tanpa peduli halal haram dan risiko yang di tanggung.Nilai-nilai amanah, jujur, bertanggungjawab, luhur semakin sirna di mamah ketamakan diri untuk memiliki sebanyak mungkin kekayaan sehingga alpa dengan tujuan hidup hakiki iaitu alam ukhrawi. Manusia berusaha berbuat apa sahaja hatta sanggup membeli pulau dan bukit untuk merealisasikan ketamakan harta duniawi. Manusia akan menyedari kebenaran iman bilamana ia telah di usung ke liang lahad bersemadi di alam barzah. Di saat itu mereka memohon kepada Allah Aza Wajalla untuk kembali ke dunia walau pun sesaat untuk melakukan kebaikan namun sudah terlambat. Sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tidak berguna lagi.Orang beriman bersifat Qanaah berasa cukup dengan rezeki yang ada, tidak angkuh dan sombong dengan kuasa, harta dan wanita yang ada kerana semuanya itu tidak dapat mendatangkan kebaikan kepada diri kecuali memiliki hati yang Saliim kepada Allah. Mereka tidak melobi diri meminta pangkat dan jawatan jauh sekali menggunakan tukang ramalan untuk mendapatkan sesuatu kedudukan.
Rumusan
Ilmu hakiki ialah mengenal Allah sebagai Tuhan sarwa jagat.
Awal Agama itu mengenal Allah
Ilmu berpaksikan Tauhid membebas manusia dari Zulumat berpanjangan
Posisi ilmu seharusnya menjadi benteng kejumudan
Gabungan ilmu,amal,iman melahirkan ehsan sebagai indikator
orang bertaqwa.
Rotasi kehidupan manusia lima fasa iaitu

Fasa Roh
Fasa Rahim
Fasa Dunia
Fasa Barzakh
Fasa Mahsyar.
Wallahua'lam
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Selasa 5 Mei,2015.
No comments:
Post a Comment