Setiap tanggal 16 Mei negara menyambut perayaan hari guru. Kenapa perlu kita rayakan secara besar besaran ? Jawapannya untuk memberi pengiktirafan kepada seluruh warga guru yang bertungkus lumus mendidik anak bangsa menjadi modal insan negara. Negara memerlukan cendekiawan berilmu yang mempunyai jati diri unggul untuk kelestarian pendidikan generasi masa depan. Peranan guru bukan sahaja memindahkan ilmu pengetahuan melalui pengajaran dan pembelajaran di Bilik darjah tetapi membentuk manusia menjadi insan berilmu pengetahuan, berintegriti , berakhlak mulia selaras dengan hasrat yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan melahirkan insan JERI iaitu kemenjadian manusia kerana "The main objective of education is to prepare the young people with knowledge, skill and competence for their better future" . Gabungan Jasmani, emosi, rohani dan intelek seharusnya menjadi panduan setiap guru dalam mendidik anak bangsa menuju kecemerlangan.
Guru sebagai obor
Guru sebagai obor
Sekolah merupakan institusi pendidikan formal bertanggungjawab membangun daya intelek dan kekuatan rohani pelajar melalui program dan aktiviti yang dirancang secara sistematik ,tersusun dan berterusan. Peranan guru bukan sahaja sebagai penyampai ilmu tetapi menjadi obor pembentukan budaya pelajar supaya cintakan ilmu, menyemai semangat kecintaan kepada negara dan memupuk integrasi kaum secara berterusan . Kecemerlangan sesebuah negara bergantung kepada bilangan rakyatnya yang mendapat pendidikan. Justeru proses pembangunan pendidikan menjadi mauduk utama untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai jati diri unggul . Tugas ini menuntut kesabaran dan komitmen yang sangat tinggi dari setiap orang guru . Bagi mereka yang tidak pernah berada di sekolah(berkhidmat) sudah pasti tidak arif dengan perkembangan yang berlaku saban hari dalam kalangan pelajar . Guru menghadapi pelbagai karenah pelajar yang memerlukan tahap kesabaran yang cukup tinggi. Semua orang boleh mengajar tetapi tidak semua orang boleh menjadi guru. Mendidik dan mentarbiah bukan perkara yang mudah terutama bagi sekolah sekolah yang mempunyai bilangan populasi ramai (melebihi 1700 orang ) yang terdiri daripada pelbagai etnik dan ras perlu ditangani dengan baik dan cermat.
Organisasi Sekolah
Sekolah sebagai sebuah institusi yang sangat kompleks memerlukan seorang ketua yang berwawasan, bermotivasi tinggi, berilmu dan berpandangan jauh untuk melakukan transformasi dalam pelbagai disiplin . Seorang Ketua perlu merangka strategi dan mempelbagaikan kaedah untuk menjamin keluwesan sistem penyampaian kepada anak didik. Pembangunan sekolah secara menyeluruh seperti pentadbiran organisasi pejabat, pengurusan kewangan, pencapaian akademik pelajar , pengurusan ko kurikulum, hubungan komuniti, prasarana sekolah , pengurusan sumber manusia, pengurusan keselamatan (jaga), pengurusan kantin, pembersihan dan pembentukan budaya sekolah merupakan sebahagian tugas yang perlu diurus tadbir dengan cekap dan berkesan untuk kepuasan pelanggan .
Tanggungjawab Bersama
Keberkesanan sesebuah organisasi memerlukan hubungan dan kerjasama yang baik semua anggota . Ketua perlu "building on environment where everyone feels recognized and appreciated is everyone's job. When people feel valued, they are motivated to achieve the goals. In most instances, people leave because they lack a meaningful working relationship with an immediate supervisor. (The Only Leadership Book You'll Need - Peter Barron Stark and Jane Flaherty ) . Peranan Ketua sangat penting untuk menjamin kepuasan bekerja kakitangan, namun sebagai manusia biasa kita tidak mampu memuaskan hati semua orang. Itu hakikat yang perlu diakui semua orang.
Guru Sengoti
Beberapa dasawarsa dulu guru menjadi ikon masyarakat kerana mereka memiliki ilmu pengetahuan dan sahsiah yang tinggi. Mereka menjadi rujukan orang dalam setiap keadaan dan suasana, namun kini aura guru telah tersirna kerana kebanyakan guru tidak lagi memandang tugas itu sebagai ibadah untuk mencari keredhaan Allah SWT. Tugas guru sebagai penyambung risalah Tuhan di muka bumi untuk mengajar manusia mengenal huruf dan abjad melalui tulis baca (Iqra). Menjadi guru sengoti bermakna kita sanggup memikul tanggungjawab mendidik manusia bukan sahaja dalam persekitaran sekolah tetapi menjadi murabbi untuk mengislahkan masyarakat melaksanakan perubahan minda melalui transformasi pendidikan .
Berita Gembira
Kerajaan telah mengumumkan beberapa kenaikan pangkat kepada guru dan Pengetua/Guru Besar seluruh negara mulai 1 Januari,2012. Semua Pengetua Gred DG 48 dinaikan ke Gred 52 . Ini bermakna mulai tahun depan semua perjawatan di sekolah menengah mestilah diisi penyandang yang bergred DG52. Penolong Kanan pula akan di naikan ke Gred DG 48 . Tahniah dan terima kasih kerana prihatin dengan jasa guru yang membangunkan modal insan negara. Amat wajar sekali Kerajaan mengiktiraf peranan kaum guru memandangkan mereka merupakan "The front liner" yang menentukan kemajuan negara. Perjuangan Majlis Pengetua Malaysia (MPSM) sejak sekian lama mendapat perhatian dan pertimbangan Perdana Menteri. Berita gembira ini disambut seluruh warga guru dengan penuh kesyukuran. We swear and promise to give our fully commitment in order to uphold the dignity of teaching profession.
csyahya16may2011

No comments:
Post a Comment