Sunday, May 22, 2011

Bicara Ilmu (Pengisian Perhimpunan Mingguan)

Ilmu merupakan senjata buat manusia. Siapa yang menguasai ilmu mereka boleh menguasai dunia. Nelson Mandela berkata "Knowledge can change the world". The main essential of education is to provide knowledge, build up skill and strengtening the competencies of the young generation for their better life.

Sunday, May 15, 2011

Mohana dan Restu Malaysia

Seorang guru SMK Danau Kota Pn. Mohana yang bergabung dengan dua orang guru SMK Teknik Setapak Kuala Lumpur ( Pasukan Restu Malaysia ) telah muncul juara pengkisahan 1Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan . Mereka memenangani hadiah RM2000. Tahniah ! pencapaian yang baik sempena perayaan Haru Guru . Selamat hari guru .

Saturday, May 14, 2011

Menjadi Guru Sengoti (Sejati)

Setiap tanggal 16 Mei negara menyambut perayaan hari guru. Kenapa perlu kita rayakan secara besar besaran ? Jawapannya untuk memberi pengiktirafan kepada seluruh warga guru yang bertungkus lumus mendidik anak bangsa menjadi modal insan negara. Negara memerlukan cendekiawan berilmu yang mempunyai jati diri unggul untuk kelestarian pendidikan generasi masa depan. Peranan guru bukan sahaja memindahkan ilmu pengetahuan melalui pengajaran dan pembelajaran di Bilik darjah tetapi membentuk manusia menjadi insan berilmu pengetahuan, berintegriti , berakhlak mulia selaras dengan hasrat yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan melahirkan insan JERI iaitu kemenjadian manusia kerana "The main objective of education is to prepare the young people with knowledge, skill and competence for their better future" . Gabungan Jasmani, emosi, rohani dan intelek seharusnya menjadi panduan setiap guru dalam mendidik anak bangsa menuju kecemerlangan.

Guru sebagai obor

Sekolah merupakan institusi pendidikan formal bertanggungjawab membangun daya intelek dan kekuatan rohani pelajar melalui program dan aktiviti yang dirancang secara sistematik ,tersusun dan berterusan. Peranan guru bukan sahaja sebagai penyampai ilmu tetapi menjadi obor pembentukan budaya pelajar supaya cintakan ilmu, menyemai semangat kecintaan kepada negara dan memupuk integrasi kaum secara berterusan . Kecemerlangan sesebuah negara bergantung kepada bilangan rakyatnya yang mendapat pendidikan. Justeru proses pembangunan pendidikan menjadi mauduk utama untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai jati diri unggul . Tugas ini menuntut kesabaran dan komitmen yang sangat tinggi dari setiap orang guru . Bagi mereka yang tidak pernah berada di sekolah(berkhidmat) sudah pasti tidak arif dengan perkembangan yang berlaku saban hari dalam kalangan pelajar . Guru menghadapi pelbagai karenah pelajar yang memerlukan tahap kesabaran yang cukup tinggi. Semua orang boleh mengajar tetapi tidak semua orang boleh menjadi guru. Mendidik dan mentarbiah bukan perkara yang mudah terutama bagi sekolah sekolah yang mempunyai bilangan populasi ramai (melebihi 1700 orang ) yang terdiri daripada pelbagai etnik dan ras perlu ditangani dengan baik dan cermat.

Organisasi Sekolah

Sekolah sebagai sebuah institusi yang sangat kompleks memerlukan seorang ketua yang berwawasan, bermotivasi tinggi, berilmu dan berpandangan jauh untuk melakukan transformasi dalam pelbagai disiplin . Seorang Ketua perlu merangka strategi dan mempelbagaikan kaedah untuk menjamin keluwesan sistem penyampaian kepada anak didik. Pembangunan sekolah secara menyeluruh seperti pentadbiran organisasi pejabat, pengurusan kewangan, pencapaian akademik pelajar , pengurusan ko kurikulum, hubungan komuniti, prasarana sekolah , pengurusan sumber manusia, pengurusan keselamatan (jaga), pengurusan kantin, pembersihan dan pembentukan budaya sekolah merupakan sebahagian tugas yang perlu diurus tadbir dengan cekap dan berkesan untuk kepuasan pelanggan .

Tanggungjawab Bersama

Keberkesanan sesebuah organisasi memerlukan hubungan dan kerjasama yang baik semua anggota . Ketua perlu "building on environment where everyone feels recognized and appreciated is everyone's job. When people feel valued, they are motivated to achieve the goals. In most instances, people leave because they lack a meaningful working relationship with an immediate supervisor. (The Only Leadership Book You'll Need - Peter Barron Stark and Jane Flaherty ) . Peranan Ketua sangat penting untuk menjamin kepuasan bekerja kakitangan, namun sebagai manusia biasa kita tidak mampu memuaskan hati semua orang. Itu hakikat yang perlu diakui semua orang.

Guru Sengoti

Beberapa dasawarsa dulu guru menjadi ikon masyarakat kerana mereka memiliki ilmu pengetahuan dan sahsiah yang tinggi. Mereka menjadi rujukan orang dalam setiap keadaan dan suasana, namun kini aura guru telah tersirna kerana kebanyakan guru tidak lagi memandang tugas itu sebagai ibadah untuk mencari keredhaan Allah SWT. Tugas guru sebagai penyambung risalah Tuhan di muka bumi untuk mengajar manusia mengenal huruf dan abjad melalui tulis baca (Iqra). Menjadi guru sengoti bermakna kita sanggup memikul tanggungjawab mendidik manusia bukan sahaja dalam persekitaran sekolah tetapi menjadi murabbi untuk mengislahkan masyarakat melaksanakan perubahan minda melalui transformasi pendidikan .

Berita Gembira

Kerajaan telah mengumumkan beberapa kenaikan pangkat kepada guru dan Pengetua/Guru Besar seluruh negara mulai 1 Januari,2012. Semua Pengetua Gred DG 48 dinaikan ke Gred 52 . Ini bermakna mulai tahun depan semua perjawatan di sekolah menengah mestilah diisi penyandang yang bergred DG52. Penolong Kanan pula akan di naikan ke Gred DG 48 . Tahniah dan terima kasih kerana prihatin dengan jasa guru yang membangunkan modal insan negara. Amat wajar sekali Kerajaan mengiktiraf peranan kaum guru memandangkan mereka merupakan "The front liner" yang menentukan kemajuan negara. Perjuangan Majlis Pengetua Malaysia (MPSM) sejak sekian lama mendapat perhatian dan pertimbangan Perdana Menteri. Berita gembira ini disambut seluruh warga guru dengan penuh kesyukuran. We swear and promise to give our fully commitment in order to uphold the dignity of teaching profession.

csyahya16may2011

Thursday, May 12, 2011

Rahmat Allah Menyirami Bumi

Setelah seminggu negara dilanda cuaca panas yang cukup membahang petang tadi (Khamis) pintu langit di buka Tuhan menurunkan rahmatnya kepada manusia . Hujan yang turun membasahi bumi sejak sore tadi berhenti sesudah waktu Maghrib menghilangkan debu dan jerebu yang menyelubungi Lembah Klang . Jarak penglihatan semakin terang dan jelas. Rasa sejuk,segar dan nyaman kembali membalut diri. Tumbuhan dan haiwan turut sama bergembira . Bumi yang dulunya hampir mati kembali hijau dan segar . Sebagai manusia yang sempurna minda akal kita perlu merasa bersyukur kepada Allah yang memberikan rahmat kepada setiap makhluknya . "Sekiranya kamu bersyukur Aku akan tambah nikmat kepada mu, tetapi jika sekiranya kamu kufur sesungguhnya azabku amatlah pedih . " Demikian secara umum pengertian maksud Al Quran yang sangat popular disampaikan para dai, kiai dan ustaz semasa menyampaikan kuliah di Masjid atau surau .

bersambung... InsyaAllah









Friday, May 6, 2011

Antara Sydney, Gold Coast dan Brisbane (Sebuah catatan perjalanan)

 




















Sebuah panorama menarik dengan sungainya tenang,
bersih dan menyejukan mata kekal lestari untuk
warisan generasi mereka.


Hari pertama tiba di Sydney menaiki cruise bersama anggota rombongan MPSM WPKL

Lapangan Terbang Changi Singapore

Bergambar kenangan bersama Hj Khailani di luar Masjid Galipoli Sydney selepas solat .


Anggota rombongan bersedia untuk menaiki kereta kabel untuk melihat gunung "three sisters "dari dekat.


Bergambar kenangan berlatarbelakangkan jambatan dekat Darling Harbour sebaik tiba .

Pada hari Jumaat 29 April 2011 seramai 30 orang peserta terdiri daripada Ahli Majlis Pengetua WP KL (MPSM) bersama keluarga masing masing telah mengadakan lawatan ke Sydney ,Gold Coast dan Brisbane Australia selama satu minggu. Lawatan ini di ketuai YBhg. Datin Hasmah Abu selaku ketua rombongan menggunakan perkhidmatan MyEureka Travel & Tours Sdn Bhd pimpinan Tour Manager Um Musmayah Mohd Yusof atau Maya. Kami bertolak ke Singapura menaiki pesawat Silk Air pada jam 900 dan tiba di Lapangan terbang Changi lebih kurang pukul 10.00 malam. Dari Changi kami menyambung perjalanan ke Sydney dengan Singapore Airline dan selamat mendarat di Sydney Airport Jam 900 pagi. Perbezaan waktu dua jam lebih awal dari Malaysia . Cuaca cerah tidaklah begitu sejuk dengan suhu sekitar 22 darjah celcius tetapi berangin . Bas sedia menunggu membawa kami " sight seeing " around Sydney mengambil gambar gambar sekitar pelabuhan sebelum makan tengahari di Kasturi Cafe (kedai makan Singapura). Makanan enak, sedap dan menyelerakan. Selesai makan MAYA membawa kami menaiki cruise mengelilingi Darling Harbour yang sungguh cantik dan mempesonakan . Hebat sungguh panorama ciptaan ILLAHI ini . Aku sudah dua kali mengunjungi Darling Harbour (DH) semasa anak masih belajar di Australia (Melbourne) . Setelah puas menaiki cruise Captain Cook, kami bertolak balik ketempat penginapan di Riges Apartmen tengah Sydney dan seterusnya ke Restoran China (chinese food) untuk mangan malam berdekatan Darling Harbor.

pix : on the cruise captain cook Darling Harbor.
Shopping at Paddys Market

One of the most popular places in Sydney is Paddys Market. After breakfast at Indian restaurant near our Apartment, we went for shopping. Disini banyak barangan murah (gifts) yang mampu dibeli sebagai oleh-oleh untuk buah tangan. Kami diberi masa sehingga pukul 9 pagi untuk membeli belah disini sebelum bas tiba untuk perjalanan ke Blue Mountain.

Trip to Blue Mountain


On the second day we went to Blue Mountain which was the famous place in Sydney. The journey took about one hour to the destination. Along the way we were proud of the beautiful scenery with green environment and cool atmosphere. Oh my Lord you create the earth with colorful hills and mountains but very few people appreciate it. We arrived at noon. All of us looks very captivated (teruja) to take pictures especially for "The three sisters" . Geologically this process occurred because of wind and erosion shaped the stones in million of years. Allah is Great. We were given 15 minutes to take photos in this location. We continued to the Sky way for lunch . After lunch, we explore the challenging trip to see the amazing view of the mountain by cable car . At about 3 pm we went back to Sydney and break for pray at AUBURN Gallipoli MOSQUE. This mosque was built by the Muslim Community in Sydney . After perform our duty we met Muslim brothers from Philippines and several people near the mosque . We went back to the Apartment to prepare dinner at the Oasis Restaurant .

Bondy Beach





















Hotel Beach-Haven tempat penginapan di Gold Coast


We fulfill our en joyful to Bondy beach . It is about 15 km from our Apartment . Allah is Great. The beach was so beautiful and clean . We have given about half an hour to take pictures . Later we moved to Myer complex for shopping. Many of us spent their time to buy gifts . We continue our day tour to the mosque to perform solah . Kami seterusnya ke Restoran Delima (INDONESIA) untuk makan malam dan kemudiannya menuju lapangan terbang untuk ke Gold Coast dengan pesawat Virgin air. Penerbangan ke Gold Coast selama 1 jam 30 minit. Kami selamat mendarat pada jam 1030 malam. Bas sedia menunggu (charter bus) membawa kami ke tempat penginapan di BEACH HAEVEN.





Kenangan di Bondy Beach 


Melawat Green Tea

Tempat penginapan yang baik dan cukup selesa (Level 8C) Apartmen menghadap laut luas membiru, bayu bertiup lembut dengan deruan ombak menghempas pantai menjadi penawar duka . Suasana seperti ini sungguh mendamaikan jiwa terutama kepada kami para Pengetua . Pantai yang landai, cantik, bersih dan terpelihara menjadi tarikan pengunjung untuk beriadah. Sedini pagi sudah ramai Mat Salleh berjogging . Matahari pagi yang cerah menerjah laut memantulkan cahayanya yang sangat indah. Subhanallah. Diruang langit kelihatan pesawat terbang melintasi lautan pantai berulang alik membawa penumpang. Aku membuka bekalan nasi lemak dan menjamu selera ditepi pantai bersama isteri. Nasi lemak berlauk telur dibekalkan oleh seorang pengusaha restoran dari Johor namanya Hj. Nordin (Restoran Maharani) yang menetap disini selama tiga puluh tahun. Burung-burung "gegel" berwarna putih terbang mendekati kami minta berkongsi makanan. Burung yang jinak tapi cerdik ini sentiasa mengintai makanan jika terleka habis dibawa lari bersama kawan kawan mereka. Sementara menunggu bas tiba, kami bergambar kenangan di beberapa tempat yang strategik dan sempat memesan kopi dan hard boil eggs di Coffee cafe berdekatan . Tepat jam 900 pagi bas tiba untuk membawa kami ke kawasan ladang Green Tea yang mengambil masa kira-kira 2 jam perjalanan .


















Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan panorama yang menakjubkan . Sungai yang jernih tenang dan bersih dihiasi tumbuh tumbuhan beraneka warna sungguh mempersonakan. Kami tiba di Green Tea lebih kurang jam 1200 tengahari. Setelah selesai makan sandwich dan kopi(Aku tak makan) kami dibenarkan melawat sekitar ladang dan mengambil gambar kenangan. Berbagai jenis produk yang dijual hasil proses adunan daun teh seperti ubat gigi, anti fungal, skin lotion dan sebagainya. Hebatnya orang putih mereka mengusahakan ladang secara komersial yang turut menyumbang pendapatan kepada negara mereka. Selesai membeli buah tangan kami menuju ke tempat projek pengusahaan lebah. Nasib kurang menyebelahi kerana hujan lebat sepanjang jalan. Kami membuat keputusan balik ke tempat penginapan untuk makan malam di Restoran Chinese Food (aku tak makan) .

Sarapan Capati


Terima kasih tak terhingga kepada Puan Hamidah, En Yusoff , Maya , Puteri kerana menyediakan capati dengan kuah dal yang sedap seperti makan di kedai mamak. Puan Hamidah memang pakar masak . Beliau seorang ibu yang aktif, cekap dan pantas mampu menyediakan juadah untuk kami walau pun dalam keadaan yang serba kekurangan. Selesai sarapan seperti biasa bas kami tiba (selalu awal 15 minit) untuk meneruskan perjalanan menuju perkampungan Hollywood tempat bintang filem beraksi seperti superman, badman dan melihat stunt man. Aku kagum walau pun tempat ini tumpuan film star, mereka menyediakan kemudahan mussolla untuk bersolat. Kami sempat Jamak Takdim disini. Spesifiknya tempat wudhu sungguh luar biasa dan sangat praktikal. Kira kira jam 5 petang bas datang menjemput kami untuk makan malam di Chinese restaurant seafood (aku tak makan).


Country Paradise






















Masa berlalu begitu cepat. Kami dimaklumkan oleh MAYA jam 1000pagi semua kena keluar (check out). Masa yang masih tersisa Aku gunakan untuk berjalan -jalan di sepanjang pantai yang putih . Kelihatan beberapa keluarga termasuk Haji Khailani dan isteri sedang beriadah dan mengambil gambar kenangan . Sarapan pagi bersama meehoon disediakan oleh Puan Hamidah . Air tangan beliau sedap dan menyelerakan. Kami bertolak ke Country Paradise jam 9.30 pagi melihat Koala , sheep, kanggaro dan lembu Australia. Koala menjadi tumpuan dan sempat mengambil gambar dengan bayaran 15 Dollar. Pandai Mat Salleh berniaga. Makan tengah hari disediakan . Maya meminta Aku membaca doa untuk kedua orang tuanya sempena meraikan tarikh hari perkahwinan Puan Hamidah dan En Yusoff yang ke 38 tahun . Semoga mereka bahagia hingga keakhir hayat. Aku lihat Maya sebak dan tears in her eyes sambil berkata "tanpa mama dan abah , Maya tidak ada di sini " . Begitulah beruntungnya mempunyai anak yang bertuah . Amin . Kami solat jamak takdim sebelum meninggalkan kanggaro dan koala. Bas sedia menunggu membawa kami ke Brisbane. Brisbane sebuah bandar yang padat. Banyak bangunan pencakar langit . Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam dan rombongan singgah makan malam di Restoran Indonesia(China). Selesai makan kami berangkat ke Airport untuk penerbangan Singapore Airline pada jam 1100 malam.

Dari Brisbane ke Changi





















Brisbane Airport


Penerbangan dari Brisbane ke Singapura selama 6 jam 30 minit. Hidangan disediakan (untuk muslim). Mata sangat mengantuk ditambah dengan kepenatan menyebabkan aku tidur sepanjang perjalanan .Sesekali kedengaran pengumuman juruterbang mengingatkan penumpang memasang tali pinggang bila berlaku gegaran. Pesawat selamat mendarat di Changi Airpot jam 530 pagi . Lapangan Terbang Changi besar dan moden menjadikan Singapura sebuah negara termaju dirantau ini . Setelah selesai pemeriksaan kami menunaikan solat subuh berjamaah. Sementara menunggu waktu berlepas kami sempat bergambar dan ada yang membeli buah tangan. Tepat jam 750 kami menuju tempat menunggu (waiting room) untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Melalui tingkap pesawat Aku melihat hamparan bumi Singapura yang yang dipisahkan dengan Selat Tebrau Johor Bahru dengan perasaan hiba dan sayu . Belum pun sempat menghabiskan secawan kopi, kedengaran pengumuman pramugari pesawat akan mendarat di KLIA . Tepat jam 9.30pagi kami selamat tiba di tanah air . Catatan perjalanan ini aku tuangkan dalam tulisan sebagai koleksi pengalaman semasa berada di negara orang. kita ambil nilai nilai yang yang baik seperti kebersihan, patuh kepada peraturan dan undang-undang jalan raya, mendahului masa, pengangkutan awam yang cekap dan efisien dan kehijauan bumi untuk kesinambungan generasi mereka. Sepanjang berada di sini tidak kelihatan bukit ditarah atau gondol untuk pembangunan. Kelihatan alam kekal hijau dan menyejukan. Kita perlu mengambil contoh dari negara maju yang sangat prihatin dengan kelestarian alam untuk menjamin kesihatan dan kesejahteraan sejagat . Terima kasih dan sekalung tahniah kepada YBhg Datin Hasmah Abu yang mengetuai delegasi dengan baik dan sungguh berkesan sekali kepada kami.


csyahya mei 2011
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMK Danau Kota 



Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...