Friday, December 31, 2010

Perginya Seorang Sahabat Menemui Allah

Petang Khamis 30 Disember 2010 sekitar jam 300 petang seorang rakan sekerja Guru Besar Sdra Mohd Taufik telah kembali kerahmatullah dalam usia 52 tahun. Berita pemergian beliau diterima melalui sms pada pukul 8.30 malam dan membaca sms tersebut jam 500 pagi ketika bangun mempersiapkan diri untuk ke surau menunaikan Fardhu Subuh. Sejurus Azan berkumandang terus ke rumah Allah untuk mengimamkan solat Fajar. Selesai solat bersiap untuk ke sekolah kerana ada program orientasi pelajar baru Tingkatan Satu dan Peralihan. Usai majlis rasmi jam 10.30 pagi bersama Hj Ab Karim GB SK DANAU KOTA II kami terus ke kubur di Kg. Datok Keramat memberikan penghormatan terakhir kepada beliau. Talqin di baca oleh Imam Masjid Datok Keramat dengan penuh keinsafan, tanpa ku sedari titisan air jernih membasahi pipi mengenangkan kehidupan di alam barzah dan akhirat . Kehilangan beliau yang begitu cepat dan tidak disangka sungguh terasa terutama pada ku yang sering kali bergurau senda dengan beliau. Baru hari Isnin lalu 27 Disember 2010 kami berjumpa dalam mesyuarat bersama TKPPM Dato Noor Rezan Bapoo Hashim di JPN Wilayah . Aku sempat bergurau bertanya dalam bahasa Minang " manga mamak lalok" dijawabnya damam. Aku pun pegang bahu beliau dan terus mencari tempat duduk di depan. Sesungguhnya mati itu benar, janji Allah benar, mati dan hidup benar, alam barzah benar, syurga dan neraka benar, kiamat tetap berlaku benar, berkumpul di Mahsyar benar dan di bangkitkan dari kubur adalah benar. Semoga Allah mengampuni segala dosa beliau dan di terima di sisiNYa setiap kebajikan selama hayatnya menumpang di Bumi Tuhan ini. Amin ya rabbal alamin . Al Fatihah...

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...