Tuesday, December 21, 2010

Tugas Luar di Brunei DS dan Labuan MPSM WPKL


Pada 9-13 Disember yang lalu, seramai 18 orang ahli MPSM Kuala Lumpur mengadakan lawatan rasmi ke Brunei Darussallam dan Labuan untuk melihat sistem pengurusan pentadbiran pendidikan di Negara tersebut. Selama dua hari berada di Brunei DS kami sempat meninjau beberapa tempat menarik seperti Muzium Brunei, Masjid Sultan Ali Sharifuddin , Masjid baru , melawat sekolah di kampung air dan menyusuri Sungai Brunei yang penuh dengan flora dan fauna mengkagumkan. Keistimewaan yang dapat saya saksikan di sini ialah setiap premis kerajaan, kedai, cafe semuanya bertulisan jawi. Tidak kelihatan motosikal di jalan raya semuanya menggunakan motokar selain teksi air (Motor taxi) . Pada pagi Sabtu 11 Disember, kami bertolak dari hotel KIULAP menuju Terminal Feri untuk ke Labuan. Tepat jam 900 pagi (waktu Brunei- Malaysia sama) kami menaiki bot ke Labuan. Masuk saja dalam bot, bau minyak yang tidak menyenangkan sehingga ada antara penumpang terpaksa menutup hidung dan mulut untuk mengelak daripada keluar isi perut. Perjalanan selama satu jam melalui laut lepas ku lihat ada ahli yang tertidur atau buat-buat tidur bagi mengelak terkeluar isi dalam kerana olengan bot membelah ombak yang agak kuat disertai hujan yang turun sejak pagi. Akhirnya kami sampai ke Destinasi seperti yang dijadualkan.

1 comment:

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...