Sabtu pagi 25 November 2017 tiba di Manchester airport di jemput menantu ke Sheffield. Sampai di rumah Oxford Street di sambut anak dan dua cucu yang sabar menanti ketibaan umi dan walid. Amirah Safiyyah dan Aqeel Fauzan Muhammad Aslami. Terubat rasa rindu melihat mereka yang jauh di mata. Masa yang ada di manfaatkan sebaik baiknya bersama mereka.
Monday, December 18, 2017
Saturday, December 16, 2017
Hari ini kosong darjah Celsius
Bismillah Alhamdulillah.
Bumi dan langit seisinya milik Tuhan yang penuh dengan keindahan dan keunikan. Dia yang menjadikan alam untuk manusia, haiwan dan tumbuh tumbuhan saling bergantung untuk kelestarian kehidupan. Matahari tidak pernah berhenti bekerja sejak alam di jadikan. Di belahan bumi lain cuaca panas dan hujan sepanjang tahun sementara di sini sejuk sehingga turunnya salji. Berbagai musim dan perlakuan alam yang berlaku menunjukkan kekuasaan Tuhan yang tidak dapat di cerakinkan melalui ilmu pengetahuan kecuali iman.
cuaca cerah hari ini tapi sejuknya Allahu Rabbi.
cahaya mula terbit
Thursday, December 14, 2017
Hafiz Hamidun - Tenang dan Damai
Semoga Allah SWT memberkati beliau dan memberi seribu rahmat atas usaha murni ini. Sepanjang musim sejuk akhir 2014 zikir ini sentiasa berkumandang menemani anak saya yang melahirkan anak pertama tak cukup bulan di Hospital Joseph Wing Sheffield UK selama beberapa minggu. Alhamdulillah Allah memberikan kekuatan kepadanya walau pun terpaksa menemani bayi yang berada dalam inkubator sepanjang masa. Kini Amirah Safiyyah dah membesar dengan sihat berusia 3 tahun 10 bulan mempunyai adik Aqeel Fauzan berusia 11 bulan.
Nasyeed ini juga menjadi halwa telinga saya semasa hendak tidur. Alhamdulillah rasa tenang dan damai di ulit zikir yang sungguh menggugah rasa. Semoga Allah memberkati Hafiz Hamidun.
Lembu tak tambat - Almarhum cgu Naim.
Sebuah pengajaran bermakna peninggalan berharga Almarhum cgu Naim yang di abadikan dalam lagu dikir barat. Adaptasi kehidupan "pemegha" lembu di Kelantan yang benar benar berlaku dalam masyarakat kampung.
Wednesday, December 13, 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)
Menjana kekuatan organisasi
Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...
-
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Saudari Pengacara majlis, Yang Berhormat Datuk M...
-
UCAPAN PERASMIAN HARI ANUGERAH KOKURIKULUM SMK DANAU KOTA 2011 PENYAMPAI : DATO’MOHD.SHAFIE ABDULLAH ...
-
Semoga Allah SWT memberkati beliau dan memberi seribu rahmat atas usaha murni ini. Sepanjang musim sejuk akhir 2014 zikir ini sentiasa b...