Tuesday, September 19, 2017

Logika dan Iman

Logika ialah sesuatu perkara atau peristiwa yang terjadi boleh di terima dan di cerna oleh akal secara nyata. Maksudnya melalui pembuktian. Dalam pendidikan Sains pelajar di ajar cara- cara untuk menghasilkan sesuatu keputusan melalui ujikaji. Contohnya apabila Batu Kapur atau istilah Sainsnya Kalsium Karbonat (CaCO3) di panaskan pada suhu tertentu ia akan menghasilkan Kalsium oksida CaCO3 dan membebaskan  (CO2) karbon dioksida. Apabila logika di gunakan untuk membenarkan sesuatu proses berlaku bermakna sesetengah manusia hanya percaya apabila ada bukti yang wujud di depan mata sebaliknya sukar mempercayai sesuatu peristiwa yang berlaku di luar jangkauan minda. Akal ialah sebuah mutiara anugerah Tuhan yang sangat berharga.

Akal dapat membezakan antara yang hak dan bathil sebagai indikator cerminan kepribadian manusia.    

 Akal ialah alat untuk

berfikir mencari kebenaran.
Dalam Bahasa Inggeris  akal di sebut intellect, common sense dan retarded iaitu merujuk kepada tahap kecerdasan pemikiran seseorang. Akal yang sihat menjadi indikator kewarasan  diri dalam menilai sesuatu perkara samada baik atau sebaliknya.


Sunday, September 17, 2017

Mutiara di Tengah Lautan

Negara Kesatuan Republik Indonesia @ NKRI mempunyai gugusan ribuan pulau dengan khazanah alam yang kaya dan cukup memukau penglihatan. Alam anugerah Tuhan yang terbentang luas dari Sabang hingga ke Merauke menjadi nadi kekuatan ekonomi berlatarbelakangkan kepelbagaian sosio budaya dan etnik yang mempunyai keunikan negara ini. Bhineka Tunggal Ika sebagai paksi penyatuan dan kesatuan bangsa sejak berabad tetap lestari untuk kelangsungan kemajuan negara. Memiliki lebih 33 buah daerah (Province), seperti Pulau Jawa, Pulau Sumatera, Kalimantan, Acheh, Riau sebagai contoh,  negara ini sebenarnya kaya dengan kepelbagaian hasil bumi (natural resources) terutama  minyak dan gas. Kepulauan Natuna terletak di bawah pentadbiran Riau memiliki sumber daya alam yang cukup menguntungkan untuk memicu pertumbuhan ekonomi Republik Indonesia. Natuna seumpama mutiara di tengah-tengah Laut China Selatan yang kaya dengan minyak dan gas. Kedudukannya yang strategik di tengah-tengah Laut China Selatan bersempadan dengan Vietnam Kemboja dan Malaysia, Natuna menjadi daya tarikan pengunjung untuk  berwisata ke sini.
Justeru tidak hairan pemerintah Indonesia telah memperkasa pembangunan di wilayah ini untuk menjana ekonomi negara. Kawalan keselamatan di perketatkan oleh Tentera Nasional Indonesia @ TNI untuk memastikan wilayah ini bebas daripada pencerobohan asing. Natuna yang mempunyai penduduk majoriti muslim mengamalkan budaya hidup berteraskan kerukunan agama menjadi identiti khas masyarakat Melayu di wilayah ini. Masjid Agung tersergam indah merupakan mercu tanda kemajuan Islam di Pulau ini. Penduduknya berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya dan kesenian Melayu dalam kehidupan seharian mencerminkan Natuna sebuah Kabupaten yang tidak saja kaya dengan sumber alam tetapi mempunyai adat resam kebudayaan Melayu yang di warisi sejak berzaman.

Image result for sekolah di natuna
Masjid Agung Natuna yang cukup indah bercirikan arkitektur moden
Sumber: Google

Teringin ke Natuna

Melihat keindahan dan kecantikan panorama alamnya melalui gambar gambar dan sumber you tube hati terpikat dan teringin untuk melihat Natuna dari dekat. Mungkin suatu hari nanti jika di izinkan Tuhan akan sampai ke sana. Pantainya yang memutih dengan lautan yang jernih menjadi daya tarikan pelancung untuk menjejaki Natuna dengan lebih dekat. Melalui pembacaan dan carian di internet saya mendapati Pulau Natuna sedang giat berkembang maju ditandai dengan pembesaran lapangan terbang Ranai untuk kemudahan pelancung mengunjungi pulau ini. Dari Lapangan Terbang Hang Nadim Batam  pelancung boleh menaiki pesawat untuk menikmati keindahan pulau Natuna yang masih alami. Transportasi udara menjadi sarana utama sebagai pemangkin memacu pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara.

Image result for natuna islands

Sumber : Google

Objek wisata

Selain memiliki sumber daya alam yang kaya, Natuna juga mempunyai sejumlah ratusan pulau yang cukup indah dan belum tercemar oleh tangan tangan manusia. Gugusan pulau pulau kecil yang belum berpenghuni menghiasi keindahan rantaian ciptaan Tuhan di tengah-tengah lautan yang sungguh mengkagumkan. Subhanallah. Natuna yang terkenal dengan tempat tempat menarik seperti Gunung Ranai, Alifstone Park, Kepulauan Anambas , Pantai Cenaga dan Masjid Agung Natuna yang cukup artistik dan identik dengan ciri-ciri kesenian Islam yang menakjubkan.Semoga Natuna terus membangun dan berkembang maju menjadi destinasi pelancungan dan objek wisata dunia sejajar dengan kedudukannya yang begitu strategik di tengah-tengah laluan antarabangsa. Natuna seumpama sebuah MUTIARA DI TENGAH LAUTAN yang menjadi impian setiap negara.

csyahya victory
Selasa 19 September,2017

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...