Sunday, November 27, 2016

Mencari Umar Ab Aziz Era Globalisasi

Alam yang luas terbentang menjadi bukti kekuasaan Tuhan. Luasnya langit yang tidak bertepi  menaungi bagi segala kehidupan di bumi membuktikan keagungan ciptaan Ilahi yang tidak terjangkau oleh pemikiran manusia jika kita mempergunakan pemikiran secara impiri untuk mencari hakikat kebenaran yakni mengESAkan Allah sebagai Pencipta sekelian kehidupan yang ada di langit dan melata di bumi. Allah SWT memberikan ilham  kepada manusia untuk selalu mencari kebenaran melalui ayat-ayatnya yang tertulis dan tidak tertulis untuk manusia melihat keagungan Tuhan melalui mata hati. Turunnya hujan dari langit membawa rahmat kepada kehidupan. Tumbuhan kembali subur berbunga dan berbuah untuk manfaat manusia dan haiwan yang melata. HuJan juga ada kalanya mengundang musibah seperti tanah longsor dan hakisan kuat sehingga memaksa manusia mengungsi diri ke tempat selamat.

Mencari Khalifah

Sesungguhnya alam ini di warisi kepada manusia untuk di urus tadbir dengan perintah Tuhan. Neraca Tuhan pastinya berpaksikan ketauhidan sebagai tunjang pokok kekuatan umat.Indikator ketauhidan ialah wujudnya kesejahteraan dan kemakmuran seperti ungkapan Allah BALDATUN TOYYIBATUN WARABBUN GHAFFUR, negara yang sejahtera dan makmur yang mendapat naungan Allah. Anjuran untuk melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran menjadi tuntutan Al Qur'an dalam setiap kehidupan terutama memilih Aulia untuk memimpin umat ke jalan Tuhan. Pemimpin yang mendahului Allah dalam setiap tugas dan tanggungjawab  membawa umat mencintai kebenaran pastinya mendapat rahmat di dunia dan di akhirat. Masih ada lagi kah pemimpin seperti Umar Ab Aziz di zaman ini? Jawabannya terlalu Langka, malah tidak ada. Khalifah Umar Ab Aziz menjadi Gabenor Madinah zaman pemerintahan Uthmaniah dalam waktu singkat hanya dua setengah tahun namun mampu mengobah pola sosio ekonomi umat sehingga perbendaharaan negeri bertambah kukuh dan kuat.Tiada lagi orang miskin dan fakir di zaman pemerintahannya. Sifat qanaah yang lahir dari rasa ketaqwaan menjadikan rakyat dan pemimpin di senangi Allah sehingga memicunya kesejahteraan dan kemakmuran negara. Sebagai Khalifah yang membawa risalah Tuhan,Umar Ab Aziz mempunyai sifat siddiq,amanah tabligh dan fatonah dalam mengurus tadbir negara yang menjadi ikon kepimpinan Murabbi sehingga daulah Islamiah berkembang maju begitu pantas.

Peranan Pemimpin

Kekuatan dan kelemahan sesebuah institusi pemerintahan bergantung kepada karisma dan watak seseorang pemimpin sebagai orang yang bertanggungjawab membawa umat ke arah kebaikan. Pemimpin yang beriman dan bertaqwa mempunyai hubungan yang rapat dengan Tuhan  selari dengan tuntutan Al Qur'an Habluminnallah dan Hablumminnas .Hubungan yang baik dengan Pencipta dan sesama manusia menjadi pra syarat untuk mencipta kecemerlangan pengurusan. Planet bumi tempat bermukim seluruh manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan secara perlahan mengalami evolusi di sebabkan  angin, hakisan, ombak, banjir, tanah runtuh, sunami dan faktor manusia terhadap alam  menjadi pemicu kerosakkan di bumi. Peranan pemimpin ialah mengajak umat ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran  seperti mana yang di lakukan oleh Khalifah Umar Ab Aziz. Hendaklah ada dalam kalangan manusia yang mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Al Qur'an menyebut makan dan minum lah dari rezeki yang Allah tentukan tetapi jangan sesekali melakukan kerosakan di muka bumi. Pesanan ini untuk seluruh manusia terutama kepada mereka yang di beri amanah untuk memimpin umat supaya menguatkuasakan hukum dan peraturan berdasarkan tuntutan Al Qur'an bagi menjamin kesejahteraan umat.

Pemimpin sakinah 

Dunia globalisasi terdedah dengan pelbagai macam informasi dan maklumat yang jika tidak di saring secara bijak pastinya memerangkap umat dalam konflik kehidupan yang berpanjangan. Media sosial menjadi alat komunikasi yang begitu pantas masa kini. Apa yang berlaku di belahan benua dapat di ikuti penduduk dunia dalam sesaat. Kebakaran besar selama beberapa hari yang merobekkan Israel sehingga memaksa ribuan penduduknya mengungsi ke tempat selamat tersebar pantas hanya beberapa detik sahaja telah menjadi berita hangat dunia. Dalam masa yang sama penganiayaan dan penindasan terhadap umat Islam Rohingya oleh Rejim Myanmar mendapat liputan meluas masyarakat dunia. Lalu apa kaitannya dengan pemimpin sakinah dalam era globalisasi ? Jika kita berbicara mengenai permasalahan umat, secara langsung tidak terlepas dengan fungsi pemimpin dalam menentukan hala tuju negara. Pemimpin sakinah mampu membentuk kepribadian umat secara Quranik sebagai simbol kemercuan negara. Pemimpin yang mengingkari perintah Allah dan menzalimi sesama umat dengan membuat makar di bumi lambat laung pasti akan menerima balasan Tuhan. Semoga bumi tempat berdomisili seluruh kehidupan di urus tadbir dengan baik untuk kesejahteraan sejagat.















Israel pasca kebakaran.
 sumber: You tube

csyahya victory,
Rabu 30 Nov 2016

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...