Friday, November 11, 2016

Dunia Era Teknologi

Perkembangan begitu drastik dalam bidang Ilmu Pengetahuan dan Teknologi (IPT) menyaksikan pembangunan globalisasi berlaku tanpa batas. Apa yang berlaku di dunia turut terbias kepada setiap negara dalam berbagai bidang kehidupan. Krisis ekonomi  di pengaruhi banyak faktor antaranya pergantian pemimpin dunia yang turut mempengaruhi pasaran global.Kestabilan ekonomi rantau Asean juga turut terjejas dengan menurunnya nilai mata wang di negara negara di dunia. Apabila krisis ekonomi tidak dapat di tanggulangi secara bijak, logikanya akan berlaku depresi ekonomi terhadap negara negara yang lemah. Antara faktor kestabilan politik dan pembangunan ekonomi saling berkait bagi memicu pembangunan setiap negara. Mudah-mudahan krisis yang berlaku hanya bersifat temporari.

Krisis energi

Pertambahan penduduk dunia yang begitu melonjak menjadikan bumi ini seperti kawalahan untuk menampung kepadatan manusia saban tahun. Penghuni dunia masa kini 7.4 billion berdasarkan data Wikipedia dan UN menganggarkan pertambahan terus meningkat 11.2 billion dalam tahun 2100. Dapat kita bayangkan betapa gawatnya kehidupan kepada penduduk dunia menjelang dekad dekad mendatang. Kekurangan makanan dan kegawatan ekonomi memang telah berlaku kepada negara-negara ketiga sehingga ribuan orang kebuluran mati. Kekacauan politik yang berlaku di kebanyakan negara menambahkan penderitaan manusia.Image result for world hunger















Source :map of world hunger

Kekurangan bahan makanan akibat pertambahan penduduk yang tidak seimbang dengan persediaan sumber alam akan berlaku lah krisis yang berpanjangan.Konflik yang terjadi kepada Irak, Libya, Yaman, Mesir, Sudan, Syria dan kebanyakan negara Timur Tengah adalah kerana krisis energi. Negara negara Islam tersebut sebagai pengeluar minyak dunia termasuk Arab Saudi. Dunia berdepan dengan krisis perang berpanjangan sehingga memaksa penduduknya mencari perlindungan di negara negara selamat. Ribuan orang menyeberang sempadan negara masing-masing untuk menyelamatkan nyawa . Apa yang berlaku kepada rakyat Syria, Iraq, Libya malah kepada majoriti negara negara Islam menjadi bukti kerakusan kuasa yang berlaku di era moden ini. Ribuan anak anak kecil dan orang orang tua  mati, rumah-rumah kediaman mereka musnah menyembah bumi sehingga terpaksa berlindung di bawah bawah khemah sementara yang begitu dhaif dan menyedihkan.Ironinya tidak pula kedengaran pelarian dari negara negara Eropah akibat peperangan atau kebuluran seperti mana berlaku kepada masyarakat Islam.


csyahya

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...