Pemimpin ialah figura yang di pilih dalam kalangan anggota masyarakat kerana mempunyai beberapa keistimewaan antaranya berilmu, beriman dan bertaqwa. Berilmu menjadi syarat dalam kepimpinan. Orang yang jahil tidak layak menjadi pemimpin kerana tidak berupaya membangun kehidupan sesebuah masyarakat bangsa dan negara secara beradab. Berilmu sahaja tidak cukup tanpa iman yang kukuh kepada Allah sebagai prasyarat kekuatan pemimpin untuk membawa umah ke jalan kebenaran. Beriman sangat sinonim dengan bertaqwa untuk membentuk kepribadian ummah bertunjangkan kebaikan iaitu ehsan. Inilah yang dikatakan amal soleh sebagai indikator pemimpin berintegriti. Kepimpinan ialah seni yang perlu ada pada setiap mereka yang bergelar pemimpin. Seni merupakan metodologi yang di gunakan setiap pemimpin untuk mempengaruhi pengikutnya. Perwatakan, kepribadian, pandangan, pengalaman, ketabahan, ketekalan, komitmen dan wawasan minda yang futuristik merupakan adunan resipi yang paling baik untuk menjadi seorang pemimpin berwibawa. Pemimpin tergolong kepada beberapa kategori seperti Pemimpin Masyarakat,Pemimpin Organisasi ,Pemimpin Siasah, Pemimpin Agama dan Moral, Pemimpin Instruksional, Pemimpin Kolaboratif , Pemimpin Strategik dan Pemimpin Operasional yang kesemuanya itu boleh diklassifikasikan sebagai fakulti kepimpinan.
Tidak melobi
Pemimpin yang benar-benar mencari keredhaan Tuhan tidak sekali-kali melobi dan memprojeksi diri untuk di pilih mengetuai jamaah kendati pun mereka mempunyai kelayakan kerana perbuatan menonjolkan diri ditegah oleh Agama yang boleh mendatangkan ujub dalam diri.Pemimpin yang lahir di zaman Rasulullah SAW mendapat didikan Baginda secara Qur'anik sebagai indikator memilih pemimpin bertaqwa. Setelah Baginda SAW wafat, tempatnya di ganti oleh Sayidina Abu Bakar As Siddik melalui kesepakatan dan musyawarah dalam kalangan umat Islam,kemudian setelah ketiadaan Abu Bakar di isi pula oleh Umar Al Khatab RA, di ikuti oleh Uthman Affan RA dan Ali Abi Talib Karamallahu wajhah sebagai pelengkap Khalifah Ar Rashidiin dalam era pemerintahan Islam.Mereka tidak berebut jawatan malah sangat takut kepada Allah dalam hal memikul amanah.Sifat-sifat Sidik, Amanah, Tabligh dan Fatonah menunjangi kehidupan para sahabat dalam mengurus tadbir negara pada masa itu. Apa jadi dengan pemimpin sekarang yang menyondol-nyondol diri untuk di pilih ? Terlalu jauh jika di bandingkan dengan kehidupan para sahabat. Justeru acuan mana yang perlu kita ikuti untuk memilih dan melantik seseorang pemimpin? Memilih acuan Barat atau Islam? Pendidikan mengajar manusia nilai-nilai kebaikan seperti disiplin, jujur, ikhlas, luhur, amanah,integriti,berkata benar, bertanggungjawab dan beradab. Institusi Pendidikan ialah tempat melatih dan melahirkan baka-bakal pemimpin yang berwibawa untuk kecemerlangan masa depan negara bukannya mendidik manusia untuk mencipta slogan menghalalkan segala cara.Fungsi guru membina ilmu menyempurna akhlak menjadi kewajiban dalam pembentukan modal insan yang berpaksikan 'intellectual behaviour' dan 'professional honesty' sebagai manifestasi kecemerlangan pendidikan.
Redha Ilahi
Kepimpinan menjadi faktor dominan untuk melestarikan kesejahteraan umah. Pemimpin yang berintegriti (taqwa) membawa manusia ke jalan Tuhan. Pemimpin yang tidak beriman dan beramal soleh pastinya cenderung memilih jalan Syaitan. Pemimpin sengoti hanya berbakti untuk mencari redha Ilahi bukannya inginkan pujian manusia yang bersifat fatamorgana yang menipu diri.Pandangan mata yang selalu menipu, dari kejauhan di sangka perempuan bila berdekatan rupanya pondan.Itu perumpamaan analogi kehidupan. Mereka meyakini hubungan duniawi dan ukhrawi tidak terpisah walau pun telah mati.Mereka tidak tamak dan rakus dengan kuasa yang ada malah hidup dalam serba kesederhanaan kerana memilki sekeping hati yang Qanaah kepada Allah. Mereka tidak berlumba-lumba mengejar kebendaan walau pun mempunyai ruang dan peluang untuk mengaut kekayaan kerana menyedari bahawa mati itu pasti menemui diri. Kekuasaan yang di miliki merupakan amanah yang perlu di laksanakan secara cermat dan adil untuk kebaikan manusia. Umat Islam sekarang seperti buih-buih di lautan yang menghempas ke pantai kemudian hilang bersama arus kerana langkanya ghirah terhadap Agama.Sirnanya rasa ghirah dalam kalangan umat menyebabkan persaudaraan sesama Islam tidak lagi terbela. Ribuan umat Islam Rohingya terapung-apung di lautan mencari tempat perlindungan dalam keadaan kelaparan dan kehausan seharusnya mendapat pertolongan Dunia Islam bukannya membiarkan mereka tanpa sebarang penyelesaian.Ini antara senario yang berlaku ke atas saudara-saudara Muslim yang di biarkan terkatung-katung tanpa ada negara yang sudi menerima mereka.Dimana hilangnya ikhwanul muslimin iaitu persaudaraan sesama Islam?
Kisah Al Qur'an
Pemimpin yang tidak beriman membawa manusia menuju kegelapan.Terlalu banyak kisah-kisah Al Qur'an mengenai kepimpinan yang seharusnya menjadi ibrah kepada umat akhir zaman. Kerajaan Namrud yang terkenal zalim sehingga sanggup membakar Nabi Ibrahim As merupakan kisah benar yang di tuangkan Allah melalui ayatNya. Apa salah Nabi Ibrahim pada pandangan Namrud laknatullah? Nabi Ibrahim As di utus Allah untuk mengajar manusia tentang kebenaran Tauhid iaitu menyembah Allah Tuhan Sekelian Alam dan menjauhi daripada mengidolakan patung-patung berhala sehingga Baginda di perintahkan untuk di bakar hidup-hidup.Allah yang Maha Besar telah menyelamatkan HambaNYa dari api yang marak dengan "Yaa na rukuuni bardan wasalaaman 'ala Ibrahim'' sehingga Nabi Ibrahim As sedikit pun tidak terjejas. Subhanallah. Kekejaman Kerajaan Firaun membunuh anak-anak lelaki kerana khuatir akan merampas kuasanya mendapat liputan meluas dalam sirah sehingga pertembungan antara hak dan bathil terbongkar dengan mukjizat yang Allah anugerahkan kepada Nabi Musa As. Klimaknya berakhir Firaun bersama tentera mereka di Laut Merah. Ini bukan rekaan dan omelan tetapi kenyataan Al Qur'an yang wajib di yakini oleh setiap manusia Muslim.Allah berkuasa membuat apa saja mengikut kehendakNya. Apabila kezaliman terlalu bercambah, tunggulah azab yang amat pedih menimpa umat.
Berusaha mensuci diri
Pemimpin yang meletakan Allah dan Rasul SAW sebagai matlamat hidup di dunia dan akhirat sentiasa berusaha mensuci diri dari kemungkaran.Pusat segala kebaikan dan keburukan ialah hati.Manusia yang berhati singa dan serigala akan membaham apa sahaja malah menerkam mangsa dengan rakus bagi memenuhi naluri kebinatangannya.Mendidik hati dengan cahaya kebenaran menjadikan manusia sentiasa terikat dengan tuntutan Tuhan.Hati yang tenang,damai dan lapang akan memancar kejernihan diri sehingga terpantul dalam perbuatan dan gerak geri. Ketahui lah dengan mengingat Allah hati menjadi tenang. Alaa bizikrillahi Tatmain nul qulub. Mengingat Allah bermakna sentiasa berhubung denganNya dalam setiap keadaan dan suasana , melihat segala kebaikan dengan mata hati, bukan hanya semata-mata bersolat dan berqiam pada waktu malam sahaja. Mereka tidak akan tega melakukan penyelewengan, mengambil komisyen dan rasuah dalam apa pun bentuk yang di tawarkan kerana hati dan nalurinya terikat kuat dengan hukum Tuhan. Pemimpin yang zuhud tidak tergugah dengan tawaran dunia dalam bentuk emas, perak dan wanita jelita yang boleh menghancurkan iman. Pemimpin bertaqwa menjadi pelengkap kesarjanaan ilmu yang di miliki sebagai ikon khalifah umat yang di redhai Allah.
Antara ilmu dan moral
Ramai sarjana memiliki ilmu tetapi rendah moral dan kurang beradab dalam bersosialisasi sehingga menjejaskan reputasi diri sebagai seorang figura yang di hormati.Pemimpin yang bijak perlu menyusun kata dengan baik walau pun ketika sedang menahan amarah kerana setiap ekspresi wajah seseorang pemimpin menggambarkan isi hati yang terbungkam dalam dirinya.Orang menjadi jengkel apabila mendengar pemimpin mengeluarkan perkataan yang kurang enak di dengar. Seperti juga seorang Pengetua yang memarahi guru-guru di depan ramai pastinya orang dapat menilai kepribadian dan perilaku beliau dalam mengurus tadbir sumber manusia. Bukan kah Allah SWT mengajar Nabi SAW dengan Al Insyirah yang boleh melapangkan dada dan minda semasa menghadapi kebuntuan ?Aura kepimpinan menjadi simbol kecemerlangan dan ikutan umah apabila pemimpin mempunyai nilai kepribadian tinggi dan mengamalkan prinsip-prinsip Rabbani bertunjangkan redha Tuhan.
Antara ilmu dan moral
Ramai sarjana memiliki ilmu tetapi rendah moral dan kurang beradab dalam bersosialisasi sehingga menjejaskan reputasi diri sebagai seorang figura yang di hormati.Pemimpin yang bijak perlu menyusun kata dengan baik walau pun ketika sedang menahan amarah kerana setiap ekspresi wajah seseorang pemimpin menggambarkan isi hati yang terbungkam dalam dirinya.Orang menjadi jengkel apabila mendengar pemimpin mengeluarkan perkataan yang kurang enak di dengar. Seperti juga seorang Pengetua yang memarahi guru-guru di depan ramai pastinya orang dapat menilai kepribadian dan perilaku beliau dalam mengurus tadbir sumber manusia. Bukan kah Allah SWT mengajar Nabi SAW dengan Al Insyirah yang boleh melapangkan dada dan minda semasa menghadapi kebuntuan ?Aura kepimpinan menjadi simbol kecemerlangan dan ikutan umah apabila pemimpin mempunyai nilai kepribadian tinggi dan mengamalkan prinsip-prinsip Rabbani bertunjangkan redha Tuhan.
Rumusan
Pemimpin berintegriti meletakan Allah dan Rasul SAW sebagai tujuan hidup
Pemimpin berintegriti berusaha membawa umah ke jalan Tuhan.
Pemimpin berintegriti melaksanakan setiap tanggungjawab menurut neraca iman.
Pemimpin berintegriti menjadi cermin kemajuan bangsa.
Pemimpin berintegriti tidak sekali-kali mengambil kesempatan untuk kepentingan diri
Pemimpin berintegriti mampu mengukur baju di badan sendiri.
Pemimpin berintegriti sangat Qanaah dengan rezeki yang di miliki.
Pemimpin berintegriti bukan mencari publisiti jauh sekali membesar diri.
Pemimpin berintegriti tidak hipokrit seperti talam dua muka.
Wallahua'lam.
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMK Sinar Bintang
Segambut, Kuala Lumpur.
Sabtu 16 Mei,2015.