Proses kejadian manusia sungguh misteri. Bermula dari setitik air yang hanyir, hamis dan hina (MIMMA IMMAHIN) keluar dari saluran kemaluan lelaki masuk ke saluran perempuan(suami-isteri),berubah bentuk menjadi segumpal darah, seketul daging, membentuk tulang - tulang dan dibungkus dengan daging , kemudian lengkap menjadi Janin membesar dalam rahim wanita sehingga cukup tempuh 9 bulan 10 hari lahir seorang bayi. Kehidupan seorang bayi sangat lemah memerlukan perhatian kedua ibu bapa sepanjang masa sehinggalah anak beransur membesar, meningkat remaja dan akhirnya menjadi dewasa.Kemudian Allah SWT benar-benar menegaskan bahawa manusia akan dimatikan (THUMMAINNAKUM BA'DAZAA LIKALAMAYYITUUN) . Benar kata Allah "Hendaklah manusia fikirkan dari apa dia dijadikan" QS At Thariq 5 .
Seekor sperma
Sperma ialah sel lelaki yang mengandungi spermatozon (benih) yang mempersenyawai sel telur wanita (ovum) .Setiap ejakulasi (pancutan sperma) berlaku jutaan sperma dikeluarkan namun yang mampu menuju telur hanya seekor sahaja . Sperma yang lain akan mati kerana tidak mampu melepasi dinding ovum yang kuat .
Sperma mempersenyawai sel telor.
Sumber gambar: Internet
Persenyawaan berlaku sebaik saja sperma memasuki sel telur membentuk zaigot yang tersimpan di dalam uterus ibu. Sel sel membelah diri menjadi dua, empat enam dan seterusnya. Proses pembelahan diri berlaku terus sehingga sekelompok sel mula membentuk organ tubuh seperti jantung, paru-paru, pankreas ,sel otak saraf tunjang dan akhirnya lengkap dengan struktur anatomi yang nyata.
" Dialah yang mencipta kamu dari tanah kemudian dari setitik air mani, sesudah itu menjadi segumpal darah, kemudian (kamu dibiarkan hidup) supaya kamu sampai kepada suatu masa (dewasa), kemudian sampai tua, diantara kamu ada yang diwafatkan sebelum itu. (Kami perbuat demikian) supaya kamu sampai kepada ajal yang ditentukan dan supaya kamu memahami (nya)". Al-Mukmin 67.
Manusia yang mempunyai pelbagai ragam perangai dan tingkahlaku asalnya dari seekor sperma yang dicipta Tuhan menjadi Manusia. Benar kata Maher Zain dalam bait bait lagunya " when the babies born so helpless and weak, why deny what's infront of eyes , the biggest miracle of life .
Sumber Youtube
upload by Ieda Hashim
Kemenjadian Manusia
Ilmu pengetahuan moden telah membenarkan pengakuan Al Quran tentang kejadian manusia lebih 1400 tahun yang lalu . Bagaimana gen yang diwarisi mempengaruhi watak dan tingkahlaku manusia secara mutlak. Tendensi manusia memilih jalan hidup juga sebahagian besar dipengaruhi oleh hereditinya. Kecerdasan IQ dan EQ menentukan dominasi kromosom yang terdapat dalam gen seseorang disamping faktor luar dan persekitaran hidup yang turut menyumbang kearah pembangunan kecerdikan manusia.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menekankan kepada kemenjadian manusia iaitu kecergasan jasmani, kestabilan emosi, kekuatan intelektual dan kesyumulan rohani (JERI). JERI merupakan gagasan Kementerian untuk melahirkan modal insan negara yang berwawasan , mempunyai jati diri unggul dan futuristik untuk kelestarian pendidikan negara . Negara memerlukan cendekiawan berbobot (berkualiti) yang dapat menyumbang idea dan tenaga untuk pembangunan negara.
Muhasabah Diri
Jika kita cuba mengintrospeksi diri secara akli sudah pasti akan bertemu dengan hakikat kejadian rohani dan jasmani manusia. Akal merupakan senjata paling ampuh yang dicipta Tuhan untuk menilai setiap tindakan dan perbuatan kerana kemenjadian manusia terletak kepada kekuatan daya mindanya yang mampu menyaring segala bentuk kemakrufan (kebaikan ) dan kefasadan (keburukan) . Perbuatan akal ialah mampu melaksanakan setiap tuntutan Tuhan tanpa bahas dan menjadikan nafsu yang ada dalam diri tunduk dan patuh setiap perintah Allah. Anjuran membaca dan memerhati ayat-ayat Allah dengan tadabbur merupakan tuntutan agama supaya manusia tidak mudah lupa diri dan bangga dengan kemampuan yang dimiliki. Seorang Ketua yang benar-benar beriman dengan ayat Allah, ia akan melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin kerana yakin disana nanti akan dipersoalkan setiap perbuatan dan tindakan yang dilakukan .
Introspeksi diri,
Che'Yahya Che' Soh
BIOLOGY TEACHER.
No comments:
Post a Comment