Friday, February 25, 2011

Thursday 24 Feb 2011

Delegation from Middle Java Indonesia came to our school. They were about 80 person .

Saturday, February 19, 2011

HAMKA TETAP DIHATI







nama mu harum bak kasturi duniawi dan ukhrawi

Walaupun sudah puluhan tahun jasadnya bersemadi di alam barzah, Al Marhum Prof Dr HAMKA (Haji Abdul Malik Karim Amrullah) tetap di hati . Pagi tadi , (Ahad 20 Feb 2011) berlangsung pengajian secara rutin KITAB TASAUF MODEN karangan beliau di Surau AL Falah Keramat AU oleh Ustaz Syukri Harun. Saya telah lama membaca buku tersebut dalam versi lama sewaktu menuntut di IKIP Padang (sekarang Universitas Negeri Pendidikan Padang ) pada tahun 1983 , hampir tiga dasawarsa yang lalu. Buku Tasauf Moden banyak mengajar pembaca mengenai erti kehidupan sebenarnya, kebahagiaan yang dicari dan ketenangan yang hakiki.

Buku Tasauf Moden karya Pak Hamka

Buku tersebut telah diperbanyak, diulang cetak berkali kali untuk bacaan dan kajian generasi kini. HAMKA sebuah nama besar yang tersohor seantero dunia kerana meninggalkan khazanah ilmu untuk seluruh umat. Beliau seorang ilmuan, agamawan , sasterawan dan pemikir Islam yang hebat melalui tulisan , pemikiran dan buah tangan yang ditinggalkan seperti; Tenggelamnya Kapal Venderwich, Tasauf Moden, Tafsir Al Azhar dan sebagainya ( sekadar beberapa contoh) . Hasil karya HAMKA yang sarat dengan perbendaharaan ilmu dan pengalaman hidup menjadi sumber rujukan para penulis dalam pelbagai disiplin ilmu seperti kemasyarakatan, kesusteraan keagamaan dan Daulah Islamiah . HAMKA menulis dengan mata hati dan perasaan yang mendalam setiap nukilan yang dihasilkannya. Beliau menjiwai setiap patah perkataan yang dilafazkan. Lenggok bahasa yang mudah dan puitis menjadikan pembaca terpegun , tertarik untuk membaca lembar demi lembar sehingga selesai . Beliau juga pengasas Panji Masyarakat, sebuah penerbitan ilmiah yang memaparkan doktrin dan gagasan pembangunan umat .


Danau Maninjau yang tenang, dingin dan segar menjadi sumber inspirasi kepada Pak Hamka dalam berkarya. 'Alam Takambang Menjadi Guru'

Kehidupan beliau cukup sederhana dengan rumahnya seperti rakyat biasa di sebuah perkampungan pinggiran Danau Maninjau , Sumatera Barat sebelum berpindah ke Medan dan Jakarta untuk menyampaikan risalah Tuhan . Saya berkesempatan mengunjungi Danau cantik ciptaan Illahi ini pada tahun 1979 bersama abang Hadri Awang (gemulah) sekeluarga yang kebetulan isterinya Asminah (Kak As) berasal dari sini. Dalam tahun 1983 menjadi " tour guide " rombongan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) yang melawat Padang Sumatera Barat. Minangkabau negeri beradat yang bersendikan syarak berpaksikan Kitabullah dianugerah Tuhan dengan keindahan alam yang cukup indah menjadi destinasi wisata (pelancung) dari dalam dan luar negara . Perjalanan menaiki bas atau dalam istilah Minang ' Oto' melalui jalan berliku (kelok 44) merentasi lereng-lereng gunung disajikan dengan pemandangaan sawah padi yang subur menghijau kekuningan memantulkan sebuah panorama sungguh menakjubkan . Suasana alam yang dingin berkabus dengan suhu bawah 20 C seolah-seolah kita sedang berada di UK,Australia dan New Zealand.

kelok 44 yang menguji kecekapan pemandu.
Gambar: Sumber internet


Pemandu Oto memainkan lagu-lagu klasik minang dan saluang seolah-olah seperti sedang memanggil anak anak perantau pulang menjenguk ibu ayah dikampung halaman yang telah lama ditinggalkan. Demikian secebis nostalgia yang masih segar dalam ingatan ketika berkesempatan mengunjungi daerah kelahiran pujangga istimewa Pak Hamka.

Gambar: Sumber internet

Sebagai seorang DA'I yang berkompeten dan berwibawa HAMKA berjaya membawa mesej Islam dengan baik dan diterima umum. Sepanjang sejarah kehidupannya beliau menghadapi ujian berat sehingga terpaksa merengkuk dalam penjara . Penjara mengajar Pak Hamka erti hidup sebenar sehingga beliau dapat menyiapkan TAFSIR AL AZHAR selama berada dalam tahanan. Demikian secebis catatan ringkas mengenai tokoh ulama yang banyak meninggalkan pusaka berharga kepada umat manusia . Benarlah kata Nabi SAW melalui hadith Baginda bermaksud ;

"Apabila meninggalnya anak Adam, terputuslah hubungannya dengan dunia kecuali tiga perkara iaitu: ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan anak yang soleh" . Semoga Allah SWT memberikan RahmatNYA kepada HAMKA dan ditempatkan bersama para solehin dibawah naungan jannah yang telah dijanjikan Allah SWT kepada hambaNYa yang bertakwa. Beliau telah banyak berjasa kepada manusia sejagat melalui tulisan dan pemikiran semasa hayatnya menumpang di Bumi Allah ini. Serangkai Al Fatihah buat beliau Amin Ya Rabbal Alamin .

Nukilan Al Fakir Wal Miskin,
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKDK



Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...