Sunday, November 14, 2010

Tugas Pengetua


Pengetua ialah personel yang dilantik dalam kalangan pegawai kanan yang mempunyai pengalaman, kredibiliti dan kewibawaan untuk menggalas tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. Tugas pengetua merangkumi semua bidang pengurusan dan pentadbiran bagi menjamin pembangunan modal insan holistik dapat dibangunkan. Sebagai seorang ketua organisasi sekolah pengetua perlu menunjukkan contoh atau model kepimpinan yang baik, transparen, telus, adil dan melayani semua anggota organisasinya dengan adil dan saksama. Dalam mengurus, memimpin dan mentadbir sekolah pengetua berdepan dengan pelbagai cabaran dan isu yang boleh menggugat kewibawaannya jika tidak ditangani dengan cermat , berhemah dan penuh hikmah . Justeru, bagi mengekalkan integriti sekolah, pengetua bersama subordinatnya perlu merancang, melaksana dan merumuskan formula terbaik untuk mengekalkan kecemerlangan. Seorang pemimpin pengetua mesti mempunyai wawasan, misi dan visi yang jelas serta berani membuat keputusan dan mengambil risiko walau pun tidak menguntungkan dirinya. People who are scared to move forward and afraid to take risks always find excuses to justify their behaviour".(unknown ) .Sebagai seorang pengurus, pengetua perlu memfokuskan kepada 9 bidang utama dalam pengurusan sekolahnya iaitu : organisasi, pejabat, kurikulum, ko kurikulum, hal ehwal murid, pembangunan fizikal / kemudahan, siumber manusia dan hubungan komuniti. Dari segi pengurusan organisasi ia berkait rapat dengan visi , misi, piagam pelanggan sekolah. Pengurusan pejabat berkaitan denagn Arahan perkhidmatan Bab I-8 seperti surat menyurat, fail, sistem pengurusan kaunter pelanggan dan pengurusan peralatan pejabat. Sebagai pemimpin instruksional pengetua bertanggungjawab memastikan pembangunan kurikulum sekolah sentiasa cemerlang untuk menjana modal insan yang mempunyai jati diri unggul.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...