Friday, October 21, 2016

BERIKUT inti pati Bajet 2017 bertema 'Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Insklusif, Mensejahtera Kehidupan rakyat'.
CUKAI/BR1M
- Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM2,500 setiap tahun mulai tahun taksiran 2017 bagi pembelian bahan bacaan, komputer, peralatan, surat khabar bercetak, smartphone dan tablet, langganan internet dan bayaran keahlian gimnasium
- Pelepasan cukai baru sehingga RM1,000 bagi pembelian peralatan penyusuan ibu mulai tahun taksiran 2017 dan dituntut setiap dua tahun
- RM275 juta bagi membantu meningkatkan peluang pendapatan rakyat, terutama kelompok B40 (penerima BR1M)
- Peruntukan subsidi hampir RM10 bilion merangkumi subsidi gas memasak, pampasan tol dan pengangkutan awam.
- BR1M - isi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan bawah RM3,000 dinaikkan kepada RM1,200
- BR1M - isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 dinaikkan kepada RM900
- BR1M - individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 dinaikkan kepada RM450
- Tiada kenaikan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi 2017. Sehingga 19 Oktober, kerajaan mengutip RM30 bilion GST
KAKITANGAN AWAM
- Cuti Belajar dengan gaji dibayar penuh bersama biasiswa dipanjangkan kepada Kumpulan Pelaksana
- Cuti Kuarantin lima hari tanpa rekod kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuaratin
- Menaikkan had kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam kepada RM200,000 hingga RM750,000
- Gred 56 diwujudkan bagi pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian pakar
- Bayaran khas RM500 kepada semua penjawat awam dan RM250 kepada pesara kerajaan
PENDIDIKAN
- RM40 juta bagi inisiatif NBOS Bahasa Inggeris 1Malaysia, Coding di sekolah, Volunteering for International Professional dan Global Entrepreneurship Community 2
- RM570 juta bagi membangun semula 120 sekolah daif - 60 di Semenanjung, 30 di Sabah dan 30 lagi di Sarawak menggunakan IBS serta menaik taraf 1,800 makmal sains
- RM478 juta bagi menyiapkan pembinaan 227 sekolah, termasuk lapan sekolah baru
- Diskaun 10 hingga 15 peratus bagi menggalakkan peminjam PTPTN buat bayaran balik bermula 22 Oktober 2016 hingga Disember 2017
- RM30 juta bagi menyelaraskan pendidikan tahfiz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara
- RM85 juta bagi program Permata membabitkan 50,000 kanak-kanak, termasuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan Top STEM Talents di Akademi Sains Malaysia
- RM4.6 bilion bagi memperkasakan program TVET untuk menghasilkan tenaga kerja tempatan yang memenuhi keperluan industri
INFRASTRUKTUR
- RM1.2 bilion bagi membina dan menaik taraf 616 km jalan kampung dan jambatan bagi meningkatkan jaringan perhubungan kampung, pekan dan bandar
- RM4.6 bilion bagi menyelenggara jalan negeri
- RM350 juta bagi membina dan membaik pulih 17,000 unit rumah usang dan daif di kampung terpencil dan penempatan Orang Asli
- RM800 juta untuk Projek Mesra Rakyat seperti menaik taraf dan membina surau, titi, parit, balai raya, pasar dan gerai perniagaan kecil
- RM495 juta untuk meneruskan 69 projek Rancangan Tebatan Banjir di seluruh negara
- RM100 juta untuk bina UTC di Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor, dan RTC di Selangor, Sabah dan Sarawak
- RM1 bilion bagi meluaskan liputan dan kualiti jalur lebar seluruh negara sehingga 20 megabit sesaat
- RM55 bilion pelaksanaan projek rel baharu East Coast Rail Line sepanjang 600 km menghubungkan Lembah Klang ke Pantai Timur
PERUMAHAN
- RM200 juta untuk bina 5,000 unit MyBeautiful New Home menerusi NBOS bagi B40 (penerima BR1M) pada harga RM40,000-RM50,000 seunit, dengan kerajaan biayai RM20,000
- Membina 10,000 unit rumah di bandar untuk disewa golongan muda pada kadar lebih rendah dari kadar pasaran
- Skim pembayaran akhir khas jenis "step-up" untuk program PR1MA, bagi pembiayaan lebih mudah, dengan jumlah pinjaman mencecah 90 hingga 100 peratus
- Kerajaan sediakan tanah di lokasi strategik kepada GLC dan PR1MA untuk membina lebih 30,000 unit rumah berharga antara RM150,000 hingga RM300,000
KESIHATAN
- RM25 bilion bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan
- RM20 juta bagi usaha mengurangkan kesesakan hospital awam menerusi kerjasama swasta dan NGO dengan menyediakan pinjaman mudah pembelian peralatan untuk "non-profit charitable" hospital
KESELAMATAN
- Kementerian Pertahanan diperuntukkan RM15.1 bilion termasuk RM1.8 bilion untuk menyelenggara aset utama
- KDN diperuntukkan RM12.8 bilion termasuk RM8.7 bilion kepada PDRM
LAIN-LAIN
- RM450 juta untuk penganjuran Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 pada 2017
- RM1.3 bilion untuk meningkatkan pengeluaran bahan makanan dengan harga kompetitif
- Geran RM5,000 bagi membeli kenderaan baharu dan menawarkan permit teksi individu, memanfaatkan 12,000 pemandu teksi
- Menggalakkan B40 (penerima BR1M) menjana pendapatan sebagai pemandu "ride sharing" seperti Uber
- Meluaskan eVisa ke negara rantau Balkan dan Asia Selatan bagi mencapai sasaran 32 juta pelancong tahun depan
- RM2 bilion untuk ehwal wanita dan mengarusperdanakan peranan mereka dalam pembangunan negara dengan program seperti I-KIT, I-KeuNita, program Women Career Comeback
- Akta Kebankrapan 1967 akan dipinda bagi mereka yang diisytiharkan bankrap terutama "penjamin sosial" seperti penjamin biasiswa
- Transformasi Nasional 2050 (TN50) akan dilancarkan bagi memeta hala tuju negara di atas sebuah kanvas yang baharu
Jumlah peruntukan Bajet 2017 ialah RM260.8 bilion, meningkat 3.4 peratus berbanding Bajet 2016 yang diubah suai, dengan RM214.8 bilion untuk perbelanjaan operasi dan RM46 bilion perbelanjaan pembangunan.
Dalam perbelanjaan operasi RM46 bilion, sektor ekonomi akan menerima peruntukan paling tinggi RM25.9 bilion, sektor sosial (RM12.2 bilion), keselamatan (RM5.3 bilion) dan pentadbiran am (RM2.5 bilion)
Bagi peruntukan pembangunan, sektor ekonomi terima agihan tertinggi RM25.9 bilion, sosial RM12.2 bilion, keselamatan RM5.3 bilion, pentadbiran RM2.5 bilion.
Hasil kerajaan Persekutuan 2017 dijangka berkembang tiga peratus kepada RM219.7 bilion.






Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Oktober 2016 @ 8:02 PM

Sumber: Harian Metro Online
                

Thursday, October 6, 2016

Menjejaki Nostalgia Silam

Penerbangan ke Kualanamu Medan hanya 50 minit dari KLIA seperti pergi Langkawi. Kualanamu menggantikan Lapangan Terbang Polonia yang kini di gunakan oleh AngkatanTentera Indonesia. Pada Sabtu 1 Oktober, 2016 kami bekas bekas pelajar berbagai Institusi di Sumatra lebih tiga dasawarsa yang lalu telah bertolak ke Medan untuk menjejaki nostagia silam di tanah seberang selama 6 hari.  Rombongan terdiri daripada Sdra Tan Sri Dr Alies Anor sekeluarga, Hj Hamsa, Tuan Khatimah Fauzi, Wan Ab Razak, Dr Suhaimi dan saya suami isteri tiba di Medan sekitar jam 850 WIB @ waktu Indonesia Barat. Sebaik tiba kami terus ke Danau Toba melalui jalan berliku dengan panorama yang sungguh mengujakan. Pemandu van berkapasiti 15 orang Ahmad Akbar membawa kami berhenti rehat untuk makan di Cindelaras Lubuk Pakam yang bersih dan kemas. Selesai menjamu selera, meneruskan perjalanan melewati perkampungan suku Batak hingga tiba di destinasi sekitar jam 4.30 petang di Hotel Atsari Danau Toba. Perjalanan yang panjang selama lima jam memang memenatkan tetapi teruja dengan pemandangan yang  begitu indah bisa menghilangkan keletihan. Ketika di sini terbayang wajah Edi Silitonga ,penyanyi tekenal  tanah kelahiran Batak menyampaikan lagu Mama kembali lah kepada ku sungguh menyentuh perasaan lebih lebih lagi melihat  suasana keindahan Danau Toba yang sangat sinonim dengan kebudayaan hidup masyarakat Batak di sini.


Puncak tertinggi 3000m dari paras laut.

Negara Kesatuan Republik Indonesia @ NKRI  beriklim Khatulistiwa @ Equator kaya dengan  sumber daya alam mempunyai ribuan pulau yang berjejeran dari Sabang sampai Mauroke menjadi destinasi pelancungan menarik di dunia. Negara-negara Equator terletak di tengah-tengah garisan yang membahagi planet bumi kepada bahagian utara dan bahagian selatan sarat dengan khazanah alam yang menguntungkan jika di tata dengan baik. Selain Danau dan Ngarai yang bersejarah yang terdapat di setiap daerah di negara ini,  Indonesia juga terkenal dengan ribuan pulau yang indah dan menarik sememangnya menjadi objek wisata terunggul di dunia. Antara ribuan pulau yang cantik, terdapat kepulauan Natuna yang terletak di tengah-tengah di Laut China Selatan berbatasan dengan Malaysia dan Vietnam. Natuna memiliki kekayaan hasil minyak dan gas yang terbesar di rantau ini. Justeru tidak hairan banyak negara yang berantusias untuk memiliki Pulau sangat strategik ini. Natuna terletak di bahagian hujung utara Republik ini di bawah pentadbiran Riau.

Pulau Natuna Indonesia.
Sumber : You tube

Semoga suatu hari dapat berwisata ke Natuna yang sungguh indah panorama nya. Subhanallah.Kebudayaan dan cara hidup masyarakatnya kaya dengan adat Melayu persis di Malaysia. Lambang keagungan daulah Islamiah  di tandai dengan arkitektur Masjid Natuna yang begitu indah. Masyarakat Natuna berbuahasa Melayu mirip Johor menandakan kekerabatan rumpun Melayu yang masih utuh. Lagu lagu zappin yang di dendangkan jika tidak melihat penyanyinya,pasti orang menyangka suara Siti Nurhaliza yang sangat identik membawa lagu lagu berentak zappin. Permainan tradisional seperti gasing pangkah sangat sinonim dengan masyarakat Kota Darul Naim menjadi kegemaran penduduk kepulauan ini.


sumber you tube

csyahya victory
Isnin 28 November,2016.

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...