Tuesday, January 14, 2014

Tunanetra Bersemangat Waja

SMK Sinar Bintang@Star, pada sesi persekolahan 2014,telah menerima seorang guru yang mengalami masalah tunanetra. Beliau berasal dari Negeri Bawah Bayu ,telah lama bermukim di Kuala Lumpur. Guru saya mengajar Sejarah dan Bahasa Melayu dengan baik walau pun kedua-dua penglihatannya tidak berfungsi sejak beberapa tahun lalu.Kegagalan kedua-dua belah matanya berfungsi tidak mematahkan semangat guru ini.Beliau bukan opsyen Pendidikan Khas tetapi guru akademik biasa yang mempunyai kepakaran dalam Sejarah  dan Bahasa Melayu.Pada peringkat awalnya para pelajar agak kurang memberi tumpuan kepada pengajarannya tetapi kini saya perhatikan mereka nampak seronok belajar dengan Che'gu Jas.Sesuatu yang membanggakan saya,Che'gu Jas mempunyai semangat yang kuat untuk mengajar.Kelas beliau kelihatan tertib, pelajar tidak bising malah memberi perhatian kepada pelajaran.

Saya ingat Cleaner

Sebaik selesai  mesyuarat guru pada 30 Disember 2013 yang lalu, kami berjumpa di koridor yang secara kebetulan sama -sama menuju ke bilik air guru, saya sempat berbual ringkas bersamanya. Beliau sangka saya ketua 'cleaner' kerana saya bercakap loghat Sabah. "Saya ingat Che'gu Ketua Cleaner". Demikian tutur Che'gu Jas semasa kami bersama tetamu dari MAB yang melawat sekolah untuk mengetahui perkembangan  Che'gu Jas di bilik Pengetua tempoh hari.Saya bilang tidak apa Din, biasa tu bah. Kami semua gelak, lucu dan geli hati dengan peristiwa tersebut.

Kenal Pengetua

Sekarang Che'gu Jas sudah kenal suara Pengetua dan rakan-rakan sekerja.Berkali-kali Che'gu Jas berterima kasih kepada sekolah dan rakan-rakan kerana menerima beliau dengan baik.Beliau menggunakan lap top semasa mengajar dan kaedah penyampaian tersendiri membolehkan pelajar dapat mengadaptasi dengan Che'gu istimewa ini.Saya bertanya kepadanya bagaimana beliau memeriksa kertas jawapan dan buku-buku nota pelajar, beliau meminta tenaga pengajar lain membaca sebelum menanda dan memberikan markah mengikut garis panduan yang di tetapkan.Sebaik habis kelas pada hari Isnin semalam, saya mengajak beliau ke kantin tetapi Che'gu Jas menolak lembut maaf Che'gu saya puasa hari ini, katanya kepada saya. Semoga Jasmadin ceria, bersemangat dan seronok berada di SMK Sinar Bintang.


Selamat maju jaya Che'gu Jas.
CheYahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Selasa 14 Januari,2014.

 Tunanetra Bersemangat Waja


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...