Thursday, January 23, 2014

Bicara Profesional Bersama Timbalan Pengarah

Petang tadi (Khamis 23 Januari,2014) SMK Sinar Bintang telah di beri penghormatan  oleh Pejabat Pelajaran Wilayah Sentul (PPWS) menjadi tempat mesyuarat bersama Timbalan Pengarah Pendidikan (TPP)Hjh Nik Ramas Nik Wan dan Guru-guru Ketua Bidang Zon Sentul di Dewan Gemilang@Dewan Dato' Melvin. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kerana  memilih sekolah kami sebagai tempat bermesyuarat.Kehadiran TPP bersama rombongan pegawai PPWS memberikan suntikan motivasi kepada para pelajar, guru dan seluruh warga sekolah untuk memacu pembangunan pendidikan menjadi sebuah institusi unggul dan berwibawa.
 
Cik Hajah Nik Ramas Nik Wan TPP PPWS sedang menyampaikan
amanat beliau kepada Guru-Guru Ketua Bidang  Sekolah Zon Sentul 

Peranan Ketua Bidang

Ketua-ketua Bidang berfungsi sebagai jentera pentadbiran sekolah yang turut sama memainkan peranan merangka strategi dan perancangan pendidikan untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam bidang akademik,ko kurikulum, sukan dan sahsiah bersama barisan pentadbir berdasarkan nomenclature  yang di tetapkan. Kecemerlangan sesebuah sekolah di warnai oleh faktor kebersamaan tanggungjawab dalam kalangan anggota organisasi berpandukan misi dan visi untuk merealisasikan citra pembangunan modal insan yang mampu bersaing dalam dunia global.


Wan Nor Azmi dan Guru-guru Kanan sedang mengikuti amanat TPP 

Guru-guru KB sedang mendengar ucapan TPP

Sekolah cantik
Sebaik selesai mesyuarat,saya menemani TPP dan pegawai-pegawai PPWS menjamah hidangan petang sambil berbincang beberapa perkara mengenai perkembangan sekolah. Beliau kelihatan begitu teruja dengan pembangunan iklim sekolah yang kelihatan tenang, segar, ceria dan beraura.Timbalan Pengarah dan pegawai-pegawainya memuji SMK Sinar Bintang@Star sungguh cantik dengan adunan hijauan pokok dan rimbunan warna berbagai kuntuman bunga menghiasi laman sekolah.Beliau juga terpegun dengan persiapan Dewan yang begitu ekslusif seperti bermesyuarat di hotel. Alhamdulillah, terima kasih kepada guru-guru saya terutama Puan Rosnah, Cik Zalina, Puan Noraini dan pelajar-pelajar yang bertungkus lumus menyusun atur kemudahan untuk bermesyuarat. Tahniah dan syabas.

 
 Dewan Gemilang@Dewan Dato'Melvin SMK Sinar Bintang@Star





























TPP  Cik Hajah Nik Ramas Nik Wan mengatakan sesuatu kepada Pengetua.


Kekalkan kecemerlangan.
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Khamis 23 Januari,2014.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...