Friday, December 7, 2012

Kak Lang Balik Sheffield

Jumaat malam Sabtu 8 Disember,2012 kami  sekeluarga ke KLIA menghantar Kak Lang Hajah Siti Aisyah Che'Yahya balik ke Sheffield UK setelah bercuti selama hampir sebulan . Kak Lang menggunakan penerbangan Qatar Airways melalui Doha. Penerbangan ke Doha pada jam 3.40pagi . Setelah selesai daftar masuk (Check-In) kami makan bersama sebelum Kak Lang menuju  imegresen untuk pemeriksaan. Alhamdulillah semua urusannya selesai .  Dari Doha menyambung penerbangan ke Manchester selama 8 jam lagi .Semoga Allah SWT memudahkan perjalanan anak ku sampai ke destinasi . Amin.  Kak Lang ialah  Pharmacist lulusan University of Nottingham UK tahun 2009. Kini sudah hampir empat tahun anak ku mencari rezeki di negara orang. Sebaik tamat pengajian, Master of Pharmacy beliau ditempatkan di Grimsby selama 1 tahun sebelum bertukar ke Sheffield.

















Kak Lang sewaktu di Istanbul Jun 2012


Anak yang gigih dan penyayang

Hajah Siti Aisyah yang membahasakan dirinya Kak Lang dalam kalangan keluarga seorang anak yang gigih dan penyayang. Beliau sangat rapat dengan abang, kakak dan adik-adiknya terutama Hj Che Akmal Ramadhan . Kak Lang  lepasan SMAKL dan KISAS menyambung pengajian  ke Pusat Asasi Sains (PASUM) Universiti Malaya , kemudian  ke Universiti Nottingham Semenyeh dalam bidang Farmasi  selama dua tahun sebelum ke Nottingham United Kingdom pada tahun 2007. InsyaAllah bulan Mac nanti Kak Lang balik lagi ke Malaysia .

Abah,
Che'Yahya Che'Soh
8 November,2012

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...