Wednesday, October 7, 2015

Komunikasi Maya

Abad moden yang ditandai dengan kemunculan pelbagai medium komunikasi  menjadi indikator kemajuan sesebuah negara. Masyarakat dunia secara global mahukan sesuatu berita dengan cepat pantas dan tepat melalui maya. Orang lebih gemar berinteraksi melalui fb, instagram, whatsApp melalui telefon bimbit (smartphone) yang dirangkaikan dengan  berbagai enjin pencari seperti Google, Google Chrome, Mozilla Firefox dan  Explorer untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan yang berlaku di seluruh dunia. Jika dalam beberapa dekad dahulu manusia berhubung melalui surat dan  telegram, kini medium tersebut telah tidak menjadi pilihan lagi.Perkembangan awal telefon selular bermula di Eropah lebih tiga dasawarsa yang lalu tepatnya awal 1980an. Paradigma minda manusia yang sentiasa berkembang menjadi tanda ukur kemajuan sesebuah negara melalui penciptaan pelbagai  inovasi baharu bertujuan memudah dan meringankan kerja. Sejarah peradaban manusia sentiasa berkembang  selari dengan perkembangan ilmu dan teknologi, penguasaan pelbagai kemahiran yang memerlukan kecekapan dalam pengurusan. Kecekapan bermaksud mampu mentadbir dan mengurus sumber tenaga dengan berhemah untuk keperluan negara. Penjanaan tenaga elektrik umpamanya semakin meningkat dan pastinya tarif yang di kenakan kepada pengguna juga tidak pernah berkurang. Inilah harga yang perlu di bayar untuk menikmati keselesaan. Penggunaan sumber elektrik sebagai pembekal tenaga untuk kegiatan harian perlu di jana setiap saat untuk memastikan tidak terputus bekalan sehingga merugi dan menjejaskan reputasi negara terutama kepada pelabur.

Jana ekonomi 

Kadar pertumbuhan ekonomi sesebuah negara bergantung kepada banyak faktor. Kestabilan politik menjadi tunjang utama untuk memakmurkan ekonomi dan pendapatan rakyat. Kekayaan sumber asli seperti petroleum, gas, timah, balak, kelapa sawit  dan getah tidak akan memberikan pulangan yang berganda seandainya kestabilan pemerintahan tergugat. Kekuatan pasaran mata wang dunia juga turut mempengaruhi ekonomi sesebuah negara. Dalam dunia moden yang tidak bersempadan perkembangan dan peristiwa yang berlaku terlalu cepat tersebar ke segenap pelosok dunia. Orang sekarang menyebut viral. Jika permainan spekulasi digembar gembur terhadap sesuatu isu juga turut mempengaruhi pasaran ekonomi dunia kendatipun masih boleh di pertikaikan keabsahannya.  Komunikasi maya  mempunyai impak positif dan negatif yang menuntut pencerapan pemikiran secara ilmiah daripada setiap pelanggan dan pengguna sebelum menjadi viral secara elektronik. Apabila kita menyebut maya bermakna peranan pelayar internet perlu berhat-hati menyampaikan maklumat secara akurat kerana medium ini terdedah kepada semua orang yang dengan mudah mengakseskan di mana sahaja mereka berada.Komunikasi secara elektronik sebenarnya menguntungkan manusia dalam banyak segi, hubungan anak dengan ibu ayah umpamanya walau pun terpisah ribuan batu mereka boleh berkomunikasi secara skype untuk melepaskan rindu masing-masing.Sahabat dan rakan taulan yang terpisah puluhan tahun juga dapat dipertemukan kembali menerusi komunikasi maya. Penggunaaan medium maya secara profesional, berintegriti dan bertanggungjawab menjadi parameter kejujuran intelektual,masyarakat dan negara dalam membina masa depan yang lebih cemerlang.

Memanfaat digital 

Kewujudan teknologi digital secara global yang lebih popular dengan 3 W iaitu " World Wide Web " memudahkan manusia berinteraksi secara maya dengan hanya menyentuh kekunci pada skrin komputer untuk  mencari maklumat dan berkomunikasi secara effisien. Perkhidmatan yang di sediakan oleh internet  sangat mustahak  kepada pengguna yang dibangunkan melalui  HTML  iaitu  HyperText  Markup Language , merangkumi teks dan maklumat  untuk pembangunan laman web. Pelopor utama dalam pembangunan WWW ialah melalui penyelidikan yang di lakukan oleh Institute CERN  Geneva "European Council for Nuclear Research. ( ref: computer technology ms 187) sebelum digunakan secara meluas ke seluruh dunia. Abad digital yang sedang kita alami sekarang terus berkembang dengan inovasi baharu yang memungkinkan terciptanya kenderaan tanpa pemandu yang boleh diprogramkan untuk memudahkan manusia. Jika WAZE boleh dijadikan penunjuk arah pemanduan, tidak mustahil manusia mampu mencipta teknologi kenderaan tanpa pemandu. Abad digital menyaksikan pengurusan kewangan dan pentadbiran diurus secara online yang boleh dilakukan di mana saja  melalui akaun bank yang dikodkan secara rahsia untuk melindungi data pengguna. Kemajuan teknologi yang berpaksikan komunikasi maya untuk menjalin kerjasama dalam kalangan ahli perniagaan dan usahawan seharusnya menjadi pemangkin memaksimakan produktiviti negara.Memanfaatkan kemudahan digital untuk diaplikasi dalam urusan harian memberi dampak positif untuk mengurangkan beban manusia.


Che Yahya Che Soh
Pengetua SMK SINAR BINTANG
Segambut, Park City Kuala Lumpur.
Khamis, 8 Oktober,2015.



2 comments:

  1. Kecanggihan teknologi komunikasi boleh membuatkan manusia senang berhubung/berkomunikasi dan mengungkapkan kata-kata berikut:

    "Assalamualaikum, apa khabar.....sihat atau tidak.. etc..."

    -Dr.Ahmad Suffian Mohd Zahari-

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Tuan kerana melayari victory. Semoga kita dapat berkongsi pengalaman.

    ReplyDelete

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...