Pesawat Turki tergelincir ketika mendarat di Nepal
PETUGAS
penyelamat Nepal memeriksa kawasan sekitar kawasan nahas pesawat
Turkish Airlines selepas ia tergelincir dari landasan ketika mendarat di
lapangan terbang antarabangsa Kathmandu, hari ini. - Foto AFP
KATHMANDU: Sebuah pesawat Turkish Airlines yang membawa 224 penumpang
terpaksa dikeluarkan selepas ia tergelincir ketika mendarat di Lapangan
Terbang Kathmandu dan kemudiannya terbabas di kawasan berumput, hari
ini.
Pegawai penerbangan berkata, tiada penumpang mengalami kecederaan
walaupun seorang saksi memberitahu penumpang terlompat dari tempat duduk
mereka ketika kabin dipenuhi asap selepas enjin pesawat berhenti.
Jurucakap penerbangan, Purna Prasad Chudal berkata, lapangan terbang
berkenaan ditutup kecuali kepada helikopter manakala jarak penglihatan
agak baik biarpun kabus melanda pada awal hari kejadian.
PENUMPANG
nahas kapal terbang berjalan kaki dari pesawat Turkish Airlines selepas
ia tergelincir di landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang di
Kathmandu, hari ini. - Foto AFP
Chudal berkata, juruterbang melepasi landasan ketika percubaan
mendarat kali pertama sebelum membuat percubaan kedua sehingga
menyebabkan pesawat tergelincir dari permukaan landasan.
"Ketika pesawat semakin hampir untuk mendarat, ia terlepas landasan
dan terbabas di kawasan berumput," kata Pengurus Besar lapangan terbang,
Birendra Prasad Shrestha.
"Kesemua 224 penumpang sudah dikeluarkan, tiada kecederaan dan semuanya selamat," katanya. - AFP
Berita Harian Online
Rabu 4 Mac 2015.
Berita Harian Online
Rabu 4 Mac 2015.
No comments:
Post a Comment