Wednesday, September 10, 2014

Mencari Lokasi IAB Nilai

Pertumbuhan pesat ekonomi negara memungkinkan proses pembandaran berlaku begitu drastik.Pembangunan Kuala Lumpur dan kawasan berhampiran yang bersempadan dengan Negeri Sembilan dan Selangor  telah berubah wajah secara total. Leboh Raya Utara Selatan  tidak pernah sunyi dengan kenderaan bagaikan arus sungai mengalir menjadi indikator kemajuan negara.Nilai menjadi kawasan strategik sebagai Hub Pendidikan kerana banyak Institusi Pengajian Tinggi seperti USIM, INTI, Politeknik,Kompleks Pendidikan Institut Aminuddin Baki (IAB) Induk,Kolej Tunku Kursiah dan Institut Pendidikan Guru.Pembangunan pesat Bandar Nilai yang berdekatan dengan lapangan terbang KLIA turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan. Nilai juga menjadi kawasan perindustrian dan perniagaan yang terkemuka di rantau ini.  Nilai Tiga menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara kerana barangan yang agak murah dan berkualiti.Dengan pembangunan Seremban 2 yang telah di rasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, pastinya  menjadi  mercu tanda kemajuan negara.

 
Pembangunan Seramban 2
Sumber: seremban2.ijmland.com

IAB Nilai

Institut Aminuddin Baki Induk terletak berdekatan dengan Politeknik Nilai dan betul-betul bersetentang dengan Kolej Tunku Kursiah (TKC) baharu.Bagi mereka yang belum pernah ke sana pastinya sukar untuk sampai ke lokasi tersebut walau pun dengan google.Kehebatan teknologi belum mampu menemukan letak IAB kecuali di Seri Layang Genting Highlands yang terkenal sejak berdekad. Ramai peserta kursus tersesat kerana tidak ada pandu arah di sepanjang Nilai menuju IAB. Melalui Leboh Raya Seremban, memasuki tol Nilai saya memandu mengikut rakan seperjuangan selama tiga hari berturut-turut merentasi beberapa bulatan (roundabout) menuju Kota Sieramas terus memasuki Kampung Jijan hingga akhirnya tiba di IAB.Sepanjang jalan tidak terdapat satu pun tunjuk arah ke IAB kecuali berhampiran dengan Kompleks Pendidikan Nilai mula ternampak bulatan tanda arah ke lokasi. Nasib baik ada rakan  sanggup membantu yang berkebetulan berkursus ditempat yang sama.Pada hari terakhir kursus saya mengekori kereta Ustaz Suhaimi KPP Sektor Pendidikan Islam Jabatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hingga separuh jalan.Beliau sama-sama berbengkel dengan saya. Berpandukan WAZE melalui jalan ke KLIA walau pun teragak-agak dan sempat tersesat hingga ke arah Banting, akhirnya tiba juga di rumah dengan selamat.
 

Kota Seiramas


Sumber:skyscrapercity.com


Bengkel Pentaksiran

Saya menghadiri bengkel pentaksiran Pengetua dan Guru Besar  di bawah Kriteria Baharu yang dianjurkan oleh IAB selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 seperti mana termaktub dalam Bab 5, Pemimpin Sekolah yang menjadi agenda utama Kementerian Pendidikan mengenai kompetensi Pengetua.Para peserta terdiri daripada Pegawai PPD, JPN, Bahagian Pendidikan Islam (BPI),Pengetua ,Guru Besar dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan yang telah dikenal pasti oleh Jabatan untuk dilantik sebagai Pentaksir kepada bakal Pengetua dan Guru Besar. Bengkel ini di kendalikan dengan cemerlang oleh dua orang penyarah/instruktur Dr. Nor Foniza Maidin dan Dr.Tarzimah Tambychik. Mereka begitu berdedikasi dan berbobot mengendalikan bengkel. Pandangan dan lontaran minda yang sangat ilmiah terutama Dr Tarzimah menjadi pemangkin kekuatan berbengkel dalam kalangan peserta.























Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Khamis 11 September,2014.

2 comments:

  1. Walaupun saya tinggal di Melaka yang tidak begitu jauh dari Nilai tetapi saya tidak begitu tahu tentang Nilai yang dulunya hanya sebuah pekan kecil. Saya hanya tahu Nilai sebagai pekan beli belah untuk kain dan pakaian. Namun tulisan tuan telah membuka sedikit minda saya tentang pontensi pekan Nilai ini khususnya sebagai Hub Pendidikan. Teruskan berkarya wahai Tuan Pengetua!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Tn Hj kerana sudi melayari Victory dan berkongsi pandangan dengan saya.Dorongan tuan menjadi katalis untuk saya terus menulis.

    ReplyDelete

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...