Perguruan Diniyah Puteri Padang Panjang Sumatra Barat sebuah Institusi Pendidikan Islam Persendirian yang tertua di daerah ini.Keberadaan Diniyah Puteri menjadi sebuah pusat pengajian khusus untuk pelajar perempuan yang datang dari serata daerah di Sumatra Barat.Pusat pengajian berbentuk pondok moden ini diasaskan oleh Rahmah Al Yunusiah pada tahun 1923 berkembang menjadi sebuah institusi yang berwibawa.Dalam perjalanan ke Padang kami singgah di sini kerana menunaikan hajat isteri Farida Amir yang pernah mendapat pendidikan di Diniyah dalam tahun 1979 dan awal 1980an.
Saya melihat banyak program dan aktiviti peringkat antara bangsa yang membabitkan pelajar antara Diniyah Puteri dengan Institusi Pengajian luar negara seperti Australia,Mesir , Malaysia dan beberapa negara lain dalam mengembangkan misi menjadi sebuah Institusi yang berkualiti. Pelajarnya fasih berbahasa Arab dan menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Mengikut seorang pelajar yang sempat saya temui, beliau berkata Diniyah Puteri menjalinkan kerjasama dengan USIM dan beberapa buah IPT di Malaysia.Saya melihat terpampang gambar menara berkembar Petronas dalam kawasan kompleks Diniyah Puteri di samping beberapa gambar Universiti terkemuka negara luar.Aura Islami begitu terasa sebaik memasuki pekarangan Perguruan ini yang begitu tenang, damai dan sejuk bukan kerana udaranya tetapi kesantunan budi dalam kalangan pelajar dan kakitangannya yang mempunyai kejernihan peribadi dan keindahan akhlak sebagai epitome sebuah masyarakat Madani.
csyahya victory
Khamis 25 September,2014.
Nampaknya bidang pendidikan di Indonesia khususnya di Sumatera semakin berkembang dari segala aspek termasuk aspek kualitinya.......
ReplyDeleteTq Tuan Hj Drs Hamsa Ihsan. Memang benar kelihatan impresif sekali bila melihat pencapaian Diniyah Puteri ini sebagai sebuah institusi pendidikan persendirian yang mampu berkolaborasi dengan IPTA/IPTS Malaysia dan negara lain untuk meningkatkan kewibawaan mereka.
ReplyDelete