Monday, July 14, 2014

Bertemu WARIS

Waris ialah susur galur keturunan bagi sesebuah keluarga dalam masyarakat. Dalam kalangan orang Melayu biasanya nasab mereka terhenti pada cicit,piyut atau moyang jika tidak dilestarikan hubungan kekeluargaan.Selepas itu di sebut waris warah (sebutan dalam kalangan masyarakat Kelantan).Bertemu Waris yang saya maksudkan ialah pembentukan Warga Alumni Republik Indonesia Sumatera atau ringkasnya WARIS telah diluluskan secara rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) hasil usaha Dato Dr. Zain Yusof dan Tuan Fatah Gazali yang begitu komited untuk merealisasikan organisasi penting ini. Tahniah kepada semua AJK berkat bulan Ramadhan dan berjaga malam hingga ke waktu sahur untuk membincangkan penubuhan gabungan alumni ini sehingga menjadi realiti.WARIS di cadangkan oleh Dr Mohammad Awang Yunus@Rusdi dan diterima AJK Penaja untuk di bawa ke Pendaftar Pertubuhan (ROS).













LOGO RASMI WARIS
KREDIT; Sdra. Wan Ab Razak Wan Ishak

Sehari sebelumnya Ahli Jawatan Kuasa Penaja telah bermesyuarat di Pejabat Dato Dr.Zain dari jam 10.30 malam hingga 3.30 pagi membincang beberapa perkara penting untuk menubuhkan WARIS yang nama asalnya GARIS. Berikut ialah senarai AJK yang telah ditetapkan dalam mesyuarat pada 12 Julai 2014 dan di persetujui ROS.












Kelulusan Pendaftaran WARIS oleh ROS.


PENAUNG                Datuk Khamis Abu Samah
PENASIHAT             Tuan Hj  Zahari Awang
YDP                           Dato Dr.Mohd Zain Yusof
TYDP                        Dr. Suhaimi Kadir
NYDP 1                     Drs. Che Yahya Che Soh
NYDP 2                     Dr   Mohammad Awang Yunus
NYDP 3                     Dr. Zuber  Hassan
SU                              Drs. Hj Ab.Aziz Omar

PSU                             Hj Wan Ab Razak Wan Ishak

BENDAHARI             Tuan Khatimah Tuan Ibrahim

AJK                              Abd Fatah Ghazali
                                      Drs. Hj Zahari Zakaria
                                      Drs. Hj Nik Alwan Nik Mohd. Amin
                                      Drs. Wan Roslan Wan Yaacob
                                      Drs. Zubib Saad
                                      Dra  Che Esah Che Su
                                      Drs Rudaini Mohammad
                                      Mohd Sayuti Omar(MSO)
PEMERIKSA
KIRA-KIRA                Drs. Asri Daud
                                     Drs. Yunus Yusof


Sumber : Setiausaha Kerja


Bertemu Waris

Yang Di-Pertua dan seluruh AJK WARIS mengalu-alukan kehadiran ahli dan keluarga masing-masing  bertemu waris di Kota Bharu pada 1 Ogos,2014 nanti.Peluang keemasan ini sangat berharga kepada kita yang telah terpisah lebih tiga dasawarsa yang lalu. Istimewanya kesediaan Mantan Konsul Muda Malaysia Medan (1976-1980) Datuk Khamis Abu Samah yang sekarang berkhidmat sebagai Pegawai Protokol dan Adat Istiadat Melaka menjadi tetamu kehormat dan juga penaung kita.Datuk Khamis terkenal dalam kalangan pelajar Malaysia dengan panggilan mesra Pak Khamis merupakan figura yang banyak membantu dan sangat rapat dengan kehidupan mahasiswa/mahasiswi di Medan ketika itu. Kehadiran Tuan Hj Zahari Awang sebuah nama besar yang menjadi ikon suatu masa dulu dalam pentadbiran kerajaan menjadi penyuntik semangat kepada setiap ahli Waris.Beliau pernah menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Luar dan Ahli Dewan Rakyat Kuala Krai  era Tun Ab Razak Hussein Perdana Menteri Malaysia kedua. Jasa Hj Zahari Awang @ Abang Z sangat besar kepada kami sehingga berada seperti hari ini.Kita mengharapkan keredhaan Allah jua menjadi sandaran gerak kerja semoga majlis pertautan kasih yang direncanakan mencapai matlamat yang ditetapkan.


Che Yahya Che Soh
Lembah Kelang
Kuala Lumpur.
Isnin 14 Julai,2014.






4 comments:

  1. assalam tuan, bolehkah saya menyertai WARIS. pernah menuntut di USU. Majlis Akademi Homeopathy Malaysia dengan kerjasama Fakultas Kedokteran USU menganugerahkan ijazah BHMS (bachelor of homeopathic medical science).TK

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Waris mengalu-alukan alumni mendaftar sebagai ahli. Kita akan buat perjumpaan seluruh warga besar WARIS julung kalinya pada 1 Ogos 2014 di Kota Bharu, InsyaAllah.Boleh berhubung dengan SU WARIS Drs.Ab Aziz Omar 012 9887630. TK

    ReplyDelete
  3. Saya mewakili seluruh Ahli Majlis Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) menjemput dan seluruh barisan Ahli Jawatankuasa dan ahli2 Waris utk menghadiri majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2014 pada Sabtu 23 Ogos 2014, pukul 7 malam di Restoran Ombak, alan PJU 5/20E, Kota Damansara, Petaling Jaya (sebelah The Curve).

    Maklumat lanjut dalam FB kami : www.facebook.com/mypapti
    atau webblog: http://papti.blogspot.com

    Terima kasih

    LUKMAN ISMAIL
    Presiden PAPTI 2013/2015

    ReplyDelete
  4. Terima kasih tuan Presiden. Saya akan war warkan kepada Ahli Majlis WARIS.Terima kasih juga kerana melayari web site saya untuk mengetahui perkembangan semasa dalam kalangan mantan pelajar di Indonesia. Saya juga pernah menjadi Ahli Majlis Papti semasa Dr. Shamsul Bahar TS Kadir menjadi Presiden.

    ReplyDelete

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...