Wednesday, March 19, 2014

Keputusan SPM 2013 Hari Ini

Keputusan SPM 2013 di umumkan hari ini.Seperti biasa calon-calon akan menerima slip masing-masing selepas jam 10.00pagi di sekolah.SMK Sinar Bintang memperolehi seramai 7 orang semua A  11 calon mendapat 9A 1B dan 2 orang memperolehi 8A 1B. Gred Purata Sekolah 5.14 berbanding 5.29 tahun (2012) meningkat 0.15 semakin kecil bertambah baik. Bilangan peratus lulus 76.32, bilangan calon yang hadir 325. Majlis ringkas penyampaian slip keputusan kepada calon-calon SPM 2013 telah diadakan di Dewan Bestari jam 11.15 pagi oleh Pengetua.

Kelulusan Subjek

Peratus kelulusan setiap subjek ialah BM 82.7, BI 83.2, BC 93.1, BT 100 % Math 83.6, Sej 77.5,Moral 85.2, PI 91.6, Sains 87.2, Bio 93.4, Fiz 96.6 Kim 86%, Math Tamb 82% Perdagangan 47.9, E.Asas 81.5, PA 74.7, ICT 100%, MPV 100%, ERT 78.5 dan PSV 98.6. Pihak sekolah akan membuat bedah siasat dengan terperinci terutama bagi mata pelajaran yang kritikal seperti Sejarah dan Bahasa Malaysia bagi memastikan bilangan cal;on yang layak dapat sijil meningkat.Terima kasih kepada calon-calon yang mendapat keputusan cemerlang kerana berhasil membuktikan pencapaian mereka dalam SPM 2013.Kepada mereka yang kurang cemerlang jangan berputus asa, yang penting kamu dapat menjejakkan kaki ke mana-mana IPTA/IPTS untuk meneruskan pengajian bagi membina masa depan yang lebih progresif. Pihak sekolah merakamkan sekalung tahniah dan sebesar-besar penghargaan kepada semua guru,khususnya yang mengajar dalam Tingkatan 5 tahun 2013 kerana memandu dan membimbing pelajar sehingga memperolehi keputusan cemerlang. Tahniah.

 CheYahya Che Soh
Pengetua SMKSB
Khamis 20 Mac 2014.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...