Wednesday, August 7, 2013

Antara Sunat dan Wajib

Umat Islam perlu menyedari bahawa mendahulu dan mengutamakan yang wajib menjadi tanggungjawab fardhu keatas setiap orang.Solat merupakan fardhu yang wajib tidak boleh di tinggalkan kecuali bagi mereka yang benar-benar uzur seperti wanita yang datang haid selebihnya mesti dilaksanakan dalam setiap keadaan dan suasana hatta sakit yang berpanjangan kefardhuan solat tetap dikerjakan mengikut kemampuan manusia.Demikian beratnya tanggungjawab solat kepada umat Islam. Meninggalkan solat dengan sengaja termasuk mereka yang dinyatakan sebagai kafir kepada Allah kerana perbuatan tersebut di kategori meruntuhkan Agama.

Antara sunat dan wajib

Kebanyakan orang kita secara lahiriahnya memakmurkan surau dan masjid dengan solat-solat sunat seperti Hari raya Idulfitri dan Iduladha tetapi solat fajar lengang dengan jemaah.Mengapa fenomena ini berlaku? Jawabannya kerana sebahagian umat Islam memandang enteng solat fardhu secara berjemaah sedangkan menurut sabda Nabi saw, sekiranya manusia mengetahui besarnya ganjaran Solat Subuh berjemaah,nescaya mereka akan datang walau pun dengan merangkak.Kita perlu membuat anjakan paradigma melakukan transformasi amal mengikut ajaran Rasul saw bukannya menurut kemahuan diri. Pada pagi raya setiap Masjid dan Surau melimpah ruah dengan para jemaah sehingga AJK Surau terpaksa membentang carpet hingga di luar Dewan Solat bagi menampung kehadiran umat Islam melaksanakan Solat Sunat Hari Raya. Mudah-mudahan kita dapat membuat penilaian berdasarkan ilmu berteraskan ajaran Al Qur'an dan Sunnah Nabi saw dalam beramal supaya keberkatan yang turun dari langit mendapat rahmat kepada seluruh manusia.

Suluhan minda
Che Yahya Che Soh
Khamis 8 Ogos,2013
1 Syawal 1434H.


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...