Datang dan pergi lumrah dunia
Menemui Tuhan tanpa di duga
Berkelana sendirian di alam buana
Wahai anak yang masih lena
Di buai dakapan fatamorgana
Luangkan masa kunjungi bonda
Mendamba doa dari anakanda
Alunkan zikir di pusara bonda
Sebagai penawar membalut duka
Menerangi malam dengan cahaya
Menjadi penyuluh jalan ke syurga
Bonda mengharap secebis doa
Dari anakanda yang bertaqwa
Semoga hilang haus dahaga
Dari kepanasan menghimpit dada
Kehidupan di sini penuh sengsara
Jika amalan tidak di bawa
Terpenjara jiwa di mamah dosa
Anak soleh mutiara bonda
Ku seru Dia Yang Maha Mulia
Pasti mendengar rintihan hamba
Menadah pasrah mengharap bahagia
Cucuri lah rahmat buat bonda tercinta
Gambar hiasan: Perkampungan sejati yang pasti di huni.
Al Fatihah buat ibu yang telah mendahului ku lebih
dua dasawarsa yang lalu.
Che' Yahya Che'Soh
Lembah Kelang
Kuala Lumpur.
Selasa 23 Julai,2013.
Bersamaan 14 Ramadhan 1434H
No comments:
Post a Comment