Friday, April 5, 2013

Pendidikan Dalam Kurun Teknologi

Pendidikan dalam kurun teknologi perlu berfokus kepada pembangunan modal insan berkemahiran tinggi untuk bersaing dengan pasaran dunia. Malaysia menuju era pembangunan digital yang begitu cepat sepanjang satu dekad yang lalu.Jika pada tahun 2000 yang lalu dunia memberi fokus kepada Pendidikan Untuk Semua (EFA) menjadi agenda penting (Framework) bagi membenteras kadar literasi dan numerasi dalam kalangan pelajar di dunia,negara ini tidak terkecuali memastikan setiap pelajar menguasai literasi dan numerasi dengan baik untuk menjana kecemerlangan pendidikan.

Cemerlang dan mahir

Globalisasi yang berlaku seluruh dunia memerlukan modal insan yang cemerlang dan mahir dalam pekerjaan. Kecemerlangan akademik semata-mata tidak menjamin seseorang pelajar mendapat peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan bidang pengajian dan pengkhususan jika sekiranya tidak mampu berkomunikasi dengan berkesan, ketidakupayaan mencetuskan inovasi dan mentransformasi budaya ilmu disamping penguasaan pelbagai bahasa yang menjadi pemangkin kecemerlangan diri dan kemajuan kerjaya. Permintaan majikan terhadap pekerja yang mahir dan berilmu menjadi pilihan utama berbanding mereka yang cemerlang tetapi tiada kemahiran.

 
source: Internet.

Mempersiapkan tenaga mahir

Sistem pendidikan kita perlu melihat perspektif yang lebih jauh bagi mempersiap tenaga mahir untuk menjana modal insan berkemahiran dan menguasai teknologi tinggi  menuju negara maju. Kurikulum yang ada perlu dirombak berasaskan pertimbangan masa depan yang lebih dinamik dengan memberi pemberatan kepada 50:50 iaitu Akademik dan pembangunan Teknologi perlu di ajar secara intensif bagi melahirkan pelajar yang berilmu dan berkemahiran tinggi. Ketika ini mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHb) dan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) hanya sebahagian dalam kurikulum, bukannya sistem yang membangun kurikulum.Tidak semua Sekolah Harian menawarkan MPV kepada pelajar. Kebanyakan pelajar yang mengambil MPV terdiri dalam kalangan mereka yang kurang pencapaian akademik . Tendensi ini perlu di ubah jika kita mahu pembangunan teknologi menjadi agenda nasional dengan mewajibkan setiap pelajar mengambil MPV sebagai subjek wajib seperti Sejarah dan Bahasa Melayu.

Buatan Malaysia

Kita berasa bangga dengan pencapaian anak-anak Malaysia dalam berbagai bidang kerjaya seperti Arkitek, Peguam, Jurutera, Juruterbang  dan profesional lain yang menyumbang khidmat bakti kepada negara, namun kita lebih beruntung seandainya kepakaran yang dimiliki oleh rakyat Malaysia dapat dimanfaatkan untuk membangun sumber daya negara mencipta peralatan berjenama  BUATAN MALAYSIA( Made in Malaysia) dalam industri automobil,pesawat terbang dan mampu mencipta senjata moden untuk pertahanan negara dari serangan musuh. Cetusan idea ini bukan sekadar retorik semata mata tetapi saya yakin kita mampu melaksanakan agenda besar ini kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya, makmur dan cepat membangun, mempunyai kemudahan dan pra sarana yang cukup untuk  kesejahteraan rakyatnya. Pendidikan dalam kurun ke 21 perlu mempersiapkan modal insan dengan ilmu dan kemahiran berasaskan teknologi untuk melahirkan tenaga mahir yang cekap dan kompeten.

Aliran Tenaga pekerja

Kepesatan pembangunan negara menyebabkan aliran tenaga pekerja asing memenuhi berbagai sektor baik swasta dan agensi Kerajaan.Kebanjiran tenaga kerja asing di Malaysia membuktikan peluang dan pasaran pekerjaan negara ini sentiasa memenuhi permintaan terutama dalam bidang pembinaan,perkilangan perladangan dan pembuatan . Menurut Menteri dalam Negeri Datuk  Seri Hishamuddin Tun Hussein tahun lalu sahaja seramai 1.58 juta warga asing mendaftar untuk bekerja di Malaysia (Harian Metro 25/10/2012) yang terdiri daripada rakyat Nepal, India, Myanmar dan Bangladesh. Fenomena ini terus berlanjutan selagi kita memerlukan tenaga mereka untuk membangun negara .


Luahan minda,

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Sabtu 6 April,2013.
   

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...