Wednesday, March 6, 2013

Ketam Mengajar Anak Berjalan Betul

Nenek moyang orang Melayu dahulu tersohor dengan budi bahasa yang bersopan penuh kesantunan dalam berbicara dan berurusan . Pengaruh kehidupan yang ditunjangi oleh pegangan Agama yang kuat menjadikan masyarakat Melayu memiliki perwatakan yang lemah lembut berbudi bahasa setiap masa selari dengan tuntutan Islam yang menjadi anutannya. Kini sifat-sifat tersebut sangat langka dalam kehidupan seharian. Orang Melayu tidak lagi memiliki perwatakan tersebut kerana pengaruh modenisasi yang melebar dalam masyarakat. Anak-anak tidak lagi menghormati ibu bapa, pelajar tidak menghormati guru ,isteri mengancam suami dan pengikut semakin  menjauhi pemimpin.


Ibarat Ketam

 
Ketam ialah spesis binatang yang hidup dua alam berjalan senget dan tak pernah lurus mempunyai kaki yang panjang dengan penyepit sebagai senjata untuk mempertahankan diri dari serangan musuh. Ada ketam yang boleh dimakan dan terdapat beberapa jenis yang diharamkan.Contohnya Ketam Nipah yang hidup dalam dua alam. Orang tua-tua dulu sangat bijak membuat perumpamaan untuk menggambarkan tingkahlaku manusia yang bercakap tidak serupa bikin sehingga terpantul dari mulut mereka "Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan betul sedangkan diri sendiri bergelumang dengan keburukan'. Perumpamaan  seperti ini sangat identik dengan kepribadian masyarakat hari ini. Sikap hipokrit dan munafik menjadi hiasan diri mematikan nilai-nilai kemanusiaan yang bertunjangkan kebenaran seperti amanah, jujur dan ikhlas  terlalu langka ditemui dalam kehidupan .




Sumber : internet


Introspeksi diri

Ilmu pendidikan mengajar manusia menjadi baik,lurus, jujur, ikhlas dan benar kerana nilai-nilai keilmuan merupakan ciri penting kepribadian dan perwatakan manusia.Manusia yang berpegang kepada prinsip ilmu yang hakiki tidak akan tega membohongi diri walau pun tidak menguntungkan dirinya. Justeru insrospeksi diri sangat dituntut dalam setiap keadaan dan suasana bertujuan menjadikan kita manusia yang benar benar beramal dengan ilmu yang dimiliki. Seorang guru umpamanya harus menunjukan teladan yang baik kepada pelajarnya. Seorang Pengetua pula perlu membuktikan setiap ucap tuturnya diterjemahkan dalam tindakan bukannya menjadi "Seperti Ketam mengajar anaknya berjalan betul" . Guru-guru dan pelajar tidak akan menjadikan ikon yang boleh diteladani jika pengetua bercakap tidak serupa bikin. Tulisan ini sebagai refleksi diri mudah-mudahan mendapat manfaat kepada kita semua.


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Kuala Lumpur,
Rabu 6 Mac,2013



3 comments:

  1. Saya faham sefaham-fahamnya kalau Tuan Haji yang terangkan maksud peribahasa.. Projek buku bagaimana?

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Yusfaniza kerana memberi respon terhadap tulisan ini. Semoga che'gu menjadi guru sengoti.Boleh teruskan,pilih yang bersesuaian dengan tajuk dan bidang profesionalisma kita. Terima kasih kerana menjadi pembaca tetap Victory.Saya sudah baca Tinta Bicara hati. terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Sama-sama Tuan Haji. Saya akan menjadi pembaca setia. Segala nasihat dan amanat Tuan Haji saya akan ingat walau kat mana saya berada. Saya gembira di sini bekerja seperti satu keluarga besar. Saya doakan kejayaan Tuan Haji di SMK Sinar Bintang. In Shaa Allah SMK Sinar Bintang akan dikenali dari segi akademik dan kokurikulum pada masa akan datang. Syabas Tuan haji!!

    ReplyDelete

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...