Monday, May 7, 2012

Pemikiran Muhyiddin Merealisasi Transformasi Pendidikan

Sejak memimpin Kementerian Pelajaran pada tahun 2009 yang lalu, Tan sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri telah mencetuskan  gagasan pemikiran untuk mentransformasikan pendidikan negara bertujuan melahirkan modal insan negara yang berwibawa, berkompeten dan mempunyai jati diri unggul untuk pembangunan masa depan negara. 
 
Bermula dengan Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) beliau telah menetapkan sasaran yang perlu dicapai  iaitu : Memperluas akses pra sekolah. Penguasaan LINUS (literasi ,numerasi) Sekolah Berprestasi Tinggi(SBT) dan memberikan Tawaran Baru (Baiah) kepada sekolah yang berjaya mendapat prestasi dalam pembangunan akademik.

Transformasi Kurikulum

Kurikulum merupakan elemen yang sangat dominan dalam menentukan dasar pendidikan negara. Pembangunan kurikulum yang ditunjangi dengan kemampuan guru menterjemahkan materi pengajaran (sukatan) dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi pemangkin kepada kejayaan pelajar. Kerajaan telah menetapkan pemansuhan PPSMI dan menggantikan  dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia (MBM) dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI) .
 
Transformasi kurikulum ini memberi manfaat besar kepada para pelajar  yang kurang berkemampuan menguasai terminologi dalam Bahasa Inggeris dalam subjek Matematik dan Sains. Beberapa dasar lain turut diperkenalkan oleh YB Menteri seperti Dasar 1Murid 1 Sukan bertujuan menjadikan sukan sebagai cara hidup untuk pembangunan modal insan negara. 
 
Kerajaan juga telah menetapkan subjek SEJARAH wajib lulus pada tahun 2013 dan menjadi mata pelajaran TERAS yang diajar disekolah rendah menerusi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2014. Bagi mengurangi beban pelajar , kerajaan juga telah menetapkan setiap calon mengambil 10 mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Che' Yahya Hj Che' Soh
8 Mei,2012 

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...