Dia pasti datang
Ketika siang atau malam
Dimana mana saja dia pasti datang
Tidak pernah mengirim khabar pesan
Dia pasti datang
Menjemput siapa saja mengikut giliran
Membawa amanah Tuhan
Menetap detik hidup setiap insan
Menghuni bumi tidak panjang
Dia pasti datang
Sekali pun dipagari tembok berlian
Tidak mampu menghalang
Kerana kita milik Tuhan
Dia pasti datang
Memisah anak-anak dari dakapan
Kasih sayang ayah ,ibu ,adik dan abang
Memutus nikmat kehidupan
Bila tiba saat detik penyesalan
Tiada guna emas perak berlian
Ibarat hanyut di lautan
Terapung apung keseorangan
Terkapai kapai mencari perlindungan
Tidak seorang bisa memberi pertolongan
Hanya amalan menjadi teman
Menuju jalan pulang kekal berpanjangan
Dia pasti datang
Menemui semua insan
Kaya miskin bukan ukuran
Setiap orang pasti pulang menemui Tuhan
Nukilan csyahya victory
Che Yahya Che Soh
Pengetua SMK SINAR BINTANG
Segambut, Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment