Aku menerima tanggungjawab ini bercampurbaur kerana terlalu lama meninggalkan sekolah (16 tahun) bekerja di KPM ,JPA dan terakhir di Jabatan Pelajaran sebagai KPP Penilaian Peperiksaan selama 9 tahun. Perbezaan ketara ialah bilangan guru dan staf yang ramai iaitu : Guru 124 orang Staf :15 orang dan pelajar seramai 1603 orang pagi dan petang .
Fizikal Sekolah : Walaupun bangunan sekolah masih baru (7 tahun) namun ia tidak terjaga dan terpelihara sepenuhnya. Kebersihan dan keceriaan tidak terurus menyebabkan wajah sekolah malap dan tidak bermaya.
Pembaharuan dan penambahbaikan dilakukan dengan mula mengecat tembok luar sekolah dan menggantikan papan tanda sekolah yang usang dan tercabut atur hurufnya. Pondok jaga yang dulunya seperti stor barang telah dinaiktaraf .
No comments:
Post a Comment