There are lots of method to maintain our healthy life although we do not have enough land to plant.
Friday, March 30, 2018
Wednesday, March 28, 2018
Dar Al Fikr
Tenang damai tenteram.Dangau di batas kota menjadi tempat istirehat sambil membelai pokok pokok yang sedang membesar.
Sunday, March 25, 2018
Warna kehidupan
Senja semakin jauh meninggalkan sisa usia semoga Allah SWT memberkati setiap hela nafas di dada dengan keteguhan iman dan taqwa. Aamin. Perjalanan hidup setiap manusia sejak di lahirkan hingga membesar menjadi remaja dewasa dan berusia merupakan sunnah alam yang di tetapkan Tuhan. Ada orang hanya beberapa ketika sahaja di beri peluang menghirup udara kemudian di panggil pulang, ada juga yang di panjangkan usia hampir seabad sehingga mampu menikmati kehidupan dengan sebaiknya namun hakikatnya suatu ketika nanti PASTI menempuh saat kematian.
Kehidupan setiap manusia yang berasal daripada campuran sperma dan ovum sungguh ajaib kejadiannya. Ilmu pengetahuan moden mengakui keunggulan Al Qur'an dalam kisah penciptaan ini. Bagaimana jutaan sel yang membangun struktur dan fungsi tubuh bekerja secara kolektif dan sistematik sehingga seluruh organ berfungsi dengan sempurna.

Saturday, March 17, 2018
Dar Al Fikr di sini ku cari damai.
Manggis sedang membesar
Kuning menyerlah
Tangga
Secara tabie naluri manusia sukakan keindahan. Melihat kepelbagaian warna bunga bungaan ciptaan Tuhan menjadi penyejuk rasa sehingga mendatangkan ketenangan minda dan jiwa.
Penyeri minda
Tuesday, March 13, 2018
Friday, February 16, 2018
Sepetang di perairan pesisir
Deruan angin sore menerjah pantai. Kelihatan ombak bergulung memutih di gigi air silih berganti. Indahnya pemandangan laut lepas membiru. Terdengar buskers mendendangkan lagu " di tepi pantai nan indah" menderu bersama tiupan angin laut yang bebas. Kedengaran tawa riang kanak kanak bersama ayah ibu bermain layang layang di pinggir pantai yang bersih memutih. Deretan penjaja menjual berbagai makanan dan minuman di bawah pepohon ru yang berderetan mencari rezeki. Tampak pada pandangan mata lautan luas yang tiada sempadan seolah olah seperti berada di bawah lengkungan langit Tuhan yang sungguh mengkagumkan. Subhanallah. Apabila sang suria semakin rendah pemandangan lautan semakin indah. Negeri Trengganu mempunyai keindahan pantai yang bersih memutih di samping banyak pulau pulau yang menjadi destinasi wisata seluruh dunia. Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Kapas dan Pulau Bidong yang suatu ketika dahulu menjadi penempatan orang hanyut Vietnam sejak sekian lama.
Lautan dan kehidupan
Antara lautan dan manusia terkandung seribu makna kehidupan. Sedingin pagi nelayan turun ke laut mencari rezeki meninggalkan anak isteri dengan harapan membawa pulang hasil tangkapan setiap hari. Berbekalkan semangat dan keyakinan beroleh tangkapan mereka terpaksa meredah ombak gelombang di tengah tengah samudra luas tanpa memikirkan risiko yang bakal terjadi demi sesuap rezeki.
Pantai bersih
csyahya victory
Jumaat sore 16 Feb 18

Subscribe to:
Posts (Atom)
Menjana kekuatan organisasi
Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...
-
Semoga Allah SWT memberkati beliau dan memberi seribu rahmat atas usaha murni ini. Sepanjang musim sejuk akhir 2014 zikir ini sentiasa b...
-
YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Ab Razak meluangkan masa singgah di rumah Imam Mengkebang(Berserban jubah) dalam lawatan beliau ke Kelantan ...
-
Ust. Mohd. Erfino Johari meladeni kami makan malam di rumahnya di Ealing London pada Julai 2009 Gambar : Ehsan Ust Mohd Erfino. ...