Sunday, July 14, 2013

Israel lena dalam dakapan Bashar, mimpi ngeri Morsi
Amidi Abdul Manan 
Pergolakan Mesir kesan demokrasi ala Barat

Genap setahun Mohamad Morsi dilantik sebagai Presiden Mesir, rakyat negara itu sekali lagi berhimpun di Dataran Tahrir. Tanggal 30 Jun 2013 bukan himpunan ulang tahun pelantikan tetapi perhimpunan menuntut peletakan jawatan Presiden Mesir itu.

Morsi mencatat sejarah apabila menjadi Presiden Mesir yang pertama diangkat menerusi sistem demokrasi berpilihan raya dalam tempoh 30 tahun sejarah Mesir moden. Beliau juga adalah tokoh gerakan Islam paling berpengaruh di Mesir, iaitu Ikhwanul-Muslimin.

Amerika sebenarnya tidak berminat dengan kerajaan Morsi walaupun diangkat menerusi demokrasi, tetapi lebih berminat untuk menjalinkan hubungan dengan tentera Mesir. Lakonan pihak tentera ini diperindahkan lagi atas nama rakyat apabila mendapat kerjasama daripada pembangkang lalu diuar-uarkan sebagai kehendak rakyat.

Apabila beliau digulingkan pelbagai reaksi terjelma. Tambahan pula Presiden Mesir sebelum itu Hosni Mubarak adalah seorang jeneral tentera Mesir yang cukup rapat dan disenangi oleh Amerika dan sekutunya Israel. Kebangkitan rakyat tidak dapat dibendung, apatah lagi disokong ulama tersohor dunia, Prof Sheikh Dr Yusof al-Qaradhawi. Tiada orang menyangka seorang diktator yang memerintah selama 30 tahun mampu ditumbangkan dengan perhimpunan rakyat selama kira-kira 10 hari.

Kesan kejatuhan Mubarak

Namun semua ini tidak menarik perhatian Prof Tariq Ramadhan, cucu kepada pengasas Ikhwanul-Muslimim, al-Syahid Hasan al-Banna. Beliau daripada awal mengkritik kebangkitan rakyat Mesir dengan menyatakan bahawa kebangkitan ini adalah kebangkitan kosong kerana rakyat Mesir masih asing dan belum benar-benar memahami erti sebuah perubahan.

Beliau menyatakan dengan tegas dalam tulisan terkini di laman sesawangnya, mengenai beberapa kecacatan dalam perubahan yang diusahakan rakyat Mesir pasca Hosni Mubarak. Antaranya ialah mempercayai tentera Mesir benar-benar tidak terbabit lagi dengan politik negara. Pada pandangan beliau, kejatuhan Mubarak membentuk satu laluan bagi generasi baru kepemimpinan tentera untuk terbabit dalam ehwal pentadbiran negara bertopengkan kerajaan rakyat.

Beliau menyatakan: “I noted an army high command declaration that the presidential election was temporary, for a six-month to one year period.” (Saya ambil perhatian dengan deklarasi pimpinan tertinggi tentera bahawa pilihan raya presiden hanya bersifat sementara, untuk tempoh enam bulan hingga setahun).

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa Amerika sebenarnya tidak berminat dengan kerajaan Morsi walaupun diangkat menerusi demokrasi, tetapi lebih berminat untuk menjalinkan hubungan dengan tentera Mesir. Lakonan pihak tentera ini diperindahkan lagi atas nama rakyat apabila mendapat kerjasama daripada pembangkang lalu diuar-uarkan sebagai kehendak rakyat.

Amerika terancam kemenangan Morsi

Perkara ini tidak sukar untuk difahami kerana Amerika yang sentiasa menjadi budak suruhan Zionis berasa terancam dengan kemenangan Morsi. Tambahan pula rakyat Palestin, terutama di Gaza mendapat nafas baru dan semakin bersemangat untuk menentang kezaliman Zionis dengan pelantikan Morsi.

Perkara yang lebih penting pada pandangan Tariq Ramadhan ialah kemampuan dan kebolehan pimpinan Ikhwanul-Muslimin memahami keadaan dan situasi semasa. Beliau masih berpandangan bahawa pembabitan Ikhwanul-Muslimin dalam pemerintahan atau lebih tepat lagi pilihan raya adalah satu perangkap. Ia dapat dilihat apabila berlaku penolakan terhadap semua usaha Morsi untuk menjalinkan hubungan yang lebih akrab dengan pembangkang.

Dia ditentang daripada segenap penjuru dan terus terjerumus apabila membuat kesilapan demi kesilapan sehingga membangkitkan kemarahan rakyat awam terhadap pemerintahannya. Akhirnya dia dilihat tidak berbuat apa-apa untuk membantu rakyat Mesir. Ini ditambah apabila beliau berhadapan dengan kesukaran untuk mendapat bantuan dari luar bagi membangunkan ekonomi Mesir.

Kesabaran rakyat Mesir dinanti

Tingkah laku yang amat mencolok mata lebih jelas apabila Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang selama ini mengenakan pelbagai syarat yang mungkin tidak dapat dipenuhi kerajaan Morsi di Mesir, kini mempertimbang untuk menghapuskan syarat itu bagi membangunkan ekonomi Mesir.

Jelas permainan yang licik dimainkan oleh Amerika. Walaupun pada mulanya dilihat sebagai enggan mengiktiraf rampasan kuasa tetapi bermain kayu tiga dengan menyokong dilakukan pilihan raya bagi memilih presiden yang baru. Rakyat Mesir sekali lagi tertipu dengan janji manis Presiden Barack Obama ketika berucap di Universiti al-Azhar yang menyatakan keperluan untuk membuka lembaran baru hubungan antara Islam dan Barat.

Pada pandangan penulis, gerakan Islam perlu menilai kembali pembabitan dalam demokrasi ala Barat yang ditaja Amerika. Demokrasi sebegini jelas mempunyai kecenderungan untuk menaikkan individu yang berselera Barat walaupun seteruk mana pun moral dan akhlaknya.

Kini kita sedang menanti sejauh mana kesabaran rakyat Mesir untuk berhadapan dengan provokasi tentera yang membunuh sewenang-wenangnya. Oleh kerana kesabaran ini bakal mengelakkan terjerumusnya Mesir ke dalam kancah perang saudara kerana jika ia berlaku, maka Israel akan lena dalam dakapan Bashar al-Assad dan mimpi ngeri Morsi.

Berita Harian online
Ahad 14 Julai,2013.

Krisis Air Lagi

Sekitar Lembah Kelang khususnya kawasan AU Keramat mengalami gangguan bekalan air sejak pagi tadi.Tiada kedengaran air naik ke tangki seperti kebiasaannya.Pengguna tidak dimaklumkan mengenai gangguan berlaku, hanya menyedari bila tidak ada air keluar dari paip. Di harap pihak SYABAS mengambil tindakan segera memperbaiki kerosakan untuk kemudahan umat Islam melaksanakan ibadah puasa.


Pengguna AU Keramat
Ahad 14 Julai,2013.

Friday, July 12, 2013

Hubungan Komuniti Pemangkin Kecemerlangan

Tidak dapat di nafikan hubungan yang baik dengan komuniti  khususnya Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) menjadi pemangkin kecemerlangan dan kegemilangan sesebuah sekolah. Keberadaan sekolah sebagai sebuah institusi masyarakat memerlukan penyertaan komuniti untuk membantu pembangunan pendidikan anak-anak mencapai kecemerlangan dalam akademik, ko kurikulum dan pembentukan sahsiah pelajar selari dengan hasrat dan impian Kementerian Pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025 yang telah menetapkan Garis-garis Besar Haluan Pendidikan (GBHP) menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi. Bagaimana baik sekali pun sesuatu dasar dan gagasan yang di lahirkan ,sekiranya pelaksana di peringkat sekolah tidak berupaya menjalin kerjasama dan hubungan harmonis sudah pasti kecemerlangan pelajar akan terjejas dan pastinya prestasi peperiksaan merudum.Justeru memupuk persefahaman dan saling memahami batas dan  bidang kuasa masing-masing sangat di tuntut untuk kelangsungan pendidikan anak-anak terus cemerlang sebagaimana yang di hasratkan semua pihak.

Sarana Sekolah

Sekolah merupakan institusi pendidikan formal yang bertanggungjawab membangun potensi pelajar menjadi insan berilmu pengetahuan,mempunyai karisma dan kewibawaan sebagai bakal pemimpin di masa akan datang. Peranan guru menjadi semakin mencabar bagi memastikan kesinambungan sarana sekolah berfungsi untuk menghasilkan pelajar yang berminda terbuka dan futuristik. Kemajuan sesebuah sekolah bergantung kepada kemampuan barisan kepimpinannya menjalinkan kerjasama dan sinergi yang baik bersama anggota masyarakat atau agensi luar melalui strategi lautan biru (blue ocean strategy) bertujuan memastikan bidang keberhasilan pendidikan (NKRA) mencapai matlamat pendidikan dunia setaraf dengan negara-negara maju seperti Finland, Australia, England, New Zealand, Korea dan Jepun dalam melahirkan modal insan  yang berkualiti untuk memenuhi pasaran kerja secara global.Masyarakat perlu melihat perspektif pendidikan secara makro bukan hanya kepada juzuk-juzuk terpisah yang tidak menguntungkan pelajar. Peranan pendidik semakin teruji dengan cabaran yang datang dari segenap arah terutama ibu bapa, Kementerian, Jabatan, Pejabat Pelajaran Daerah/Wilayah dan berbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang membabitkan sekolah.

Sarana ibu bapa

Institusi pendidikan yang bersifat universal menjadi perhatian setiap individu,masyarakat dan para cendekiawan, NGO dan badan -badan politik yang turut menyumbang idea untuk pembangunan ilmu pengetahuan anak-anak.Melalui strategi lautan biru, kita mengharapkan ibu bapa menjadi penyumbang kepada  kecemerlangan sekolah dalam setiap bidang untuk kemajuan anak-anak mereka.Peranan PIBG ialah membantu sekolah merapatkan hubungan antara ibu bapa dan pentadbir terutama dalam kes-kes yang membabitkan salahlaku pelajar yang melanggar peraturan yang di tetapkan Kementerian Pendidikian.Pihak Sekolah akan mengadakan seminar bersama Ibu bapa pada bulan Oktober nanti sebagai salah satu usaha merapatkan kerjasama yang telah sedia terjalin. Seorang Pensyarah dari Universiti Otago Dunedin New Zealand telah memberikan komitmen kepada kita untuk berkongsi pandangan mengenai sarana ibu bapa dalam pendidikan anak-anak.

Rumusan

Merapatkan hubungan antara sekolah dengan PIBG merupakan kunci pencapaian pengurusan dan kejayaan anak-anak.
Saling hormat menghormati bidang tanggungjawab masing-masing merupakan resipi kejayaan sekolah.
Bersikap profesional dan menghormati kejujuran intektual  mampu menjana kekuatan pendidikan anak-anak di sekolah.
Memahami peranan PIBG sebagai wadah integrasi kaum  menjadi indikator kecemerlangan pelajar.
Mempunyai semangat kekitaan bersandarkan es spirit de corps untuk membangun institusi pendidikan sebagai milik bersama menjadi pemangkin kemajuan sekolah.

Drs. Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Kuala Lumpur.
Sabtu 13 Julai,2013.

Former Malacca Chief Minister Abu Zahar passes away

 
JASIN: Datuk Abu Zahar Isnin, 74, who was Malacca Chief Minister from 1997 to 1999, passed away at home in Merlimau at 6pm, on Friday, due to kidney complications.

Merlimau state assemblyman Roslan Ahmad who is related to Abu Zahar said he was admitted to a hospital about a month ago due to diabetic complications.

"He returned home three days ago and passed away in the presence of his family members this afternoon," he told Bernama.

Roslan said he was diagnosed with diabetes about 10 years ago.

"Abu Zahar served as the Malacca Chief Minister for two years and made tremendous contributions to the state. He was my mentor," he said. - Bernama

The Star Online
Friday  July 12 2013.

Thursday, July 11, 2013

Krisis pesakit ginjal
  Oleh Saadiah Ismail 
Krisis pesakit ginjal
Risau! Itulah antara dilema dan perasaan dialami bagi mereka yang menghidap penyakit buah pinggang. Apatah lagi, bagi pesakit yang terpaksa menjalani rawatan hemodialisis, khususnya yang pertama kali melalui Ramadan dalam keadaan kesihatan tidak sihat seperti itu.

Hakikatnya, pesakit buah pinggang yang menjalani hemodialisis tidak perlu risau untuk berpuasa kerana penyakit dihidapi tidak berhadapan sebarang masalah dengan aktiviti berpuasa.

Perunding Nefrologi Hospital Pantai, Dr Foo Siu Mei, berkata pesakit buah pinggang yang menjalani hemodialisis tidak ada masalah untuk berpuasa sepanjang hari asalkan mereka tahu apa yang tidak dan boleh dilakukan.

Dr Foo berkata, perkara utama yang sering ditekankan oleh doktor kepada pesakit sepanjang waktu berpuasa ialah pengambilan air yang tepat ketika bersahur dan berbuka kerana dikhuatiri akan membahayakan kesihatan mereka.

“Jika pesakit buah pinggang tidak boleh atau kencing sedikit saja ditambah pengambilan air dalam sehari itu melebihi keperluan badannya, tidak mustahil pesakit itu akan mengalami masalah kaki bengkak, paru-paru berair, sesak nafas dan sebagainya.

“Disebabkan itulah pesakit mesti memastikan pengambilan air sehari itu perlu berhati-hati supaya tidak kurang atau terlebih,” katanya ketika ditemui di Hospital Pantai, baru-baru ini.

Jumlah air sehari

Berbeza pula bagi pesakit yang kekurangan air kerana sepanjang rawatan dilakukan, air akan dikeluarkan daripada badan mereka. Bagaimanapun, tidak dinafikan pada bulan Ramadan jumlah pengambilan air minuman seseorang mungkin kurang atau lebih sedikit daripada biasa. Justeru, air yang akan dikeluarkan daripada badan juga akan dikurangkan atau ditambah.

“Setiap pesakit yang boleh berdiri atau duduk perlu ditimbang berat badannya sebelum dan selepas rawatan untuk mengetahui berapa banyak air yang perlu dikeluarkan daripada badan pesakit. Jika terlalu banyak atau sedikit air dikeluarkan, ia mengundang risiko berbahaya,” katanya.

Dr Foo menasihatkan, pesakit buah pinggang supaya minum pada waktu berbuka hingga sahur dengan kadar yang sama setiap hari dan perlu merujuk kepada doktor untuk mengetahui jumlah sebenar air yang diperlukan.

Kronik atau tidak seseorang pesakit buah pinggang itu, tegasnya tiada langsung berkaitan dengan aktiviti berpuasa. Kebanyakan pesakit buah pinggang yang tidak boleh berpuasa adalah disebabkan oleh masalah lain seperti ‘malnutrition’ atau kencing manis yang tidak stabil. Misalnya, paras gula dalam darah kadang kala terlalu tinggi atau rendah.

Katanya, ada segelintir pesakit kencing manis ketika rawatan hemodialisis dilakukan, paras gula dalam darah mungkin akan turun. Masalah ini mungkin bertambah pada bulan puasa kerana mungkin ada yang mengambil sedikit atau langsung tidak makan ketika bersahur.

“Ini akan menyebabkan gula dalam darah terlalu rendah dan memerlukan mereka untuk berbuka puasa. Jika seseorang pesakit ginjal itu kekurangan nutrisi sama ada dia melakukan hemodialisis atau tidak, tidak digalakkan langsung untuk berpuasa kerana ia akan memudaratkan lagi kesihatan pesakit itu,” katanya.

Lebih teruk lagi kesannya, jika pesakit berkenaan tidak membuat rawatan hemodalisis dan ini akan menyebabkan badannya terlalu banyak air, kaki membengkak, paru-paru berair, susah bernafas, paras toksin tinggi, loya, muntah, tiada selera serta lemah.

Pengambilan ubat dan diet

Walau air menjadi keutamaan kepada pesakit buah pinggang, pengambilan ubat juga harus dititikberatkan. Jika sebelum ini ubat diambil dua kali sehari, tetapi bila berpuasa, jumlah dos ubat itu mungkin perlu dikurangkan atau perubahan masa mengambil ubat itu perlu dilakukan.

Dr Foo berkata, ramai pesakit buah pinggang akan diberikan ubat iaitu ‘lasix’ yang berfungsi untuk mengeluarkan air daripada badan.

“Katakan jika masa bersahur tidak minum banyak, mungkin dos ubat itu boleh dikurangkan. Jika air tidak diambil langsung ketika bersahur, adalah lebih baik dos Lasix diambil masa berbuka,” katanya.

Selain itu, diet khas pesakit ginjal yang diamalkan sebelum berpuasa juga perlu diteruskan iaitu perlu mengurangkan pengambilan garam, protein, kolesterol, masakan manis (penghidap kencing manis) dan kurangkan makanan yang mengandungi fostat.

Dr Foo turut menasihatkan, pesakit yang tidak larat berpuasa, jangan terlalu memaksa diri misalnya kumpulan pesakit ginjal yang terlalu banyak kencing (‘polyuria’) jika rasa terlalu dahaga perlu berbuka supaya tidak memudaratkan lagi kesihatan.

“Pesakit yang belum rosak sepenuhnya dan masih banyak kencing, jika ditahan daripada minum dan terlalu dahaga, ia boleh mempercepatkan proses kerosakan buah pinggang berkenaan dan mungkin perlu mulakan rawatan,” katanya.

Jelasnya lagi, pesakit buah pinggang yang berhadapan dengan pelbagai komplikasi perlu berjumpa dan mendapatkan nasihat daripada doktor. 
 
 
Berita Harian online
Khamis 11 Julai,2013

Wednesday, July 10, 2013

Transformasi pendidikan vokasional kian diyakini
Transformasi pendidikan vokasional kian diyakini  
Muhyiddin beramah mesra dengan Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Dr Zaini Ujang (kiri), Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Madinah Mohamad (duduk, kanan), Sharifah Hapsah dan Naib Canselor USM, Prof Datuk Dr Omar Osman selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Naib Canselor di ibu negara, semalam. - Foto Abdullah Yusof
Rembau: Jumlah permohonan yang tinggi untuk memasuki Kolej Vokasional membuktikan transformasi pendidikan vokasional yang dilaksanakan kerajaan meyakinkan rakyat.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebanyak 117,000 permohonan diterima memasuki kolej itu tahun ini, berbanding 21,000 tempat ditawarkan.

Permohonan meningkat


Katanya, permohonan pelajar ke program Kolej Vokasional di Institut Latihan Kemahiran Awam kelmarin adalah 1,874 orang, berbanding kapasiti tempat hanya 465 pelajar.

Beliau berkata demikian pada pelancaran Perluasan Program Kolej Vokasional di Institut Latihan Kemahiran Awam: Kolaboratif Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sumber Manusia di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas, dekat sini semalam. Teks ucapannya dibacakan Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, pelaksanaan Transformasi Pendidikan Vokasional memasuki tahun kedua kini melangkah ke fasa lebih mencabar.

Meterai nota kerjasama

Katanya, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sumber Manusia menandatangani nota kerjasama pada 2 Oktober 2012 untuk melaksanakan program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di Kolej Vokasional.

Sementara itu, Kamalanathan berkata, kementerian mengalu-alukan kerjasama syarikat perindustrian untuk memberi nasihat mengenai silibus dan peluang pekerjaan kepada lepasan program Kolej Vokasional.

Di Kuala Lumpur, ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Naib Canselor, Muhyiddin berharap penggabungan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi akan meningkatkan sinergi antara sekolah dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara.

Beliau juga mahu penggabungan itu memberi dimensi baru dalam dunia pendidikan negara.

Pengerusi Majlis Naib Canselor, Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin ketika ditemui selepas mesyuarat, berkata penggabungan dua kementerian itu bakal memberi manfaat kepada kedua-dua sektor jika dimanfaatkan sepenuhnya.
 
Harian Online
Rabu 10 Julai,2013.

Puasa Membentuk Perilaku Manusia

Dalam setahun terdapat satu bulan yang di khususkan Tuhan kepada manusia muslim untuk melakukan ketaatan secara total kepada Allah swt dari segi makan minum ,hubungan kelamin di siang hari,menjaga lidah dan hati dari berkata tidak benar.Hubungan manusia dengan Allah swt secara khusus di sebut Hablum minallah menjadi asas doktrin dalam beribadah kepada yang Ghaib sepertimana yang terkandung dalam Rukun Iman (R I) iaitu Percaya kepada Allah, Percaya kepada Malaikat, Percaya kepada kitab, Percaya kepada Rasul. Percaya kepada hari kiamat dan Percaya kepada Qadha dan Qadhar. Sejauh mana umat Islam dapat mengamal dan menghayati setiap tonggak R I sebagai indikasi hubungan hamblum minallah yang sentiasa hidup dan bertunjang kukuh dalam diri  menjadi kayu ukur muslim sejati di bulan mulia ini.

Ramadhan penawar penyakit

Ketibaan Ramadhan bulan yang penuh dengan keberkatan menjadi petunjuk kepada orang-orang beriman kerana dalam bulan ini setiap amalan hamba di lipatganda oleh Allah. Al Qur'an memberi nama dengan SHAHRU RAMADHAN  kerana pada bulan ini Kitab Suci ini di turunkan kepada Junjungan tercinta Nabi Muhammad saw yang membawa khabar gembira, sedih, duka dan ancaman kepada mereka yang tidak menunaikan tanggungjawab dan memelihara amanah Tuhan.Sebagai petunjuk kepada manusia "huddan linnas" membaca Al Qur'an dengan penuh tadabbur lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan menjadi penawar segala penyakit jasmani dan rohani.Dari segi fizikal badan kita menjadi ringan kerana kolestrol turun dan peredaran darah lancar sehingga sistem kardiovaskular berfungsi dengan baik.Dari segi rohani ,keimanan bertambah mantap dan selalu  ingin membuat kebaikan merupakan petanda bahawa Tuhan mendengar rintihan kita.

Merasai penderitaan

Terlalu banyak hikmah jika hendak di jelaskan mengenai kebaikan dan kelebihan berpuasa.Melalui ibadah ini kita dapat menyelami penderitaan anak-anak miskin dan rakyat di negara yang dilanda bencana mengalami keadaan yang sungguh derita untuk mendapatkan makanan. Mereka terpaksa berlapar sepanjang hari kerana terputusnya bekalan.Merasai penderitaan yang di alami mereka menjadi kita hamba yang sentiasa ingat bahawa rezeki kurniaan Illahi itu terselit di dalamnya sebahagian kecil untuk fakir dan miskin yang perlu bantuan.


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Rabu 10 Julai,2013.

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...