Sesungguhnya bumi Allah SWT ini sangat luas . cantik, indah dan menarik . Begitu juga dengan Australia sebuah benua besar yang sebahagiannya terdiri daripada Great sandy Desert dan Great Victoria Desert. Sepanjang berada di Melbourne kami mengunjungi tempat-tempat bersejarah dan menarik yang keindahannya sukar diungkapkan dengan kata-kata. Perjalanan ke Ballarat dengan keretapi SV Line di Southern Cross selama satu jam sungguh mengujakan kami. Pemandangan yang sungguh cantik hijau menguning dengan ladang gandum dan padang ragut yang luas dengan kumpulan kambing beberi dan lembu sedang meragut rumput. Ballarat sebuah bandar yang terkenal dengan tempat perlombongan emas pada zaman lampau . Lebih tepatnya SOVEREIGN HILL.
Friday, January 22, 2010
Learn a good values .

Thursday, January 21, 2010
Bercuti di Melbourne 4 December -22 December 2009
Wednesday, December 30, 2009
Sunday, November 29, 2009
Hari Raya Qurban
Lautan manusia wukuf di Arafah menandakan kemuncaknya ibadah haji. Arafah tempat istimewa kerana setiap jemaah mesti berada disana untuk mendengar khutbah Hari Raya (Khutbah Arafah) dan menjadi syarat rukun haji. Keistimewaan lain di bumi Arafah juga Allah SWT mempertemukan Adam dan Hawa yang telah terpisah begitu lama. Terbayang bagaimana sayu dan syahdunya saat berada di bawah khemah bersama rakan-rakan yang mengerjakan haji pada tahun 2001 yang lalu. Ada yang berzikir, membaca Quran, bersolat sunat dan pelbagai ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Tuesday, November 24, 2009
Bengkel Sahabat Pengetua
Pengetua SMK Danau Kota menyampaikan cenderahati kepada Pn Roaini Jaafar sebagai tanda persahabatan (Mentor) dalam program sahabat pengetua .
Selasa 24 November satu bengkel immersion kepengetuaan diadakan oleh Sektor Jaminan Kualiti JPWP fasa I/2009 membabitkan sebahagian besar Pengetua dan Guru Besar bagi membincang dan memantapkan kompetensi pengetua baru . Bengkel sahabat pengetua diadakan bertujuan membincangkan pelbagai isu berkaitan pembangunan dan perkembangan sekolah untuk memperkasa dan memantapkan sistem tadbir urus dengan cekap dan berkesan.
Friday, November 20, 2009
Thursday, November 19, 2009
Majlis Perpisahan Pengetua-Pengetua Zon Keramat
Satu Majlis perpisahan bagi pengetua -pengetua yang bertukar keluar akan diadakan pada 25 November 2009 di Hotel Putera Kuala Lumpur. Pengerusi Zon Keramat telah meminta Pengetua SMKDK membentangkan kertas Pentaksiran Berasaskan Sekolah (School Base Assessment) dalam majlis tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Menjana kekuatan organisasi
Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...
-
Semoga Allah SWT memberkati beliau dan memberi seribu rahmat atas usaha murni ini. Sepanjang musim sejuk akhir 2014 zikir ini sentiasa b...
-
YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Ab Razak meluangkan masa singgah di rumah Imam Mengkebang(Berserban jubah) dalam lawatan beliau ke Kelantan ...
-
Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...