Monday, September 12, 2016

Damascus the oldest city

The Syrian conflict become worst. There are no signing the conflict will end after five years the country was in cripple due to instability politics. Indeed the victory or fall of a country due to insincere leadership management. Leader is a person who can influencing followers to love the nation. The good leaders always concerning their people to maintain peacefully and harmony. No one can estimate

Friday, September 9, 2016

Denai denai kehidupan

Perjalanan hidup setiap manusia tidak sama, ada yang di lahirkan dalam keadaan senang dan bahagia tidak kurang juga yang datang ke dunia dalam serba kedhaifan. Nyatanya setiap orang mempunyai nasib yang berbeza. Perkembangan hidup manusia di bentuk oleh persekitaran di mana ia membesar. Keluarga merupakan institusi pertama yang membentuk sikap dan tingkahlaku anak anak. Sejak berumur bayi hingga menjangkau usia persekolahan anak anak mendapat didikan terus daripada ibu ayah. Keduanya adalah guru sejati yang membentuk perilaku dan sahsiah anak anak. Namun hakikat kehidupan tidak semudah yang di lihat, ayah ibu terpaksa bekerja untuk menyara keluarga. Apa lagi yang tinggal di kota kota besar ibu bapa terpaksa bekerja keras untuk menambahkan pendapatan . Anak anak di titip kepada pengasuh untuk tempoh lapan jam sehari. Mereka berada di nursery hingga menjelang maghrib baru bersama ibu ayah kembali. Antara acuan ibu ayah dengan didikan pengasuh tentunya tidak sama. Demikian tiap hari rutin kehidupan seakan akan anak sudah memahami keadaan. Ini dilema keluarga alaf moden. Antara tugas dan tanggungjawab meletakan ayah ibu dalam keadaan serba tertekan. Belum lagi melihat nasib anak anak yang tiada bersama ibu bapa kerana perceraian semasa mereka masih kecil pastinya meronta ronta mencari tempat berlindung. Berbeza dengan kehidupan kita masa lampau. Ayah ibu orang kampung yang hanya bekerja sebagai pekebun, penoreh dan petani kurang memberi perhatian kepada perkembangan anak anak di sebabkan kemiskinan. Kehidupan di kampung yang jauh terisolasi dari kota, di tambah pula dengan kekurangan kemudahan asas menjadi perkara biasa dalam kalangan orang orang dahulu membesarkan anak anak mereka.

Desa tua di pinggir pusara

Desa terpencil di pinggir pusara menjadi nostalgia tempat di lahir dan di besarkan. Kampung Batu Hitam Pasir Puteh mewarnai kehidupan masa lalu kira kira lebih lima dasawarsa silam. Di sini di pinggiran sungai yang jernih tempat bermain anak anak kampung sebaik pulang dari Sekolah Kebangsaan  Gong Garu. Jarak antara kampung dengan sekolah kira kira tiga kilometer sahaja. Berjalan kaki sudah semestinya untuk ke sekolah sambil membawa bekalan nasi dalam upih pinang berlaukkan ikan tambang goreng untuk makan waktu rehat. Adakalanya tanpa makanan terpaksa berlapar hingga ke petang. Kesusahan yang di hadapi telah menjadi asam garam kehidupan. Sesekali anak anak kampung menyusuri sungai hingga sampai ke chenerung  sungai batu untuk pulang ke rumah. Tawa hilai bersama rakan sambil memanjat dan mengambil buah keriat di tebing sungai untuk mengalas perut masih terbayang dalam ingatan. Ketika itu tinggal bersama pak teh Deraman Majid abang kandung ayah setelah kematian datuk Majid Damid. Denai denai kehidupan bermula di sini setelah tamat darjah enam, mengikut ayah ke Batu Mengkebang Kuala Krai yang meneroka tanah hutan dan bersekolah di Sultan Yahya Petra Secondary School @ SYPSS dalam tingkatan peralihan@remove class sewaktu negara sedang menghadapi rusuhan kaum tahun 1969. Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra hanya satu satunya sekolah di Kuala Krai beraliran Inggeris dan Melayu selain Sek Men Keb Kuala Krai di Sungai Durian, menjadi tumpuan seluruh anak anak di jajahan Ulu Kelantan. Perhubungan darat yang ada hanya keretapi dan motor sungai di Tangga Bradley@ Tangga Krai. Kisah perih jerih kehidupan terpaksa menumpang di rumah pak cik Jaafar Mat Railway Quaters selama setahun sebelum berpindah pula ke Kg Tok Khamis Pasir Puteh tinggal bersama emak saudara, kakak sulung ayah Mak ngah Siti Majid menyambung pelajaran di Kamil Secondary School dalam Tingkatan 1@ Form 1.

Mengharap sinar

Perjalanan hidup tidak selalunya cerah. Dari Kuala Krai ke Pasir Puteh dengan harapan mengharapkan sinar menelan kabus kehidupan. Setiap hari berulang alik dengan bas dari Tok Khamis ke Kamil dengan kekangan kewangan terlalu kritikal sekadar mampu membayar pas bulanan tanpa wang saku sudah cukup untuk sampai ke sekolah. Makan dan minum sekenyang kenyang nasi dingin dengan ikan rebus goreng merupakan menu yang paling istimewa untuk mengalas perut semasa di sekolah. Tiba di sekolah setiap hari namun tidak mampu membayar yuran @ school fees sebanyak 7.50 setiap bulan. Denai denai kehidupan terus melingkari diri sehingga terpaksa mengambil keputusan berat berpindah ke Sek Men Tok Janggut dalam aliran Melayu tanpa penngetahuan orang tua. Masih terkenang betapa sukarnya untuk mengadaptasi diri dengan pelajaran yang setiap subjek di ajar dalam Bahasa Melayu kecuali waktu Bahasa Inggeris. Jika selama ini telinga selalu mendengar perkataan Inggeris setiap hari sebaik memasuki kelas, tiba tiba bertukar dalam Bahasa Melayu menyebabkan terencatnya pelajaran. Namun berkat kesabaran dan keazaman memecahkan ruyung akhirnya berhasil juga mendapat sagunya. Sebaik lulus SRP kembali pula ke Sekolah Sultan Yahya Petra memasuki Tingkatan 4 dan tinggal di asrama harian dalam kawasan sekolah. Kawan kawan yang pernah bersama dalam peralihan@remove dulu hairan mengapa terjadi demikian. Jawaban mudah tidak mampu membayar yuran tiap bulan. Pengalaman selama dua tahun tinggal di asrama memang berharga. Ketidakcukupan belanja perkara biasa. Perut sentiasa lapar asyik menunggu waktu makan yang di jadualkan. Apabila tiba waktu makan memang  tala secukup cukupnya untuk persiapan belajar di malam hari. Sebaik Peperiksaan SPM akan bermula asrama tidak lagi menyediakan perkhidmatan, mungkin perjanjian dengan sekolah hanya hingga bulan November nasib baik ada hamba Allah yang juga tukang kebun asrama terkenal dalam kalangan pelajar Pak Cik Kob mengajak makan di rumahnya tiap hari selama musim peperiksaan. Tidak pasti samada ayah telah bercakap dengannya yang jelas jasanya terlalu besar. Sebaik selesai peperiksaan SPM kembali ke RKT Batu Mengkebang dan menjadi guru sementara di Sekolah Menengah Arab As Saadah selama beberapa bulan tanpa sebarang imbuhan.Sekolah Agama Rakyat yang di bangunkan hasil swadaya masyarakat setempat terutama ayahanda Hj Che Soh, Ustaz Sulaiman ( almarhum) dan Sdra Ab Malik ( almarhum ) merupakan pelopor utama pembangunan sekolah ini. Sekarang SMA As Saadah telah berkembang maju dan di ambil alih sepenuhnya oleh Yayasan Islam Kelantan @ YIK.

Mencari sinar

Perjalanan mencari sinar masih berliku sehinggalah mendapat tawaran belajar di Institusi Pengajian Tinggi di Sumatra dalam bidang pendidikan Biologi. Kumpulan pertama yang sama sama mengikuti pengajian seramai empat orang. Dengan pertolongan dan bantuan Ahli Parlimen Kuala Krai yang juga Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Tn Hj Zahari Awang pada waktu itu pelajar pelajar mendapat biasiswa Kementerian Pelajaran untuk meneruskan pengajian mereka. Beliau sendiri turut menghantar pelajar ke Consulate Malaysia dan berkunjung ke kampus bagi memastikan pelajar pelajar dapat meneruskan pengajian mereka dengan sempurna. Jasa dan pengorbanan abang Z sangat besar kepada pelajar khususnya di kawasan Parlimen beliau. Setelah tamat pengajian selama empat tahun, pada pertengahan 1981 kembali ke Tanah air dan di tempatkan mengajar di Sek Men Sains Tuanku Jaafar Kuala Pilah Negeri Sembilan. Dalam masa yang sama melangsungkan perkahwinan  dengan isteri Farida Amir yang sama sama belajar di Sumatra, anak kelahiran Kampung Baru Kuala Lumpur.

Ranah Minang

Perjalanan menuntut ilmu di teruskan di Ranah Minang ke peringkat Sarjana. Setiap minggu terpaksa ' rukah ' bangunan Bank Pertanian di Leboh Pasar untuk urusan sambung biasiswa pengajian. Setelah berhempas pulas tanpa rasa jemu akhirnya di luluskan perpanjangan biasiswa untuk tempuh dua setengah tahun. Secara kebetulan rakan yang sama sama belajar pun memohon untuk meneruskan pengajian tetapi dalam bidang berbeza. Bermula lah pula episod alam pelajar kembali. Pada 25 Oktober, 1983 lahir anak pertama Ali Akbar,  tinggal bersama nenek dan datuknya di Kg Baru kerana se umur bayi ibunya terpaksa mengejar untuk menamatkan studi di Institut Pendidikan Islam Medan. Kami suami isteri hanya berjumpa beberapa kali saja dalam setahun memandangkan jarak yang jauh dan kewangan terbatas. Denai denai kehidupan terus menghimpit diri memikirkan anak,isteri dan pengajian yang bakal di hadapi namun berkat kesabaran akhirnya membuahkan hasil memperoleh Sarjana Pendidikan Biologi dan Akta Pendidikan Biologi pada tahun 1985. Sayangnya masa wisuda isteri tidak dapat bersama meraikan kejayaan kerana masih berpantang anak kedua Siti Aliyah pada tahun yang sama. Sebaik tamat pengajian terus pulang ke Kuala Lumpur untuk melapor diri di Kementerian. Langit tidak selalunya cerah dan bumi juga tidak senentiasa basah. Pegawai KPM memberitahu " che gu kena tunggu tahun depan sekarang sekolah dah nak cuti" . Alangkah naifnya diri pada masa itu menerima saja arahan tanpa bahas. Selama tiga bulan menganggur duduk di rumah mentua dengan dua orang anak, isteri jauh di mata kerana mengejar cita cita. Rentetan peristiwa ini melingkari denai denai kehidupan sehinggalah isteri berjaya menamatkan pengajiannya pada tahun 1986.

Dunia pekerjaan

Penempatan kembali sebagai guru di SMK Seri Gombak tepi leboh raya menuju Karak selama tiga tahun bermula Jan 1986-1989 kemudian ke Victoria Institution selama enam tahun. Dari VI mencari pengalaman sebagai Penolong Pengarah Bahagian Sekolah KPM di Pusat Bandar Damansara sebelum bertukar ke Unit Peperiksaan JPA 1997 selama dua tahun. Apabila resesi berlaku JPA membuat ' down sizing' dengan beberapa jawatan kader di hapuskan. Kembali semula ke induk asal sebagai pegawai Jabatan Pelajaran Wilayah memegang jawatan sebagai KU Maklumat selama tiga tahun sebelum di arahkan mengemudi Unit Penilaian dan Peperiksaan dari tahun 2001 hingga 2009. Dunia pekerjaan terlalu jauh berbeza dengan alam pelajar. Mengurus dan mentadbir organisasi memerlukan ilmu dan keuletan diri terutama keseimbangan emosi berdepan dengan karenah manusia yang begitu rencam dan kompleks. Selama sembilan tahun bersama rakan rakan membangun aura organisasi, Unit Peperiksaan dan Penilaian menjadi begitu sinonim dengan diri. Adunan ilmu dan pengalaman memberikan keyakinan untuk mengurus organisasi yang mungkin lebih mencabar. Pada Mac 2009 telah di beri kepercayaan mengurus sekolah di daerah Setapak. Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota tempat pertama bermula episod baru sebagai Pengetua. Sekolah ini di kelilingi pangsapuri dan kondominium Platinum Victory mempunyai populasi pelajar 1500 orang. Peranan pengetua menjadi indikator kecemerlangan dan kemeruduman sesebuah sekolah. Pengetua bertanggungjawab memastikan segala galanya berjalan lancar untuk kesinambungan pendidikan berkualiti. Tidak perlu di gembar gemburkan apa yang di buat terhadap pembangunan sekolah kerana mata dan telinga boleh melihat dan mendengar setiap kebaikan dan kekurangan .

Setelah genap tiga tahun di sini berpindah pula ke SMK Sinar Bintang selama lebih empat tahun mulai 16 Mac 2012 hingga bersara pada 9 Julai 2016 dengan Gred DG 54.Selain tugas hakiki, berpengalaman selama tiga penggal sebagai Pegawai Pengurus ( RO ) mengurus PRU bagi Parlimen Titiwangsa mulai 1999, 2004 dan terakhir 2008 yang terlalu menguji tahap kesabaran emosi. Alhamdulillah akhirnya berjaya mengurus PRU bersama rakan rakan dan petugas  dengan lancar.

Denai denai kehidupan silam menjadi pemberangsang , tetap kekal dalam ingatan betapa sukarnya membangun sebuah kehidupan yang memerlukan seluruh pengorbanan minda,hati dan perasaan sehingga Tuhan memakbulkan segala permohonan. Alhamdulillah Allah mengurniakan enam orang anak dua lelaki empat perempuan. Masing masing telah mampu berdikari. Anak pertama lulusan University of Nottingham dalam Electronic computer engineering, Consultant dengan HSBC, anak kedua lulusan Wellington Technology dan RMIT Melbourne bertugas sebagai guru, anak ketiga Siti Aisyah tamatan dari Uni Nottingham UK School of Pharmacy dan kini bekerja sebagai Pharmacist di Sheffield. Anak keempat Siti Maisarah graduanita dari Warwick Uni UK dan ACCA Kaplan Birmingham kini Akauntan dengan Petronas carigali. Anak kelima Che Akmal Ramadhan seorang istimewa hanya ada sijil PMR dan yang bongsu Che Siti Salwani lulusan UNIKL kini bekerja dengan prodata Felda. Tiga orang telah berumah tangga masing masing di kurniakan anak. Terima kasih Ya Allah dengan kehadiran empat orang cucu dua lelaki dan dua perempuan.


csyahya victory
Ahad 11 September, 2016.







Thursday, September 8, 2016

Dunia dalam muka buku

Daya fikir manusia sentiasa berkembang maju. Perkembangan minda fikir sentiasa berubah seiring dengan kecemerlangan ilmu pengetahuan dalam segala bidang kehidupan. Jika satu kurun dulu hanya kereta lembu, kereta kuda, perahu kolek menjadi kenderaan pengangkutan awam di darat dan lautan kini semuanya telah berubah. Daya inovasi sentiasa berkembang kerana kemajuan ilmu pengetahuan. Beberapa dasawarsa yang lalu nenek moyang kita berangkat ke tanah Suci dengan kapal laut mengambil masa berbulan bulan di atas kapal menempuh gelombang samudera untuk sampai ke pelabuhan Jeddah. Pelabuhan Klang dan Pulau Pinang menjadi tempat saudara mara menghantar orang tersayang menuju tanah Haram dengan penuh sayu kerana di himpit perasaan oleh berbagai kemungkinan apakah masih dapat bertemu lagi dengan nenek dan datuk kerana jarak dan batas waktu terlalu lama. Mereka membawa bersama bekalan makanan yang cukup selama bermusafir. Tidak kurang juga yang habis umur dalam pelayaran dan berkubur di lautan. Kini dalam tempoh tujuh jam jemaah haji sudah berada di Jeddah dan terus ke Mekah untuk menunaikan Haji dan Umrah. Demikian sekelumit kenangan masa lalu yang pernah di lalui oleh saudara mara kita untuk ke Mekah. Masa itu teknologi belum wujud yang ada hanya surat dan telegram sebagai alat komunikasi. Itu pun belum pasti sampai dengan selamat kepada penerima.

Dunia berputar

Peredaran masa terus berubah walau pun tetap sama dua puluh empat jam sehari semalam. Perubahan ini kerana perkembangan teknologi semakin mengambil tempat dalam kehidupan. Bermula dengan intranet sebagai alat komunikasi berubah kepada cakupan jaringan yang lebih luas melalui rangkaian internet keseluruh pelosok bumi. Internet menjadi keperluan dunia dalam meningkatkan perkhidmatan dan perniagaan antara negara. Hubungan dua hala antara negara negara di dunia menjadi semakin produktif dan effisyen. Kemudahan whatsApp, Facebook, Telegram, instagram tidak boleh terpisah dengan manusia hari ini. Tidak keterlaluan jika dikatakan fb sangat mempengaruhi semua pengguna termasuk mereka yang berusia dan orang orang tua. Penggunaan fb seharusnya untuk berkongsi maklumat dan mengeratkan hubungan sesama kita bukannya memuatnaik perkara perkara yang tidak beretika melangkaui batas batas Agama.  Tendensi menyebarkan sesuatu berita atau maklumat tanpa selidik sumber asalnya kerap terjadi dalam kalangan pengguna. Sesuatu berita yang belum tentusah telah menjadi viral sehingga menjejaskan reputasi dan integriti seseorang seharusnya perlu di elakkan. Menggunakan teknologi untuk kebaikan pastinya berpahala yang berkekalan sepanjang masa walau pun penulisnya telah tiada.Demikian juga sebaliknya.

Muka buku

Penggunaan Muka Buku lebih di kenali dengan Facebook@fb untuk memuatnaik gambar gambar yang tidak mendatangkan manfaat seperti mempromosi ubat ubatan dan herba untuk mempengaruhi orang lain seharusnya di elakkan. Facebook antara alat komunikasi yang paling banyak di gunakan penduduk dunia berbanding dengan media sosial yang lain. Kecanduan kepada Fb dalam kalangan pengguna memang ketara malah boleh menjarakkan perhubungan sosial. Lihat lah saja di mana mana samada di kedai kopi, di tempat tempat menunggu bas atau teksi malah sedang memandu pun tangan tak terlepas dari gadget. Demikian hebatnya teknologi mempengaruhi kehidupan manusia yang jika tidak di bendung pastinya mendatangkan impak yang buruk kepada pengguna dan sosialisasi kehidupan. Justeru pemilik akaun perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang artikel yang di tulis benar benar akurat berdasarkan sumber yang sah bukannya menyalin daripada orang lain @ copy paste. Perkembangan teknologi yang berlaku dalam kehidupan manusia turut memberi impak yang baik juga sebaliknya bergantung kepada cara kita memanfaakannya. Jangan menyalahkan teknologi tetapi lihat lah ke dalam diri sejauh mana  kita menggunakannya. Antara pahala dan dosa menjadi neraca iman manusia. Pilih lah mana yang kita mahu namun pasti sebesar zarah kebaikan yang di lakukan, Allah akan memperlihatkan kepada manusia demikian sebaliknya. Dunia dalam Facebook bermakna masyarakat dunia berada dalam peradaban moden yang boleh di capai oleh setiap orang melalui internet. Dunia semakin kecil kerana batas sempadan telah tidak ada di alam siber. Penduduk dunia dapat berkongsi berita dan peristiwa yang berlaku sepantas kilat membuktikan teknologi menjadi medium komunikasi yang sangat efektif kepada semua manusia.

csyahya victory
SABTU 10 September, 2016

Tuesday, September 6, 2016

Menikmati keindahan banjaran Titiwangsa

Perjalanan dari Negeri Darul Naim bersama sahabat saya Sdra Zabidi Ramli ke Kuala Lumpur pada hari Isnin 5 September, 2016 sungguh mengujakan. Pada hari Ahad kami ke Kuala Krai dan bermalam di rumah ayah Bt Mengkebang. Esoknya sekitar jam sepuluh pagi bertolak  balik ke Lembah Klang menuju Gua Musang dan terus ke Lojing Cameron Highland. Lojing ialah sebuah daerah kecil di jajahan Gua Musang @ GM terletak di tanah tinggi yang menjadi tumpuan ramai untuk ke Cameron Highland @ CH. Antara Lojing dan Gua Musang di hubungkan dengan jalan yang merentasi bukit bukit pejal dan cerun yang agak dalam. Dari GM ke Lojing kira kira dua jam perjalanan. Pemandangan yang indah sepanjang jalan membuatkan kami teruja dengan alam ciptaan Tuhan yang sungguh indah. Keindahan suasana hutan yang kaya oksigen sungguh menyegarkan. Kami berhenti seketika untuk mengambil gambar kenangan ketika melewati banjaran gunung Titiwangsa yang kelihatan seperti bukit barisan di Sumatra Indonesia. Sesungguhya negara ini pun tidak kurangnya keindahan panorama tetapi malangnya ekosistem alam telah rosak kerana manusia. Sesekali kelihatan rumah Orang Asli di pinggiran bukit menuju Lojing.


Sebaik memasuki CH saya dapati puncak bukit kelihatan gondol di sana sini. Tiada lagi kehijauan di daerah ini kerana di penuhi kebun kebun sayur sejauh mata memandang. Bau pupuk kimia sepanjang jalan merupakan ciri khas Cameron Highland. Malaysia mempunyai beberapa objek wisata yang menarik seperti Genting Highlands dan Bukit Fraser merupakan tanah tinggi yang di kunjungi pelancung asing dan dalam negeri. Seharusnya tempat tempat yang bersejarah ini perlu di kekalkan keaslian panoramanya untuk menarik para wisatawan menikmati keindahannya sebagai salah satu sumber pelancungan negara.  Saya rasa sungguh terkilan melihat bukit bukit dan hutan menjadi mangsa tarahan sehingga dari jauh kelihatan gondol. Sungai sungai tercemar dengan warna kelihatan seperti teh tarik menyebabkan ikan ikan dan hidupan lainnya pupus kerana tangan tangan manusia menggoroti alam. Margasatwa terpaksa mencari habibat baharu mengungsi jauh ke dalam hutan akibat perbuatan manusia yang tidak beradab dengan lingkungan.

Apa yang tinggal kepada generasi akan datang jika hutan sebagai sumber oksigen dan bekalan air bersih telah lenyap di bumi. Kendatipun berbagai peristiwa menyayat hati berlaku sehingga mengambil korban namun manusia tidak pernah serik. Banjir besar, tanah runtuh menyebabkan timbunan balak hanyut merempuh kediaman penduduk di pinggir sungai namun semacam tidak BERDEGIH masih mahu juga merosakkan alam.

Penguatkuasaan yang tidak konsisten menjadi salah satu sebab kegiatan ini terus berlaku berleluasa. Sepanjang jalan dari GM ke Lojing kami berselisih dengan lori lori balak yang bergerak seperti semut mendaki bukit menuju destinasi mereka. Perjalanan yang jauh sememangnya memenatkan namun tidak kurang juga mengujakan bila memandang kebiruan banjaran gunung titiwangsa yang menyejukkan mata dan menenangkan minda sehingga tiba di Simpang Pulai untuk rehat dan rawat. Setelah selesai menunaikan kewajiban kepada Tuhan dan makan kami meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah tiba di rumah dengan selamat sekitar jam 5.30 petang.

csyahya victory
Rabu 7 Sept 2016.


Monday, September 5, 2016

Syria crisis

According to the news at least 40 people have been killed and 45 injured when bombings attacked in mainly Syria as reported in the media yesterday.

csyahya victory
Tue 6 September,2006

Friday, September 2, 2016

Antara perhambaan dan pengorbanan

Islam rahmatan lil alamin menjadi simbol keagungan alam sejagat. Kesejahteraan bagi seluruh kehidupan. Sebuah Deen yang datang daripada Tuhan bukannya rekaan insan. Makna Islam ialah selamat dan sejahtera. Masuk lah ke dalam Islam secara keseluruhan jangan hanya sekadar di pinggiran. Allah Swt tidak akan menerima cara hidup dan isma isma pemikiran selain dari Islam kerana sesungguhnya bertentangan dengan fitrah kejadian insan sebagai makhluk terbaik ciptaan Tuhan. Terima lah peraturan dan hukum Tuhan dengan penuh perhambaan tanpa bantahan untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Mencari sakinah di dunia dan sakinah di sana. Dunia ialah jambatan menuju akhirat. Berbuat baik semasa hayat di kandung badan dengan penuh perhambaan kepada Tuhan, balasannya pasti kelihatan walau pun sebesar zarah kebaikan di lakukan, demikian sebaliknya.

Antara perhambaan dan pengorbanan menjadi ujian bagi setiap insan sejak ia di lahirkan ke muka alam. Perhambaan hanya kepada Tuhan Pemilik Semesta Alam bukannya sesama insan yang sama taraf kejadian. Namun realiti yang berlaku dalam kehidupan perhambaan tetap berlaku sehingga Allah datangkan Islam sebagai furqan untuk menyelamatkan umat manusia. Tidak ada perbezaan sesama hamba di sisi Tuhan kecuali manusia yang dangkal iman sahaja yang membezakan kedudukan. Indahnya Islam kerana meletakan kedudukan manusia sama taraf kecuali bagi mereka yang beriman dan bertaqwa mendapat tempat yang istimewa di sisi Tuhan. Antara Arab dan Ajam tiada perbezaan kecuali taqwa.

Pengorbanan pula ialah mentaati setiap perintah Tuhan kendati pun bertentangan dengan kehendak dan keinginan. Pengorbanan berkait rapat dengan keimanan. Iman ialah meyakini dengan sebulat hati segala perintah Tuhan yang terkandung dalam Rukun Iman yang menjadi teras seseorang Muslim. Iman berpusat di hati terhunjam kukuh dalam jiwa sehingga sebati dengan tindakan dan perbuatan manusia. Justeru mempertahankan iman lah Baginda Nabi Saw terpaksa meninggalkan bumi kelahirannya Makkah Al Mukarramah menuju Madinah Al Munawarrah. Pengorbanan Baginda bersama para sahabat membawa risalah Tuhan menjadi mercu tanda keagungan Islam ke seluruh alam.

Perhambaan Nabi Ibrahim AS yang mendapat gelaran khalilullah sangat termasyhur dalam sirah. Baginda seorang Nabi yang sangat penyantun dan mudah tersentuh dengan segala perintah yang turun dari langit. Al Qur'an menyebutnya Awwahummunib. Kisah Baginda sangat menarik untuk di ikuti kerana penuh dengan rasa perhambaan dan pengorbanan yang sungguh menggetarkan jiwa. Antara logika dan perintah Tuhan menjadi pertembungan dalam diri tetapi keyakinan bulat kepada Allah menjadi mercu tanda hamba yang bertaqwa . Logika akal tidak dapat menerima perbuatan Nabi Ibrahim yang bertentangan dengan prinsip kemanusiaan tetapi ujian Allah itu sangat berat untuk menilai keimanan Baginda. Natijahnya ialah kepasrahan total kepada Allah lalu di balas dengan ganjaran istimewa kepada Baginda berdua. Bagaimana mungkin anak kesayangan yang di tinggalkan bersama ibu di tanah tandus kegersangan bila dewasa akan di korbankan?  Nabi Ibrahim bersama anaknya Nabi Ismail AS melaksanakan perhambaan dan pengorbanan dengan penuh keyakinan semata mata mentaati perintah Tuhan. Akhirnya Allah Swt mengurniakan balasan yang sangat besar kepada baginda berdua sehingga ibadah qurban sangat di galakkan dalam Islam untuk menzahirkan  ketaqwaan kepada Tuhan.

csyahya victory
Sat 3 September 2016

Iman adalah mutiara

Kumpulan nasyid Raihan terkenal dengan lagu Iman adalah mutiara meninggalkan kesan mendalam kepada penggemar muzik berunsur ketuhanan. Iman tidak dapat di warisi dari seorang ayah yang bertaqwa. Demikian indahnya lirik terdapat dalam lagu tersebut yang di nyanyikan oleh Nazri dengan penuh penghayatan. Memang benar iman tidak di warisi kepada anak walau pun ayahnya bertaqwa. Sejarah kehadiran para Nabi dan Rasul ke muka bumi membawa iman iaitu mengajak manusia menyembah Allah. Kisah kisah yang kita baca dalam Al Qur'an Al Kareem sejak zaman Nabi Adam AS para utusan Tuhan membawa tauhid, mengenal Allah Swt Pencipta alam sarwajagat yang berhak di sembah namun tidak semua ajakan para Nabi di ikuti malah kebanyakan mereka di musuhi keluarga dan pengikutnya.

Sejarah dakwah Nabi Nuh AS penuh dengan kepedihan. Beratus ratus tahun Baginda menyeru kaumnya beriman bukan saja mereka tidak mengindahkan malah menjauhi diri daripada Baginda.  Kisah Baginda membuat kapal dengan panduan Malaikat atas wahyu Allah sebagai persiapan menghadapi banjir besar Nabi Nuh AS di ejek dan di tertawakan  oleh kaumnya namun Baginda tetap tabah meneruskan pembinaan kapal sehingga siap. Apabila tiba hari yang di janjikan perut bumi yang di namakan "Tannur" memancarkan air dan pintu langit terbuka seluas luasnya mencurahkan hujan tidak berhenti henti selama beberapa hari menyebabkan berlakunya banjir besar yang menenggelamkan permukaan bumi. Dengan perintah Allah berlayarlah kapal nabi Noh As menempuh gelombang dengan membawa bersama orang orang beriman dan pasangan haiwan jantan betina. Bismillahi majriiha wamursaha innarabbi laghafurru rahim. Di saat bahtera membelah gelombang Baginda terlihat anaknya tenggelam timbul lalu menyeru wahai anak ku mari lah bersama ku jangan kamu ikut orang orang kafir. Anaknya menjawab aku akan mencari perlindungan di atas bukit untuk menyelamatkan diri. Nabi Noh bersabda sesungguhnya pada hari ini tiada siapa yang terlepas kecuali dengan rahmat Allah. Lalu tenggelam lah anak kesayangan di bawa arus mengganas di depan mata Baginda. Kisah ini sangat menarik betapa iman itu sebenarnya tidak dapat di warisi hatta anak seorang Nabi Allah sendiri.

Mutiara Safa Marwa

Meneliti dan menghayati kisah perjalanan sirah para Anbia menemukan kita dengan peristiwa yang paling agung dalam sejarah seperti yang di ungkapkan Al Qur'an mengenai ketulusan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail AS mempertahan iman. Mutiara Safa dan Marwa mewarnai perjalanan yang sangat istimewa bagi insan semulia Nabi Ismail AS dalam peristiwa Qurban. Di saat ayahnya menceritakan mimpi untuk mengorbankan dirinya Nabi Ismail AS menjawab wahai ayahanda jika itu perintah Allah laksanakan lah InsyaAllah aku termasuk orang yang sabar.
Demikian hebatnya mutiara iman yang terhunjam kukuh dalam hati kendatipun terpaksa berdepan dengan mati. Baginda dua beranak sebenarnya adalah mutiara yang sangat berharga dalam mempertahankan iman sehingga Allah menggantikan pengorbanan ini dengan seekor qibash dari syurga. Demikian hebat ujian Tuhan kepada hambaNya yang bertaqwa.

Wallahua'lam
csyahya victory
JUMAAT 2 September 2016.

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...