Wednesday, November 4, 2009

Urus Tadbir Sekolah

Sekolah merupakan sebuah organisasi yang besar dan kompleks memerlukan seorang ketua atau pemimpin yang berketrampilan, berwibawa,berwawasan dan mempunyai perancangan strategik

Tuesday, November 3, 2009

Majlis Penghargaan Pelajar Sesi Petang

Bermula jam 130 petang dan berakhir sekitar pukul 230. Majlis ini dirasmikan oleh Pengetua SMKDK. Majlis ringkas tetapi meriah , menepati masa mencerminkan pengurusan yang cekap dan berkualiti. Tahniah Pn Ding dan semua warga kerja kerana menjayakan program tersebut dengan effektif. Kehadiran ibubapa menceriakan lagi majlis. Pengetua menyentuh beberapa perkara penting terutama disiplin dan sikap pelajar kelas PDK I dan PDK 2 yang sentiasa membuat bising dan membuang sampah dan botol air minuman ke luar kelas . Sikap segelintir guru yang kurang prihatin memburukkan lagi keadaan persekitaran. We have to create a condusive atmosphere to ensure the teaching and learning process will achieve the objectives.

Majalah Inspirasi Kota edisi ke-4 2009

Mengikut Guru Penasihat En Emyzul proses cetak akan bermula pada minggu ini dan dijangka diedarkan kepada semua pelajar dan guru pada minggu depan.

Semakin Hari Semakin Sayang


Semakin hari semakin sayang pada mu sekolah ku. Wajahmu yang dulunya agak kumal,kusam dan tidak ceria kini telah berubah. Tembok pagar mu yang lusuh penuh tulisan yang mencemarkan pandangan telah dipadamkan. Lantai mu yang pecah dan berlobang sini sana telah ditutup dan di "make up " indah . Lantai dewan diberikan marmar putih diselang seli jubin coklat menambah seri wajahmu. Lantai satu menuju pejabat dan sepanjang corridor hingga ke bilik guru kelihatan bersih dan cerah membangkitkan aura sekolah. Disiplin pelajar bertambah baik dengan sokongan padu para guru mewarnai kehidupan sebenar warga SMKDK . Jalinan kerjasama dan sikap bersatupadu semua pelajar tanpa mengira etnik dan ras menjadikan SMKDK sebuah sekolah yang sedang mencipta etosnya sendiri. Budaya pelajar yang paling menonjol ialah mereka terus berada di dataran perhimpunan setiap pagi tanpa disuruh dan dipaksa oleh guru menjadi pemangkin kredibiliti sekolah . Aku menyayangi sekolah ku, menyayangi guru-guru ku dan pelajar-pelajar ku. Pelajar adalah aset utama sekolah. Mereka perlu dilayan, dididik, disantuni dengan penuh kasih sayang sebagai modal insan yang mewarisi pembangunan negara dimasa akan datang . Peranan guru tidak hanya memindahkan ilmu pengetahuan semata malah sebagai pemudahcara, pembimbing dan murshid kepada para pelajar . Namun demikian peraturan tetap dilaksanakan. Jika pelajar melanggar disiplin tindakan sewajarnya dikenakan . Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang merupakan gagasan yang telah warwarkan oleh Kementerian Pelajaran. Keunggulan sesebuah sekolah banyak bergantung kepada sikap dan kepimpinan ketua dan pengurus bersama pasukannya. Kepimpinan dan pengurusan merupakan dua perkara yang berbeza, to lead and to manage dalam sesebuah organisasi. How to lead and how to manage your people and your resources? . Mengurus manusia memerlukan ilmu dan ketrampilan yang tinggi (high skill knowledge and competence) kerana kebanyakan manusia sangat sukar menerima sesuatu peraturan yang bertentangan dengan nalurinya kecuali mereka yang benar-benar merasakan dirinya ialah hamba Tuhan yang dipinjamkan sementara untuk hidup di muka bumi akan menggunakan kesempatan terbatas ini dengan penuh tanggungjawab, adil dan beramanah.

Monday, November 2, 2009

NKRA DAN KPI

YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak telah mengingatkan semua penjawat awam menumpukan kepada National Key Result Area (NKRA) dan Key Performance Indicator (KPI) untuk meningkatkan produktiviti negara.

Pergi Tak Kembali

Pada hari Ahad Jam 230 pagi Mohd. Shuhada menghembus nafas terakhir dalam usia 33 tahun. Beliau belum berkeluarga dan tiada zuriat yang ditinggalkan . Baru beberapa hari AKU menziarahi jenazah ibu seorang guru sekolah ku kini tiba pula giliran kami . Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Kita Pulang . Mohd.Shuhada adik ku telah pergi menemui Illahi dan tak kan kembali lagi . Tiada lagi senda gurau dan susah payah ayah memikirkan Shuhada. Semua itu tinggal kenangan dalam lipatan ingatan yang sungguh sukar dilupakan. Beliau telah pergi mengikut jejak ibunya Hajah Qamariah Ali hanya dalam tempoh tak sampai 10 tahun. Jenazah dimandi oleh Ust Ahmad Zulkifli Che Soh Mudir SMU Batu Mengkebang bersama Tuan Abdullah (Pak KU) dan dikafankan. Solat jenazah diimamkan sendiri oleh ayah dengan hampir 100 orang turut menyembahyangkannya. Sebaik saja keranda diusung azan dilaungkan oleh bilal Mengkebang .Tepat jam 130 ptg jenazah di bawa ke kubur yang jaraknya kira-kira satu kilometer dari rumah. Jenazah diurus dan dikebumikan oleh Che Yahya,Ahmad Zulkifli dan Mohd.Ansori. Talqin dibacakan oleh ayahanda Hj Che Soh yang juga Imam Besar Mengkebang.





Sumber video you tube Pergi tak kembali
Rabbani.

Sesungguhnya janji Allah adalah benar, alam kubur benar, soalan mungkar nangkir benar dan hari kebangkitan adalah benar. Sesungguhya Allah SWT telah mencipta manusia dari titisan air yang hina MIMMA IMMAHIN dan disimpan didalam rahim ibu dengan kadar tertentu ada yang keluar sebagai janin,sebagai bayi dan tidak kurang juga yang gugur sebelum terbentuk. Tidak kurang juga yang dipanjangkan Allah usianya sampai pikun sehingga dia tidak tahu lagi tentang dirinya telah kembali seperti seorang bayi . Tidak hairan bagi orang yang beriman yang yakin dengan kekuasaan Allah mati dan hidup adalah ujian kepada setiap hamba diatas bumi fana ini. Setiap yang bernyawa PASTI merasai MATI, tinggal lagi masa dan ketika belum tiba. Justeru ambilah iktibar,pengajaran dan ibrah semoga kita sentiasa menjalani ibadah yang telah difardhukan oleh Allah kepada kita kerana maut boleh datang tanpa diundang. Demikianlah hidup ini, apabila telah sampai ajal Allah tidak akan melambat dan mempercepatkan walau pun sesaat.Oleh yang demikian peluang dan ruang yang ada hendaklah diisi dengan amal dan perbuatan yang baik dan soleh kerana apabila meninggalnya anak Adam putuslah dengan dunia kecuali tiga perkara iaitu : Ilmu yang bermanfaat, Sedekah Jariah dan Anak Soleh yang ditinggalkan . Mudah-mudahan kita yang masih hidup dapat mengambil tamsil dan pengajaran dari hadith Nabi SAW ini .


Che'Yahya Che'Soh

Went Back To Kelantan

Thursday afternoon received call from my dad . Mohd.Shuhada was critical.

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...