Wednesday, July 31, 2013

Mencari Keberkatan Ilmu

Ilmu menjadi tunjang kehidupan dalam diri manusia. Orang berilmu mempunyai kejernihan pribadi dan kejujuran integriti dalam setiap tindakan dan perbuatan kerana kemurnian ilmu menjadi pembeza daya intelektual seseorang.Manusia memperoleh ilmu melalui perantaraan guru. Mustahil manusia mampu mengenal huruf,angka dan abjad tanpa tunjuk ajar  dari guru yang bertungkus lumus mengorbankan masa dan tenaga untuk kejayaan anak didik mereka.Proses pendidikan yang panjang di lalui setiap pelajar yang bermula dari Sekolah Rendah selama 6 tahun, kemudian ke peringkat Menengah sepanjang 5 tahun menjadi laluan kerjaya seseorang pelajar ke peringkat yang lebih tinggi sebaik memperoleh keputusan peperiksaan yang di duduki.Peranan guru sebagai pemangkin kejayaan menjadi faktor dominan  mewarnai kehidupan masa depan pelajar.

 

Gambar hiasan: Tunas bangsa
Sumber:edidik.com

Mauduk kecemerlangan 

Pendidikan yang berteraskan ilmu menjadi mauduk kecemerlangan modal insan kerana kekuatan sesebuah negara bergantung kepada sumber daya intektual yang mempunyai kepakaran dalam segala bidang untuk pembangunan masa depan generasi bangsa.Ledakan ilmu pengetahuan dalam alaf globalisasi yang begitu pantas mencabar kewibawaan guru sebagai pendidik profesional yang tidak saja peka dengan perkembangan dunia tetapi mampu menyaring sumber maklumat secara akurat dan berintegriti.Masyarakat mempunyai berbagai persepsi terhadap pendidikan dewasa ini.Kegoncangan kepercayaan dalam kalangan ibu bapa terhadap profesyen mulia ini menjadi sorotan yang tidak pernah reda. Akhbar dan media menyiarkan berita-berita kurang manis tentang sekolah yang sudah tentu impaknya menjejaskan reputasi dan kewibawaan Kementerian Pelajaran sebagai agensi pusat yang bertanggungjawab dalam pembangunan pendidikan negara.

Keberkatan ilmu

Pendidikan bukan hanya proses memindahkan ilmu pengetahuan secara pedagogi semata-mata tetapi lebih mulia ialah membentuk keperibadian insan berakhlak luhur, tinggi budi pekerti ,mempunyai jati diri unggul sebagai aset yang paling berharga bagi seseorang pelajar.Tugas dan tanggungjawab ini terletak di bahu setiap orang guru untuk mewarnai masa depan pelajarnya kerana sebahagian besar masa pelajar bersama guru banyak di habiskan  di sekolah .Guru menuntun murid tanpa mengira fahaman Agama, Ras dan Etnik meladeni mereka dengan tekun walau pun terpaksa menahan emosi dengan pelbagai karenah tingkahlaku pelajar yang di hadapi setiap hari.Saya pasti orang awam tidak mampu menghadapi keadaan seperti ini.Dalam pendidikan tidak boleh ada diskriminasi kerana setiap manusia berhak mendapat keadilan secara saksama dalam menuntut ilmu.Kesabaran guru menjadi ukuran kecintaan terhadap bidang profesionalisma mereka.

 Khazanah berharga

Keberkatan ilmu yang di curahkan guru seharusnya menjadi khazanah berharga kepada setiap manusia untuk pembinaan masa depan yang lebih bahagia dan sejahtera.Pengorbanan guru mendidik pelajar menjadi manusia berilmu pengetahuan seharusnya mendapat pengiktirafan masyarakat bukannya di cemuh dan di keji hanya kerana sedikit kesilapan yang di lakukan( jika terbukti benar).Pengetua memikul tanggungjawab besar bagi memastikan pengurusan dan pentadbiran organisasi terutama dalam mengurus sumber manusia yang berbagai ragam memenuhi kehendak masyarakat yang sangat sensitif dengan perkembangan yang berlaku.Mengurus dan mentadbir sekolah yang mempunyai ribuan pelajar, ratusan guru dan puluhan kaki tangan sangat menguji kekuatan intelektual seseorang Pengetua.Setiap peristiwa yang berlaku di dalam dan luar sekolah yang membabitkan pelajar, Pengetua mesti mengambil tanggungjawab walau pun mengundang risiko. Kesilapan mengurus boleh menjejaskan reputasi dan merencatkan pembangunan sekolah. Orang awam mudah menuding jari mencari kesalahan hanya kerana sedikit kealpaan dalam berhubungan dan berkomunikasi bersama pelajar dan ibu bapa.Mencari keberkatan ilmu sangat di tuntut kerana kemuliaan dan ketinggian pribadi merupakan cermin intelektualiti manusia.

sorotan minda
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Khamis 1 Ogos,2013.



Tuesday, July 30, 2013

Solat Fajar Bersama Imam Palestine

Subuh hari ini sungguh bertuah kerana dapat menunaikan solat bersama imam dari Palestine di Surau Al Falah AU 4 Keramat .Beliau di beritakan akan ke Masjid dan Surau Wilayah Persekutuan secara bergilir untuk menjadi Imam Tarawih dan memimpin solat fardhu  sepanjang Ramadhan Al Mubarak. Beliau akan kembali  ke Palestine pada akhir bulan ini.Solat Fajar pagi tadi sungguh menggugah perasaan bila imam membaca Surah Yusuf begitu tenang dan berkesan terasa seperti bersolat di Mekah dan Madinah. Subhanallah. Suaranya yang merdu mengalunkan wahyu Ilahi dengan penuh tadabur menyebabkan air mata saya mengalir membasahi pipi.Subhanallah. Peranan Imam menjadi indikator kekuatan makmum mendirikan solat. Bacaan yang baik, merdu dan memenuhi tatabahasa Al Qur'an membangkitkan motivasi dalam kalangan jemaah untuk berdiri mengerjakan solat dengan khusyuk semata-mata mendekatkan diri (taqarrub) dengan Allah swt .

Nasib umat Islam 

Selesai solat,beberapa jemaah mengambil kesempatan bertanya mengenai perkembangan di Palestine dan Mesir ketika ini. Beliau menjelaskan keadaan umat Islam  dihimpit dengan berbagai tekanan dari kuasa kuffar dunia seperti Amerika dan Israel yang tidak senang dengan kebangkitan Islam. Terowong Gaza di tutup sebaik sahaja Mursi di gulingkan oleh Tentera. Masjid Al Aqsa di ratah oleh Yahudi dengan membina terowong bawah tanah menyebabkan Masjid ketiga penuh bersejarah yang menjadi tempat persinggahan Nabi saw dalam peristiwa Israk Mikraj  terancam musnah.Beliau meminta kita berdoa semoga Allah swt mengembalikan Wlayah Palestine yang di jarah Yahudi dengan rakus kepada umat Islam Palestine.

Wallahua'lam

Che'Yahya Che'Soh
Lembah Kelang
Selasa 30 Julai,2013.

Sunday, July 28, 2013

Egypt's Brotherhood stays on streets despite killings

Supporters of deposed Egyptian President Mohamed Mursi shout slogans during a protest at the Rabaa Adawiya square, where they are camping, in Cairo July 27, 2013. REUTERS/Mohamed Abd El Ghany
Supporters of deposed Egyptian President Mohamed Mursi shout slogans during a protest at the Rabaa Adawiya square, where they are camping, in Cairo July 27, 2013. REUTERS/Mohamed Abd El Ghany

CAIRO (Reuters) - Thousands of supporters of Egypt's Muslim Brotherhood stood their ground in Cairo on Sunday, saying they would not leave the streets despite "massacres" by security forces who shot dozens of them dead.

Egypt's ambulance service said 72 people were killed in Saturday's violence at a Cairo vigil by backers of deposed President Mohamed Mursi, triggering global anxiety that the Arab world's most populous country risked plunging into the abyss.

Mursi's Brotherhood, which won repeated elections after the fall of autocrat Hosni Mubarak in 2011, accuses the military of reversing the uprising that brought democracy to Egypt and demands his reinstatement.

"They will not be content until they bring back everything from the era of the corrupt, murderous security and intelligence state," senior Brotherhood official Essam el-Erian said on Facebook.

 "They've stepped up their efforts to do so by committing massacres never before seen in Egyptian history."

The Interior Ministry has rejected eyewitness accounts that police opened fire on the crowds and a public prosecutor has launched a probe into the violence, investigating 72 suspects for an array of crimes including murder and blocking streets.
Although Cairo was quiet on Sunday, violent clashes rattled the Suez Canal city of Port Said, with a 17-year-old youth killed in fighting between the pro- and anti-Mursi camps and a further 29 people injured, security sources said.

The violence has deeply polarised Egypt, with its secular and liberal elite so far showing little sympathy for the Brotherhood or reservations about the return to power of a military which ruled for 60 years before the 2011 uprising.

However, in one of the first signs of doubt from within the interim cabinet installed after the military takeover, Deputy Prime Minister for Economic Affairs Ziad Bahaa El-Din said the government must not copy the "oppressive" policies of its foes.

"Our position must remain fixed on the need to provide legal guarantees not only for the members of the Brotherhood, but for every Egyptian citizen. Excessive force is not permitted," El-Din wrote on Facebook.

And in another sign of unease, the Tamarud youth protest movement, which mobilised millions of people against Mursi and has fully backed the army, expressed alarm at an announcement by the interior minister that he was reviving the feared secret political police shut down after Mubarak was toppled.

"DEVOTED SON"
Saturday's killings took place the day after mass rallies called by military chief Abdel Fattah al-Sisi, who said he wanted public backing for a crackdown on "terrorism".

The Brotherhood saw the demonstrations as an attempt to justify an imminent onslaught against itself.

In an apparent endorsement of the police, a smiling Sisi turned up at a graduation ceremony on Sunday broadcast live on state television, receiving a standing ovation from the recruits, all decked out in starched white uniforms.

Interior Minister Mohamed Ibrahim hailed him as "Egypt's devoted son".
The military says it does not want to retain power and aims to hand over to full civilian rule with a "road map" to parliamentary elections in about six months.

But the very public role of Sisi as face of the new order has led to speculation that the next president could again be a military officer, like all of Egypt's rulers between 1952 and Mursi's election last year.

On Sunday morning army vehicles still surrounded entrances to the square in northeast Cairo where thousands of Muslim Brotherhood supporters have camped out for a month. Some people used pictures of the bearded Mursi to ward off the fierce sun.

"We are right, legitimacy is on our side and hopefully at the end God will lead us to triumph and we will not give up," said Mostafa Ali, 29 from Nile delta town of Mansoura.
Authorities have said they want to clear the activists off the streets and local residents have complained about the camp.

New York-based Human Rights Watch said Saturday's killings suggested a "shocking willingness" by police and politicians to ratchet up violence against backers of Mursi. U.N. human rights chief Navi Pillay said confrontation was "leading to disaster".

"Egypt stands at a crossroads. The future of this great country that gave so much to civilization depends on how its citizens and authorities act over the following days and months," she said in a statement.

The United States, which provides more than $1 billion a year in military aid to Egypt, urged its Middle East ally to pull "back from the brink", telling the security forces to respect the right to peaceful protest.

Egypt's Salafi Nour party, the country's second-biggest Islamist movement which has supported the army road map, said Saturday's bloodshed showed a political solution was needed.

"The crisis will not be resolved with crowds and counter crowds and neither will it be solved through violence," party chief Younes Makhyoun told Reuters.

Close to 300 people have died in violence since Sisi deposed Mursi. Besides the Cairo bloodshed, some of the worst violence has been in the lawless Sinai peninsula, which borders Israel and the Palestinian Gaza Strip, where Islamist militants have targeted government forces on an almost daily basis.

State news agency MENA said on Sunday that 10 "terrorist elements" in north Sinai had been killed and 20 others arrested in security sweeps over the past 48 hours.

The apparent revival of the political secret police is a move that could shake the enthusiasm of some secularists who have otherwise seen little to object to in a government campaign against their Brotherhood enemies.

Citing "extremist and religious activity and things like that", Interior Minister Ibrahim said on Saturday "safety cannot be restored without political security".

Tamarud campaigners issued a statement rejecting the return of any departments tasked with monitoring religious or political activity, arguing that the main aim of Egypt's 2011 revolution was "freedom and social justice".

Mursi has been held in army detention at an undisclosed location since he was deposed. Ibrahim said he would likely be transferred shortly to the same Cairo prison where Mubarak is now held, after authorities launched an investigation of him on charges including murder.

The Star Online
Sunday July 28 2013.

Saturday, July 27, 2013

Teacher is top police volunteer trainee
By TEOH PEI YING 

KEEPING THE PEACE: Over 700 men and women successfully completed a six-month training programme to assist in community policing 

ALOR STAR: HER childhood dream was to be a member of the police squad, a dream she still held on to even though she had trained to be a teacher.

Salmah Bakar, 27, a teacher from Pendang, is the best trainee for this year's batch of the Police Volunteer Reserve (PVR) in the state contingent.

Salmah has just completed the six-month basic training required to be a police volunteer.
It was a proud and memorable moment when she received The Best Trainee certificate from state police chief Datuk Ahmad Ibrahim.

Salmah said she was one step closer to fulfilling her childhood dream.
"I am proud of myself. I am ready to serve the community," she said.

Salmah was among 737 police volunteers who had completed the police training and received certificates at the graduation ceremony at state police headquarters recently.

She was one of the 332 women who had enlisted as PVRs in Kota Setar, Yan, Bandar Baru, Sik, Padang Terap, Pendang, Baling, Langkawi, Kubang Pasu, Kulim and Kuala Muda.

Another graduate who had dreamt of donning the blue police uniform since she was child was Wan Hamidah Wan Ramli, 21.

She joined the PVR together with her twin sister Wan Ahshah Wan Ramli.
"It was our father who inspired us as he was a police inspector in Thailand.
"We were excited to follow in his footsteps to serve and protect the country," they said.

Earlier in his speech, Ahmad commended the volunteers for their attitude and commitment.
Ahmad said PVRs played an important role in combating crime.

"Besides going on patrol, PVRs are mobilised to help the regular force in other ways as well.
"They will be exposed to community policing duties to help them understand their role and responsibilities in the police force," he said.


Salmah Bakar (left), with twins Wan Ahshah Wan Ramli (centre) and Wan Hamidah Wan Ramli, at the graduation ceremony. Pic by Rahmat Othman


New Straits Times
Saturday July 27 2013

Friday, July 26, 2013

Khatib Perlu Sensitif

Hari Jumaat merupakan sayyidul ayyam bagi segala hari. Setiap individu muslim yang cukup akal wajib bersolat Jumaat di mana-mana Masjid atau Surau. Hari Jumaat ialah hari bekerja bagi negeri-negeri di Pantai Barat Malaysia.kebanyakan pekerja terpaksa bergegas ke pejabat untuk menyambung tugas mereka. Bagi pelajar-pelajar sesi petang pula mereka perlu berada di sekolah selewat-lewatnya pukul 2.20 petang.Senario yang berlaku pada akhir-akhir ini terutama di Masjid Ar Riduan Hulu Kelang agak meresahkan jemaah kerana khutbah yang di sampaikan Khatib terlalu lama menyebabkan makmum tidak khusyuk.Sejak dua minggu Jumaat ini Khatib membaca Qunut Nazilah yang agak panjang dan meletihkan jemaah yang uzur dan tidak upaya berdiri lama.

Keluhan Jemaah 

Sebaik selesai solat Jumaat pada hari ini 26 Julai,2013 bersamaan 17 Ramadhan 1434H, saya terdengar seorang jemaah merungut dan melepaskan emosinya terhadap imam yang memimpin solat. Pakailah "commonsense" orang berdiri terlalu lama kata beliau. Memang benar doa yang dibaca tadi terlalu panjang sehingga mengganggu dan menjejaskan konsentrasi sesetengah makmum yang berumur dan uzur. Inti doa sangat baik tetapi kaedah dan pendekatannya  kurang hikmah terhadap jemaah. Kejadian seperti ini kerap berlaku bilamana khatib luar yang menyampaikan khutbah.Berkhutbah seolah-olah berceramah sehingga  memakan masa yang agak panjang dan merimaskan jemaah terutama kepada mereka yang akan menyambung tugas di sebelah petang. Kita mengharapkan supaya perubahan dapat di lakukan oleh pihak berkuasa Masjid untuk keselesaan bersama.Islam itu mudah  jangan di perpayahkan.

Che' Yahya Che' Soh
Lembah Kelang 
26 Julai,2013.
Jumaat 17 Ramadhan 1434H

Tuesday, July 23, 2013

The roads that lead to the Terengganu of old

Kemasik Beach where it’s blue seas for miles around. - Photo from Tourism Malaysia
Kemasik Beach where it’s blue seas for 
miles around. - Photo from Tourism Malaysia

THE deep seas off Terengganu may be rich in oil and gas reserves, making the east coast state among the region’s leaders in the oil, gas and petrochemical industry, but some argue that its real treasures are all found on the mainland.

With a documented history reaching as far back as the 2nd Century, Terengganu certainly has accumulated a wealth of heritage influenced by the Langkasuka and Srivijaya kingdoms it was part of, and the Majapahit, Khmer and Chinese empires it traded with. Despite modern developments, the old Terengganu still remains – and the best way to explore it? Via Federal Route 3 – approaching a hundred years old, but still one of Malaysia’s most scenic highways.

Having served for economic and political purposes in the past, it must be said that Route 3 today is best suited for more leisurely pursuits. The relatively flat and straight two-lane single carriageway road provides an easy, scenic drive.

Travelling northwards, the South China Sea with its glittering blue waves in the midday sun would be your constant companion – and distraction – on the east. Some sections of the highway run alongside lush pockets of mangrove forests along the coastal estuaries.

There’s no escaping the countryside charm of Terengganu, even as the bigger towns try to shed its pastoral image with concrete buildings and foreign franchise retailers. Fishing villages just on the outskirts of towns speak of the population’s time-honoured source of income; fishermen bring their boats ashore on public beaches; chickens and cows roam about freely along main thoroughfares; while many of the wooden homes here are still built on stilts in a compound of coconut trees.

Even the stretch of road from Kerteh to Paka – where Malaysia’s oil and gas refinery activities are based – makes for excellent night driving. As the sun sets, the huge complex of pipes, steel tanks, smoke stacks and gas flutes lights up spectacularly like a space station about to launch a rocket ship.

Chukai

A great way to get to know Terengganu is through its food and what better place to start than in Chukai (in the district of Kemaman), among the first towns you encounter along the Terengganu section of Route 3 northwards. Kim Wah (also known as Kin To Wah) Restaurant is a spartan corner establishment on Jalan Masjid with an even simpler menu, selling nothing else but chicken rice. It opens daily from 11am to 2.30pm, but its plates of roast chicken over rice with a side of soy sauce and chilli dip often run out by 1pm.

One of the enduring legacies of the Chinese community in Malaysia is the kopitiam. Usually established in smaller towns, but increasingly franchised in urban centres, these old-style cafés are famous for their Asian coffee (usually thicker and more bitter than its European version) and charcoal-toasted bread generously slathered with butter and kaya, a coconut cream-based jam. Kemaman’s very own – Hai Peng Kopitiam on Jalan Sulaimani – has been enjoying a good reputation since the 1930s. Besides the toast, their other speciality is the typical Terengganu dish nasi dagang – beautifully steamed rice with a serving of rich tuna curry wrapped in banana leaf parcels.

In the evenings, join the locals at Pantai Geliga beach for traditional east coast tea-time treats of satar (fish cakes wrapped in banana leaves, skewered in threes, and grilled over red-hot charcoal), keropok lekor (fish crackers) and sotong celup tepung (deep fried squid). Down it all with fresh coconut juice, served straight from the husk!

 
Making keropok lekor. Photo from Tourism Malaysia

Making keropok lekor. 
Photo from Tourism Malaysia
Kuala Dungun

About an hour’s drive north of Chukai is Kuala Dungun, a town that once enjoyed the wealth of its iron ore mining activities. Nothing much of its glorious past remains except for the nondescript concrete pillar in the sea that some say was part of the railway line that transported iron from Bukit Besi to Kuala Dungun. About 30 km inland, in Bukit Besi, are a few more of these legacies – the stockpile buildings, tunnels and chimneys used during the tin-mining days – left by the Japanese who first discovered the riches within the area.

Seemingly bereft of any tourist attractions, Kuala Dungun is an unlikely stop for those passing through Terengganu if not for Tanjong Jara Resort. Despite its modest kampung location, the resort, part of the luxury YTL property chain, has gained a worldwide reputation for its unique architecture and welcome.

Taking a cue from its east coast residents, Tanjong Jara Resort has adopted the spirit of gentle and humble Malay service and hospitality. Its “Unmistakably Malay” tagline is reflected throughout the resort – the Malay palace-like architecture, the local menu which features the region’s unique cuisine, and the age-old Malay treatments at its award-winning spa.

The district of Dungun, especially the beaches at Rantau Abang, used to be the calling place of giant leatherback turtles who return yearly to the beaches here to lay their eggs. In the 1970s, as many as 1,000 leatherback landings were reported but these nesting giants are a rare sight these days due to modern developments and human interference; however it is still possible to view green turtle landings in other parts of Dungun. Tanjong Jara Resort has a turtle watching programme exclusively for guests at Kerteh.

 
The beach near a village in Dungun. - Photo from Tourism Malaysia
The beach near a village in Dungun. - Photo from Tourism Malaysia
The oil-refinery town of Terengganu may be an unlikely port of call for these nesting turtles, but the midnight trips arranged with the local fisheries department are highly recommended. Complement the experience beforehand with a trip to the Turtle Information Centre in Rantau Abang just 15 km north of Tanjong Jara Resort to learn about the miraculous journey made by these gentle marine creatures to nest and the subsequent fight for survival by their young hatchlings.

Kuala Terengganu

After the tranquil panoramas earlier, the bustle of capital city Kuala Terengganu takes a while to get used to. Pasar Payang is the central market where all manner of trade is conducted. It’s the place to get your fish and chicken, fruits and veggies, dried fish crackers, some fashionable wear, souvenirs, even your gold jewellery. It would almost be a sin to leave town without at least purchasing the signature east coast fabric, the batik, here. Or indulge in the Terengganu brocade – a textile of royal origins made using fine gold and silk threads.

The famous Pasar Payang is a must-go in Kuala Terengganu. Photo from Tourism Malaysia
The famous Pasar Payang is a must-go in Kuala Terengganu. 
- Photo from Tourism Malaysia
Spend a quick afternoon on the Terengganu River Cruise, from the Islamic Civilisation Park jetty, to learn about the history and development of the area. Then, hop over to Pulau Duyong to walk within the walls of an old fortress. Built in the 1920s, Kota Lama Duyong is a traditional Terengganu house with Greek Corinthian elements in its columns and Islamic influences in the decorative woodcarvings.

Penarik

Continue northwards from Kuala Terengganu and you will soon reach Penarik in the district of Setiu. This serene fishing village has a unique geographical landscape – a narrow isthmus of casuarinas and coconut groves flanked by the Setiu River on the west and the South China Sea on the east. It is the setting of Terrapuri Heritage Village, part conservation project, part boutique guest house, and on-going 20-year labour of love by local entrepreneur, Alex Lee, to preserve the authentic traditions of the Malay Terengganu house.

Here, guests are accommodated in hundred-year old dwellings, each one personally sourced by Lee from various parts of Terengganu, dismantled, carefully restored and assembled again on this piece of beach-front land in Kampung Mangkuk.

One of the beautiful traditional villas at Terrapuri Heritage Village, Kampung Mangkuk, Penarik. - Photo from Tourism Malaysia
One of the beautiful traditional villas at Terrapuri Heritage Village, 
Kampung Mangkuk, Penarik. - Photo from Tourism Malaysia
Rich in history and displaying the refined carpentry and design skills of highly-respected master craftsmen, each of these 29 houses may be the last legacies of a fast-diminishing Terengganu culture and heritage. The hospitality by locals employed from nearby villages is genuine and unpretentious – at the end of your stay, you’ll be bidding goodbye to friends and family instead of service staff.

Beaches

With a coastline that runs for 244 km, Terengganu’s beaches are some of the best and prove to be a great distraction to those driving along Route 3. There’s no point resisting its allure; turn off from the main road anywhere and cherish the serendipitous discoveries not marked in any tourist map.

Teluk Bidara in Dungun is a bay near Tanjong Jara Resort where one can explore the cave and lighthouse on Tanjung Api Hill at low tide. Kuala Abang and Kemasik beaches have some interesting sea-side rock formations on which to perch and enjoy the miles of blue, while Penarik tears you in two with the river wetlands on one side and gorgeous beach on the other, and the shade of casuarinas and coconut palms in between the two.

The long Terengganu coastline may be inviting but beware of the strong under-currents in certain places. Instead, pull a chair beach-side and munch on keropok lekor as you take in the views of the nearby islands, listen to the waves breaking on the shore and fantasise of owning a beach-front property here.

Note:

The state of Terengganu observes Sunday to Thursday as working days while Friday and Saturday are public holidays. Banks, government offices and most businesses in Terengganu operate from Sunday to Thursday.

Also, it’s worth checking out the weather before going. Terengganu experiences heavier rainfall and flooding in certain areas during the monsoon season when the north-east winds blow between November and January. Although the perception is that it rains every day during this period, there are perfectly sunny days, too, in between wet spells. Still, trips to the islands are not advised during this period due to uncertain sea conditions. On the bright side, the monsoon season is considered low season, and travellers get better deals on hotels.

Driving tips:

Kuala Lumpur to Kuala Terengganu (approx. 455 km): Take the Karak Highway, then the East Coast Expressway, and exit at Jabor toll. Continue towards Kuala Terengganu on Federal Route 3 via Chukai town in Kemaman.

Singapore/Johor Bahru to Kuala Terengganu (approx. 562 km): Take Federal Route 3 to Kota Tinggi, Mersing, Kuala Rompin, Pekan, Kuantan and Kuala Terengganu.

Penang to Kuala Terengganu (approx. 460 km): Take Federal Route 4 via Grik to Jertih, then turn into Federal Route 3 to Kuala Terengganu.
– Tourism Malaysia
The Star online
Wednesday  July 24 2013.

Monday, July 22, 2013

Pusara Bonda

Setiap yang bernama manusia
Datang dan pergi lumrah dunia
Menemui Tuhan tanpa di duga
Berkelana sendirian di alam buana

Wahai anak yang masih lena
Di buai  dakapan fatamorgana
Luangkan masa kunjungi bonda
Mendamba doa dari  anakanda 

Alunkan zikir  di pusara bonda
Sebagai  penawar  membalut  duka
Menerangi malam dengan cahaya
Menjadi penyuluh jalan ke syurga

Bonda mengharap secebis doa
Dari anakanda  yang bertaqwa
Semoga hilang haus dahaga
Dari kepanasan  menghimpit dada

Kehidupan di sini penuh sengsara
Jika amalan tidak  di bawa
Terpenjara jiwa di mamah dosa
Anak soleh mutiara bonda

Ku seru Dia Yang Maha Mulia
Pasti  mendengar rintihan hamba
Menadah pasrah mengharap bahagia
Cucuri lah rahmat  buat bonda tercinta


 

 Gambar hiasan: Perkampungan sejati yang pasti di huni.

 Al Fatihah buat ibu yang telah mendahului ku lebih
dua dasawarsa yang lalu.

Che' Yahya Che'Soh
Lembah Kelang
Kuala Lumpur.
Selasa 23 Julai,2013.
Bersamaan 14 Ramadhan 1434H


Timun penawar tekanan darah

Saya mengamalkan meminum air timun (jus) setiap kali berbuka.Jus timun kosong tanpa gula mempunyai khasiat terhadap kesihatan. Badan sihat dan kepala ringan. Rasanya memang kurang enak tetapi manfaatnya sangat besar kepada kita.Memang Hebat Allah swt mencipta setiap sesuatu mempunyai rahsia tersembunyi tetapi sangat sedikit manusia mensyukuri kurniaan Ilahi.Semoga kita menjadi hamba yang berterima kasih kepada Tuhan. Jus timun mengandungi beberapa khasiat iaitu menurunkan tekanan darah, menyejukan badan, membantu proses pencernaan, mencantikan kulit dan berbagai manfaat lagi yang boleh di amalkan. Selamat mencuba.

 
sumber:kamalmustafa.com

Che' Yahya Che'Soh
Kuala Lumpur.
Isnin 22 Julai,2013

Thursday, July 18, 2013

Berbuka Dengan Air Tuak

 









Gambar hiasan.
Sumber:cintaiindah.blogspot.com 

Salah satu jenis minuman yang sangat di gemari dalam kalangan masyarakat Kelantan ialah Tuak. Air Tuak yang di peroleh dari nira merupakan minuman asli dari mayang kelapa.Kegigihan pemanjat kelapa menyadat mayang setiap hari menjadi punca pendapatan kepada sebahagian masyarakat kampung.Saya berasa kangen sekali dengan air tuak.Di Kuala Lumpur, agak sukar untuk memperolehinya walau pun ramai masyarakat Kelantan di Ibu Kota. Kemasyhuran air tuak di Kelantan menjadi buah bibir mayarakat kerana rasa sedap dan menyegarkan terutama semasa hendak berbuka.Sepanjang jalan di negeri ini kelihatan peniaga menjual tuak di samping berbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran.Tidak kurang juga yang menjual daging segar sepanjang bulan Ramadhan.Beraneka kuih muih seperti lompat tikam, tahi itik, serabe (serabai), buah mulong (gula melaka) merupakan jenis makanan kegemaran masyarakat Malaysia.


Che'Yahya Che'Soh
Kuala Lumpur.
Jumaat 19 Julai,2013.



School teacher gunned down

18 July 2013| last updated at 06:10PM
School teacher gunned down
KULIM: A secondary school teacher was killed after being shot nine times at point blank range by an unidentified gunman here today. 
The victim, K. Shanmugam, 45, from Taman Bidara was travelling in his silver Toyota Wish when he stopped at a red light near Simpang Empat Keladi here.
A witness who wanted to be known as Mat Lin said in the 12.20pm incident, two men on a black Yamaha LC motorcycle approached the left side of the vehicle before one of them whipped out a gun and fired nine shots, hitting the victim.
"I knew about the incident after the victim's car, which was behind my car, suddenly moved forward and hit my bumper," he said. 
A police spokesman said Shanmugam was found dead at the front passenger seat of the vehicle, succumbing to injuries from multiple gunshots.
The spokesman said the assailant was believed to be armed with a 9mm automatic pistol and police had retrieved nine bullet shells at the scene.
The motive for the shooting has yet to be determined and the case has been classified as murder under Section 302 of the Penal Code.
Police urged those with information on the incident to contact the nearest police station. 

Members of the Police forensic team checking the vehicle belonging to a school teacher who was gunned down this morning at Jalan Keladi in Kulim, Kedah. NST pix by Azhar Hashim.

New Straits Times
Thursday July 18 2013.

Wednesday, July 17, 2013

Beli sayur berkualiti
Oleh Siti Nur Almizan Aripin 
Bahan kimia, racun boleh ubah hormon, ganggu sistem tubuh

Kebanyakan negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat dan Jepun menjadikan sayur-sayuran serta buah-buahan sebagai menu utama mereka.

Ini kerana, mereka mengenal pasti mengamalkan makan makanan seumpama itu dapat meningkatkan kualiti hidup.
Penyelidik juga menyedari sebahagian daripada sayur-sayuran mengandungi komponen yang boleh membantu menangani masalah kesihatan bagi menjamin kualiti hidup lebih baik.


Bagaimanapun, tahukah anda ketika ini, sayur yang sejak dulu diperakui terkandung pelbagai nutrien dan zat terbaik boleh dimanfaatkan tubuh juga boleh mendatangkan mudarat?

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengguna Standard Malaysia, Ratna Devi Nadarajah, berkata banyak faktor penyebab yang boleh menjejaskan kualiti sayuran termasuk kesegaran sayur itu sendiri.

Seperti pernah dipaparkan di akhbar dan laman blog, dikhabarkan pernah terjadi situasi iaitu pendatang terdiri daripada kalangan warga asing di Pasar Borong Selayang menjual sayur-sayuran hampir layu yang didakwa dibuang pembekal.

Sayur itu dipercayai dikutip dari tong sampah dan dibeli individu termasuk pemilik restoran kerana harga ditawarkan jauh lebih rendah berbanding harga pasaran.

“Ia sukar dikawal kerana kuasa memilih dan membeli ada di tangan pembeli itu sendiri walau pada hakikatnya Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) mewartakan Peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan Keluaran Pertanian) yang dikenali sebagai Peraturan 3P, pada 18 Ogos 2008, bertujuan menjaga standard sayuran terpilih sama ada untuk pasaran domestik, eksport atau import.

“Malangnya, penjual juga tidak mengamalkan Peraturan 3P sementara pengguna pula tidak peka mengenai penggredan. Justeru, mungkin kerajaan wajar meluaskan pelaksanaan termasuk mendidik pengguna mengenai kepentingan memilih sayur berkualiti mengikut gred ditetapkan,” katanya.


Kuasa pengguna

Bagi memastikan kualiti luaran sayur terjaga dan pengeluaran tidak terjejas oleh cuaca dan serangga, ramai pekebun menggunakan racun perosak.

“Racun perosak adalah isu global dalam industri pertanian, bagaimanapun, disebabkan permintaan terhadap sayur bebas racun, ada pembekal yang menanam sayur organik.

“Semuanya bertitik tolak daripada pengguna. Cuma mungkin alasan paling cliche adalah sayur organik lebih mahal membuatkan pengguna memilih sayur lain yang lebih murah,” katanya.

Justeru, kerajaan disarankan supaya mewujudkan platform khas bagi mengumpulkan laporan mengenai penyalahgunaan dan kesan penggunaan racun perosak dalam sumber makanan.

Platform sama boleh digunakan pengguna di seluruh dunia membuat laporan terhadap sebarang penyalahgunaan bahan terlarang dalam penghasilan produk makanan.

Tindakan seterusnya tentunya perlu diambil pihak berkuasa bagi memastikan kelangsungan hidup lebih terjamin.

“Pengguna perlu dididik mengenai nama racun yang berbahaya seperti organo klorin, organo fosfat dan banyak lagi. Kisah membabitkan kepupusan sejenis burung boyle eagle disebabkan racun jenis organo klorin yang masuk di dalam sumber air, meresap dalam tulang ikan dan apabila burung terbabit makan ikan yang dicemari, bahan kimia terbabit menjejaskan kualiti kulit telur, menjadikan ia menipis dan mudah pecah.

“Keadaan itu hanya dapat dikesan selepas boyle eagle sudah pupus dan kajian mendapati ia berlaku disebabkan racun pertanian.

“Bukan itu saja, bahan kimia boleh mengubah hormon tubuh seterusnya mengganggu fungsi badan. Ia bukan isu remeh tapi perlukan pengawasan pihak berkuasa,” katanya.

Tambah Nadarajah, pengguna sebenarnya perlu lebih peka terhadap kualiti produk makanan.

“Di kebanyakan pasar raya besar misalnya, akhir operasi, selalunya harga makanan termasuk sayuran, buahan dan makan bungkus diberi potongan harga. Tapi bagaimanakah dengan kualiti produk itu?,” katanya
Berita Harian online
Khamis 18 Julai,2013.

Nostalgia Kehidupan Desa

Nostalgia indah zaman kanak-kanak dalam beberapa dasawarsa yang lalu sungguh menggamit perasaan. Suasana permai pedalaman desa dengan kehijauan permatang sawah menjadi panorama kehidupan masyarakat kampung yang kaya dengan budi bahasa dan beradab sopan sangat mengujakan saya.Ibu-ibu tua bersama anak-anak dara mereka turun mencedung tanpa rasa jijik, geli dan takut dengan lintah yang sangat peka bau manusia untuk menjalankan tanggungjawab menyara keluarga.

 

Gambar hiasan
Sumber:wanmohdridzuan89.blogspot.com

Sedini pagi kaum bapa pula turun membajak sawah menggunakan kerbau atau lembu secara tradisional.Ternakan tersebut di latih untuk menggala relung-relung sawah dengan rajin dan cekap.Mereka menggunakan perkataan khas seperti Cha..cha..cha..chi...chi..chu..chu..no..no..bappo gak oghe ghoyat tak gheti ni sambil memiat (pukul) belakang kerbau dengan tali.Demikian bahasa komunikasi semasa membajak sawah. Ironinya Kerbau seolah-olah mengerti dan memahami bahasa tuannya sehingga kerja-kerja membajak selesai mengikut jadual.Dalam kalangan pesawah, memiliki seekor kerbau yang gemuk,sihat dan kuat merupakan aset penting untuk menjana pendapatan keluarga.



Gambar hiasan: Ibu-ibu sedang mencedung padi.
Sumber gambar:gapoktansiarum.wordpress.com


Menahan taut

Sementara menunggu padi membesar dan sedang bunting,anak-anak kampung menahan taut di sepanjang batas sawah menggunakan umpan cacing atau anak-anak ikan.Mereka memasang taut selama beberapa jam malah ada ketikanya membiarkan semalaman menyebabkan tasi (tali) taut berbelit bersama rumpun padi kerana ikan haruan menarik umpan dengan ganas.Pengalaman memasang taut bersama rakan-rakan sekampung masih kekal dalam ingatan walau pun  sudah lebih empat dekad berlalu.Selain haruan, sepat, puyu, keli dan belut menjadi sumber rezeki untuk mengurangkan beban keluarga.Ikan yang segar, sedap dan manis dagingnya mempunyai khasiat menyembuhkan luka-luka dalaman terutama kepada kaum wanita yang baru bersalin.Masak gulai lemak ikan darat memang menyelerakan  jika kena dengan resipinya. Demikian senario yang berlaku pada masa dulu yang sangat langka di temui dalam dunia era teknologi hari ini.

 
Gambar  internet: Ikan Haruan dan Puyu


Modal sosial

Kemurnian tingkahlaku dan adab pekerti masyarakat dahulu terserlah dalam kehidupan harian. Modal sosial yang membudaya menjadi amalan terpuji mereka. Perpaduan dan kesatuan cita-cita menyebabkan  mereka saling bantu membantu antara satu sama lain. Bergotong royong (GORO) mengusung rumah, memerun,menderai dan menugal tanaman merupakan sebahagian aktiviti yang di lakukan sehingga merapatkan hubungan komuniti.Dalam kedinginan pagi ketika titisan embun masih lagi di hujung daun anak-anak berjalan kaki ke sekolah sejauh 3-4 km berbekalkan nasi bungkus daun pisang atau upih pinang berlauk ikan darat, bercanda riang bersama rakan-rakan tanpa rasa takut dan bimbang akan keselamatan diri.Jalan tanah merah berdebu dan berlopak menjadi laluan utama untuk sampai ke sekolah.

Bergolok bergadai

Demi masa depan anak-anak ibu bapa terpaksa bergolok bergadai menyekolahkan mereka walau pun sentiasa di himpit kemiskinan.Demikian luhurnya budi ayah ibu yang tidak sanggup melihat anak-anak mereka menerima nasib sepertinya, cekal  berusaha dengan kudrat yang masih tersisa membanting tulang mencari rezeki kendati pun diri di mamah usia.Jika hari hujan,jalan lecah (becak),berselut kuning menjadi rutin kehidupan seharian. Keindahan dan keharmonian desa tidak di cemari oleh kebejatan moral dan kebobrokan nilai kerana mereka saling kenal mengenali antara satu sama lain. Kejadian jenayah tidak berlaku kerana bebas dari pengaruh luar seperti sekarang. Jika pun ada hanyalah Benggali yang menjual roti dengan basikal tua sekeliling kampung yang mesra penduduk.Kerukunan hidup berasaskan kepercayaan menyebabkan masyarakat dahulu mengambil cakna dengan situasi yang berlaku di persekitarannya.Ibu bapa tidak akan marah jika kita menegur anak-anak mereka yang melakukan perkara  kurang sopan malah berterima kasih kerana mengambil tahu anak-anak mereka.Demikian indahnya pembentukan sosialisasi masyarakat  menjadikan ekosistem kehidupan kelihatan harmonis.

Musim menuai

Kerancakan  suasana desa semakin terserlah bila tiba musim menuai.Setiap petang sebaik pulang dari sekolah, anak-anak turun ke bendang membantu ayah ibu mengetam padi yang sedang masak menguning. Ibu-ibu sangat cekap mengetam(menuai) sambil memasukan tangkai-tangkai padi ke dalam bakul yang di sandang di belakangnya.Para bapa pula mencerut batang padi menggunakan sadat (sabit) dan memukulnya di dalam tong khas yang di sediakan untuk melerai dan merelai padi manakala anak-anak pula membantu mengangkut jerami padi untuk di bakar. Dari kejauhan kelihatan replika orang-orangan di pasang pada setiap batas sawah untuk mengusir burung-burung dan haiwan perosak yang datang menyerang padi.Sesekali kedengaran bunyi serunai batang padi yang di tiup anak-anak memecah kesunyian bendang.Alunan suara A.Ramlee mendendang lagu AKU ANAK TANI di selang seli dengan suara gemersik Ahmad Jais Mengharap Sinar Menelan Kabus dari corong-corong radio menambahkan lagi keunikan dan keaslian warna desa.Pada sebelah malam pula anak-anak kampung berhibur dengan persembahan dikir barat dan permainan wayang kulit kerana pada waktu itu tiada tv hanya sesekali tayangan wayang gambar Jabatan Penerangan masuk kampung menyampaikan maklumat kepada rakyat. Seronoknya melihat Saloma menyanyi lagu Ikan Kekek dan Rukun Islam Lima Perkara oleh P.Ramlee.





Sumber: Internet


Pertandingan wau

Sebaik selesai menuai, masyarakat desa mengisi masa lapang dengan aktiviti permainan wau. Berbagai jenis layang-layang di cipta untuk pertandingan. Sesetengah wau mampu mencapai ketinggian lebih 500meter bergantung kepada kelajuan angin.Sayup-sayup kedengaran busur wau dari udara seolah-olah seperti sebuah temasya yang sedang berlangsung untuk menghiburkan masyarakat kampung setelah penat bekerja.Sebagai anak kampung yang lahir dan membesar di pedalaman desa Batu Hitam Pasir Puteh,pengalaman bersama rakan-rakan sebaya meninggalkan kenangan indah dalam hidup saya.Kini sebahagian besar mereka sudah tiada lagi di dunia ini.Setiap hari bergelumang dengan debu dan lumpur sawah mengajar saya erti sebuah kehidupan sebenar sehinggalah beranjak remaja terpaksa meninggalkan desa mengikut orang tua bermigrasi ke Batu Mengkebang Kuala Krai sebagai peneroka.

Demikian secuplikan nostalgia yang boleh dikongsi bersama pembaca terutama kepada generasi  hari ini yang tidak pernah merasakan pahit getir orang-orang terdahulu untuk membina sebuah kehidupan lebih bermakna.


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Kuala Lumpur.
Rabu 17 Julai,2013.

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...